Salam Aidil Fitri 1429 Hijrah
Salam Jumaat buat Pembaca yang dirahmati,
Rasanya hari ini post terakhir aku untuk bulan Ramadhan ni. Insyaallah, blog ini akan mula bercuti hari ini. Update terbaru selepas entri hari ini akan dibuat selepas hari raya. Kesempatan ini , aku ingin memohon maaf dengan korang semua…. atas segala kesalahan aku sama ada secara online mahupun secara offline. Kepada anak2 perantauan termasuk akulah tu………………,
“semoga perjalanan pergi dan pulang korang dan aku juga selamat dan dilindungi serta dijauhkan diri kita dari sasaran malapetaka….”

Ingin aku panjangkan pesanan kepada rakan-rakan atas beberapa perkara berikut semasa musim perayaan ini. Pesanan ini aku ambil dari email adikbijak kepada aku:
# Bila meninggalkan rumah pastikan semua alatan elektrik (yang tidak perlu) dipadam dan ditanggalkan punca kuasa. Dan pastikan juga pintu serta tingkap dikunci dengan sempurna.
# Tips: Sebelum meninggalkan rumah bacalah Ayat Kursi ketika di dalam dan di luar rumah, ketika menutup pintu-pintu dan tingkap, dan ketika mengenakan kunci terakhir pada pintu pagar… seraya berdoa agar Allah melindungi kediaman anda semasa anda tiada. InsyaAllah, rumah anda akan terlindung dari perkara-perkara yang tidak diingini
# Sentiasa bercermat ketika memandu. Usah gopoh atau terkejar-kejar untuk sampai ke destinasi dituju. Ingatlah kepulangan anda sedang dinanti untuk dirai… bukan untuk ditangisi. Pandu cermat… semua pasti selamat.
# Tips: Sebelum memulakan pemanduan pastikan anda dan semua penumpang di dalam kenderaan bersama-sama membaca Doa Naik Kenderaan. Pemandu sentiasa ada teman berbual. Dan cuba elakkan memandu pada waktu tengahari dan lewat malam (masa yang dikenal pasti ramai pemandu kerap hilang tumpuan)
# Pastikan anda tahu di mana anak-anak berada… pada setiap masa!!! Dalam pada kita bergembira bertemu sanak saudara dan rakan taulan, adakala kita terleka. Di musim perayaan ini kenderaan banyak di jalanan, bunga api dan mercun dimainkan tanpa perhatian dan bermacam-macam lagi perkara yang boleh mengundang kecelakaan. Lebih menakutkan… anak-anak hilang tanpa dapat dikesan. Ingat…!!! Sambil bergembira tu jangan lupa perhatikan si comel kesayangan kita yea…
# Elakkan pembaziran semasa perayaan. Rancang perbelanjaan anda. Ingat lepas raya nanti… anak-anak nak masuk ke sekolah pula. Banyak perbelanjaan akan diperlukan bila sessi persekolahan bermula.
# Akhir sekali… jangan lupa keluarkan ZAKAT.
#P.S Kepada rakan2 internet yang tinggal di negeri Perak, korang dialu2kan untuk mengunjungi rumah aku pada raya ke-5 sehingga raya ke ke-30. Terima kasih juga atas kesudian korang mewarnakan hari2 aku pada blog ini.
Salam Lebaran. MinalE’dilWalFaIzin















selamat hari raya bro afzai!
sama-samalah kita berhati-hati kerana malang tak berbau.
tinggalkan rumah dalam ketenangan.
megat’s last blog post..E-Kamus, Efektif Dan Berkesan
Selamat Hari Raya Afzai, maaf zahir dan batin deh!
Marila raya rumoh kawe!
Abooain’s last blog post..NEWBIE PERLU KUASAI 5 TEKNIK INI!
salam hari raya… salam lebaran 2008. kad raya fizikal nostalgik dan kad raya online trend terkini…
ucapan hari raya aidilfitri buat afzai sekeluarga…
Salam bro salam kemaafan dan salam aidilfitri gak buat ko n family
apiz’s last blog post..Tips Irfan Khairi-Formula Mengelak Penipuan SCAM
jangan lupa terawikh pada malam terakhir ramadhan. biasanya orang kita bila malam akhir ramadhan lebih suka sibukkan diri kat dapor berbanding nak tambah amal ibadat di hari terakhir ramadhan ni
kalau aku dok rumah masa terawih. memang mak aku bising kat rumah.
So..pepaham ajela..
titan’s last blog post..Gambar Titan Masa Sekolah Rendah..
argh bro..tk bg tau dh balik raya..
balik mana taun nie..ganu ke??
Salam aidilfitri. Mintak mahap dari ujung kaki ke ujung rambut.
dzuhriah’s last blog post..Coming Soon. RM100!!
Selamat Aidilfitri buat Afzai dan Abooain…kawe doh lama tak kechek dgn korag..
Salam lebaran bro Afzai. Semoga selamat sampai ke kampung &
berbahagia beraya bersama keluarga.
videousahawan guru’s last blog post..Bonus Hebat Pakej Video Usahawan
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin… Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
selamat hari raya bro!
selamat hari raya maaf zahir batin.. raya kat perak ke ganu ni?
zino’s last blog post..raya dolu dolu..
terima kasih buat semua yg sudi mengucapkan selamat hari buat saya dan juga keluarga.
jumpa lagi selepas raya
SaLam Aidilfitri Bro dan keluarga!
|rShahir’s last blog post..Buka Peti Email Yahoo!,Google dan Aol Dengan Pantas!
Thanks and me too
Selamat Hari Raya.. Memang tak buat post raya la..
Mood raya takde..
Nasrun’s last blog post..Skim Pelaburan Internet
selamat hari raya afzai!
hafreze’s last blog post..Servis Kereta Sempena Hari Raya 2008 – Cartoon Strip
selamat hari raya untuk afzai dan keluarga.
tivitune’s last blog post..Ghost : Episode 1 – Part 4
salam cyber..
haha… lepas ni bulihlah singgoh selalu sining, Nur Syahid
tahun baru hijrah..
mungkin ramai yg xkan tahu…..
hoho..
org melayu ingt happy new year je..huhhuu
farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!
errr…
org melayu..
i mean……
segelintir daripada mereka…
tidak semua begitu..
aku juga melayu..
hehehe…:p
humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda
yelah..mksd aku org melayu yg tak sedor diri lah tuh..huhuhu
farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!
masyarakat sensitif terdapat di malaysia..
jadi berhati2 ketika mengeluarkan sebarang pernyataan
humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda
hohhoo..mmg2..masyarakat melayu yg mudah melatah..ekekeek
farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!
sudah berapa kali aku bilang…
segelintir sahaja yang berpendirian begitu…
haha…
humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda
hohhoo.penat aku ckp dgn ko ni..ko mmg xpaham2!!!hahha
farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!
maaf…
sudah lama aku tinggalkan pembelajaran bahasa malaysia…
humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda
chaiitt..cukup2 dgn pembelajaran bahasa malaysia ko tuh!!!
farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!
belum mencukupi lagi la.
hahaha~
humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda
klu mcm tu..gi dalami ilmu bahasa!!hahha
farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!
tidak berpeluang sama sekali…
humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda
siapa kata tidak berpeluang sama sekali?lu ada minat..suma benda leh jln!!hohhoo
farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!
masa membatasi perlakuan aku…
humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda
hohhoo..tidak jika ko betul2 meminatinya!!
farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!
jadual yang telah disusun dengan rapi…
dan ia tidak sesekali diganggu dengan sebarang perkara atau aktiviti lain..
humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda
hohhoo..adakah jadual melepak atau berdating dgn gf kesayangan?ekekeekke
farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!
eishh…
im single and availabel..
haha!!
humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda