Home » Perkongsian Maklumat, Semasa

Cuil Pencabar Google

Written By: AfzaiAfandi on September 11, 2008 20 Comments

tetamu yang dihormati,

Cuil merupakan enjin pencari yang baru dan kalau tak silap aku ianya dilancarkan pada bulan Julai baru-baru ini. Cuil sebagai enjin pencari terbaru dunia, enjin pencarian terbesar dan lebih laju. Pada majlis pelancaran, Cuil mendakwa dapat mencari 120 bilion helai halaman atau tiga kali isipadu Google Index..

Cuil telah ditubuhkan oleh pasangan suami isteri  Profesor Stanford Tom Costello dan bekas arkitek Google . Pada asalnya nama Cuill bermaksud tenang tetapi dikomersialkan  kepada Cuil.

 Apa yang menarik pada enjin pencari Cuil ni adalah apabila kita membuat carian paparan carian dipaparkan dengan lebih berstyle berbanding enjin2 pencari yang lain. Ianya diapaparkan dalam 3 column disamping ada yang berimej. Selain itu kita juga boleh memilih untuk paparan 2 column.

 

Perkataan yang kita taip juga ada diberi cadangan dan ini menyamai apa yang ada pada google dan juga yahoo. Namun begitu rasanya masih banyak lagi yang perlu dikemaskini dan dibaiki oleh Cuil kerana paparan carian yang dibuat belum lagi memaparkan  banyak laman yang berkualiti.

Apa pula pandangan korang tentang enjin pencari “Cuil” ini……. ??

Salam hormat

 

Artikel Lain yang Menarik

Digg this!Add to del.icio.us!Stumble this!Add to Techorati!Share on Facebook!Seed Newsvine!Reddit!Add to Yahoo!

20 Responses to “Cuil Pencabar Google”

  1. Dapat RM145 Dengan Mudah ! says on: 11 September 2008 at 9:34 pm

    Wa~~hebat ni. Ada pulak enjin carian baru..best2. Tapi sekarang ni Google still no 1 kan? :D

  2. megat says on: 11 September 2008 at 10:31 pm

    wah bekas arkitek google rupanya.

    bagus juga ada saingan, tidak tepu kepada servis yang sedia ada.
    atau dimonopoli oleh sykt yg sama.

    megat’s last blog post..E-Kamus, Efektif Dan Berkesan

  3. dzuhriah says on: 12 September 2008 at 3:56 am

    hmm, tp still not very effective. i’ve tried to search Ramadhan in cuil and got 2.5mill, whilst google 4.7mill.

    tapi apa-apa pun, nama tu tetap cumil.. ;p

    dzuhriah’s last blog post..When The Oven Heat

  4. Maizul says on: 12 September 2008 at 4:03 am

    Menarik jugak search engine ni lebih kurang cam google je.

    Maizul’s last blog post..DVD Video Usahawan

  5. afham says on: 12 September 2008 at 7:26 am

    cabaran hebat..baru ade persaingan sihat.. :D

  6. mazudi says on: 12 September 2008 at 7:33 am

    Aku try untuk suka dengan Cuil, tapi mungkin aku dah jadi orang tua yang susah untuk bertukar kepada satu benda yang baru, jadi aku lebih selesa dengan Google.

    mazudi’s last blog post..Hari Pertama Puasa Dalam Hidup

  7. Abooain says on: 12 September 2008 at 2:05 pm

    Wah, menarik gak ….. kekekeke nampaknya 2 enjin terbaru sekarang menjadi pilihan kita dan memang nampaknya kedua2nya menarik. Google Chrome dan Cuil (cantek nama ….. mujur tak Cuit!)

    Semakin banyak pilihan nampaknya, saya memang tak boleh tinggal Google punya tetapi yang lain menjadi
    alternatif gak.

    Menarik dan menarik!

    Thanks!

    Abooain’s last blog post..CABUTAN BERTUAH PEMBELI MMS!

  8. AfzaiAfandi says on: 12 September 2008 at 4:05 pm

    Ya, google is still no 1.

    Tidak tepu dan juga punyai banyak pilihan…Megat.

    Dzuhriah, kita tunggu lagi 6 bulan ker..tengok camana.Tapi nama dia memang cumil

  9. AfzaiAfandi says on: 12 September 2008 at 4:22 pm

    maizul,afham n mazudi – menarik memang menrik tapi aku pun
    still suka ngan google lagi. Cuma kalau google buat 3 column @ 2 column tu menarik jugakkkan!!

    Abooain: mungkin sedikit masa lagi, cuil akan mengganas ..hehehe

  10. titan says on: 12 September 2008 at 4:34 pm

    tak suka guna. aku suka yahoo. Hehe :D

    titan’s last blog post..Tawaran Pakej Database Video Blog dari Titan

  11. AfzaiAfandi says on: 12 September 2008 at 4:50 pm

    Aik…kenapa ko suka yahoo berbanding google :)

  12. Fahmi says on: 12 September 2008 at 7:49 pm

    ada dgr psal Cuil nii..aku gak ada dgr beberapa komen yg kalu cari kat Cuil laman web yg dikeluarkan tak brp tepat..

  13. AfzaiAfandi says on: 13 September 2008 at 5:40 am

    buat masa ni memang tak banyak mana maklumat kat cuil ni. Untuk ke depan aku tak tahu lah. Maybe dia orang akan buat lagi baik kot!!

    jarang2 sekali timbullah ngko yer..Aku faham tugasan harian dan komitmen ngko mengahalang ngko utk terus aktif seperti dahulu :)

  14. aeropama dot com says on: 13 September 2008 at 11:00 pm

    aku sudah try cuil. hasil carian sgt tidak relevan. aku taip “aeropama” tp yang keluar di muka hadapan, tiada satu pun menunjukkan laman blog aku.

    cuil disebut sebagai kewl @ kool! bukan ku-il

    aeropama dot com’s last blog post..Punca Kesesakan Trafik di Kuala Lumpur

  15. titan says on: 14 September 2008 at 2:00 am

    aku kenal yahoo dulu. baru kenal google.

    Tu sebab aku suka yahoo. haha..susah woo nak lupa cinta pertama ni..

    titan’s last blog post..Mengapa Mesti Dapatkan DVD VideoUsahawan?

  16. AfzaiAfandi says on: 15 September 2008 at 5:19 pm

    cinta pandang pertama rupanya, Titan :)

    memang buat masa sekarang hasil carian kurang relevan..so kalau still cam ni pada masa akan dtg..jangankan google, nak mncabar yahoo pun tak leh

  17. farahaznil says on: 16 December 2008 at 8:31 am

    hohhoo..mcm menarik benda nih..tp masih rmi lg le yg setia dgn google..hehe

    farahaznil’s last blog post..Contest 5 : Buat duit dengan Join contest Encik Titan di Earncent.com

  18. humbleandmodest says on: 16 December 2008 at 3:05 pm

    kalau aku xpuas ati dgn google aku cari kt yahoo plak…
    hohoh…..

  19. farahaznil says on: 20 December 2008 at 2:40 am

    yahoo pun ok sebenarnya..tp ikt cita rasa memasing le..hehef

    farahaznil’s last blog post..Contest 5 : Buat duit dengan Join contest Encik Titan di Earncent.com

  20. humbleandmodest says on: 20 December 2008 at 7:14 am

    aku ada search engine aku sendiri..
    hohoh…
    colaborate with google and yahoo…
    haha!

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
CommentLuv Enabled
  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog, All rights reserved.| Powered by WordPress