Bacaan Surah Al-Waqiah dan Kelebihan
Pembaca yang dihormati dan Salam Ramadhan,
Hari keenam kita berpuasa. Sekadar nak kongsi satu bacaan Al-Quran Suratul Waqiah. Pada aku, alunan bacaannya sungguh merdu, terpesona dan terpegun bila mendengarnya juga menginsafkan. Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Close your eyes and listen this voice for your heart.
Bacaan Surah Al Waqiah itu disampaikan oleh Mishary Rashid Al Afasy yang merupakan Imam Masjid Nabawi Madinah dan juga penyanyi nasyid.
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Salam hormat

p.s. biasanya jika aku ditimpa permasalahan yang besar, aku akan baca surah ini.














insyaallah dapat kita bersama-sama mengamal surah tersebut.
megat’s last blog post..E-Kamus, Efektif Dan Berkesan
Mudah-mudahan kita sama2 mendapat kelebihan membaca surah ini
Baguslah nampak ngan tips Afzai ni..
Semoga kita dapat keberkatannya
zool’s last blog post..Artikel terbaik Ligakampung
lagi bagus kali dapat diamalkan selalu…peringatan untuk aku tu…
Alhamdulillah, semoga kita semua saling ingat mengingati
sesama kita. Kerana hidup ini hanya sementara dan amalan kita
akan mengiringi kita apabila menghadapNya. Semoga apa yang kita
lakukan akan mendapat restu, rahmat dan keberkatan dari Allah SWT.
Insya-Allah. Akan aku teruskan amalan membaca Al-Quran setiap hari.
titan’s last blog post..Edisi Siasat: Buat Duit dengan Ads2link
selamat berpuasa.. satu perkongsian ilmu terima kasih..
zino’s last blog post..kisah benar..
Bagus nasihat dan info ni, saya pun selalu amalkan gak baca
surah ni pas tiap solat maghrib bro,kdg2 lupa gak.saya dapat
tips ni dari tips murah rezeki dari ustazah norbahyah
apiz’s last blog post..SMS 1 Ramadhan
yer mim…ingat mengingati dengan kebenaran agar kita tidak tergolong dalam org2 yg rugi
Walaupun sebaris ayat…Titan, lebih baik daripada duk depan TV memanjang
hehe Zino…selamat berpuasa jugak. Dah 2 menantu sekarang yer..meriahlah yer bila buakk puasa ramai2
apiz : betul tu…tips utk murah rezeki. samalah ngan aku..kadang2 jer
Alhamdulillah…di bulan yang mulia ini, kita sesama
mengamalkannya.
NR YuMmiE’s last blog post..What Time Do You Have?
salam semua,
bace lah quran selalu bukan pada ms susah je tp juge mase
senang.jike kite ikhlas Tuhan juge memberkati.
Syukur Alhamdilillah…akhirnya dapat juga saya mengetahui kelebihan membaca surah ini. selama ini saya hanya membacanya setiap hari dan cuba memahami tafsirannya tapi hari ini saya sudah mengetahui fadhilatnya. syukran. wassalam.
hohhoo..apa yg dpt dikatakan..ambillah sedikit masa untuk luangkan diri anda dgn membaca ayat2 Al-Quran..jgn lah ingt kan kepada-Nya ketika kita susah sahaja…Huhuhu
farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!
Saya akui jarang membaca al-Quran. Tamat belajar saya langsung tak usik al-Quran, baca yasin pun tidak.
Saya terlibat dalam dunia ’sales’. Bila close sales ada saja rintangan & komisen yang diperoleh ‘tak nampak’.
Kakak mencadangkan untuk murah rezeki : selepas subuh baca surah al-waqiah & pada waktu malam baca surah al-mulk. Alhamdulillah setelah mengamalkannya sedikit sebanyak perjalanan saya bertambah mudah.
Ya Allah, sesungguhnya aku insan kerdil dan memerlukan petunjuk darimu
tip yang di beri amat bagus dan berguna, saya akan mulakan bacaan al waqiah dan surah ar rahman serta surah 1000 dinar, bye bye.
alhamdulillah pd sape yg telah menyebarkan kelebihan surah al-waqiah ini.semoga ALLAH berkati hidup kita semua.Amin
aslkm…..Subhanallah.Mudah-mudahan kita di permudah untuk selalu dalam jalan-Nya.Aminn
alhamdulillah semoga dapt membacanya.
Alhamdulillah…terima kasih dgn penerangan nie.saya selalu gak baca lepas dgr ceramah dri dr fadillah kamsah..banyak kelebihannya, amalkan selalu..salam
Memang benar kata2 anda itu,surah ini memang banyak manfaat.Ini adalah pengalaman saya,kerana surah inilah buat saya berjaya kecapi kejayaan saya alhamdulillah.Demi allah percayalah amalkan surah ini,segala cita2 murni anda pasti akan berjaya………………….
saya selalu membaca surah ini selepas solat dhuha… alhamdullilah dapat kemurahan rezeki setiap hari
Salam, sesiapa yang ingin tahu maksud dan terjemahan quran secar per kata. Satu persatu untuk mudah dan senang difahami, sila lawati :
http://bit.ly/jombacaquran