Home » Peribadi, Semasa

Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dan Bendera Terbalik

Written By: AfzaiAfandi on August 27, 2008 7 Comments

Pembaca yang dirahmati,

S

ememangnya Parlimen Permatang Pauh merupakan kubu kuat PKR. kemenangan besar Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam membuktikan segalanya. Penasihat PKR itu mendapat sebanyak 31,195 undi berbanding lawannya Datuk Arif Shah yang hanya mampu memperoleh sebanyak 15,524 undi. Nasib malang pula menimpa calon AKIM Hanafi Hamat apabila hanya berjaya menambat hati 92 pengundi dan sekaligus hilang wang pertaruhan.

Nampaknya isu2 liwat anwar, sumpah saiful dan penurunan harga minyak tidak mampu mengubah pendirian minda masyarakat Permatang Pauh yang mungkin sudah selesa di bawah pemerintahan PKR selama ini. Bukan itu sahaja, Parti Kerajaan juga merosot sebanyak 1000 undi berbanding keputusan pilihanraya umum yang lalu.

Anwar Ibrahim Blog

Mungkin jika rakyat Permatang Pauh menikmati penurunan harga minyak beberapa bulan yang lalu dan bukannya beberapa hari, akan mampu mengubah sedikit jumlah undi. Apapun keputusan tidak mampu diubah lagi dan minggu hadapan rakyat Malaysia akan dapat menyaksikan DSAI berucap di Parlimen. Keputusan yang sememangnya sudah dijangka oleh semua rakyat malaysia telah terjawab dan sama2 kita nantikan apakah janji2 juga akan dikota.

Isu kedua yang aku tertarik untuk diperkatakan pada blog aku ini adalah tentang isu ” bendera terbalik “. Apa sudah jadi ni ??? marahkan seseorang, Jalur Gemilang jadi mangsa. Pada aku hal ini sungguh kurang ajar kerana kita sememangnya diseru menyayangi negara sendiri.

Aku tak kenal siapakah penulis blog yang mencetuskan idea tersebut. Cadangan untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang secara terbalik itu dicetuskan oleh penulis blog Kickdefella, melalui catatannya pada 4 Ogos lalu.

Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia,

Baca di sini : Cadangan bloger terbalik bendera ‘kurang ajar’

Berkenaan tentnag sambutan kemerdekaan pada tahun ini, aku sendiri merasakan sambutan untuk tahun ini agak hambar dan kurang mendapat sambutan dari kalangan rakyat. Apakah ini semua menunjukkan protes rakyat?? atau apakah kita yang tak mengibarkan jalur gemilang ini tak bersikap patriotisme?? Bagaimana pula dengan “mat rempit” yang memasang jalur gemilang pada motorsikal mereka dan menyusahkan pengguna jalanraya yang lain pada setiap malam minggu ini dianggap patriotik kerana mereka memasang Jalur Gemilang??

Mungkin pandangan korang dan aku berbeza. Apa yang penting, sayangilah dan hormatilah negara kita.

Salam hormat

 

P.S. Esok aku nak buat entri tentang ” satu download RM0.30 dapat

Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Artikel Lain yang Menarik

Pelajari Teknik Advance Menjadi:

rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini

7 Responses to “Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dan Bendera Terbalik”

  1. zuhairy says on: 27 August 2008 at 12:34 pm

    ehmm, memang dah diramai Anwar akan menang. soalnya byk atau sikit.
    ni membuktikan rakyat tak percaya kes liwatnya!

  2. Admin says on: 27 August 2008 at 12:43 pm

    Apa yang dipaparkan pada dada akhbar dan kaca televisyen bertentangan dengan hal sebenar di Permatang Pauh

  3. MHnizam says on: 27 August 2008 at 3:53 pm

    Emm kekalahan ini berpunca daripada pengggunaan isu peribadi dalam kempen pihak kerajaaan…
    Strategi digunakan jelas memakan diri sendiri…

    MHnizam’s last blog post..Rahsia Penggiat adsense Terbongkar

  4. Admin says on: 27 August 2008 at 9:53 pm

    setuju ngan “strategi digunakan jelas memakan diri sendiri..”

  5. farahaznil says on: 18 September 2008 at 4:30 am

    kita tunggu pula berita kekecohan pembetukan kerajaan br..go2..hahahaha

    farahaznil’s last blog post..Duit cari kita atau kita cari duit??

  6. farahaznil says on: 1 January 2009 at 12:28 am

    mat2 rempit tu buat sakit hati n mata je klu tgk dorang..huhhuu

    farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!

  7. humbleandmodest says on: 1 January 2009 at 7:20 am

    ko x bgtau pon budak skolah rendah dah tau….

    humbleandmodest’s last blog post..keadaan sekarang akan mempengaruhi keadaan pada masa akan datang

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog: Perkongsian Maklumat Pandangan Peribadi, All rights reserved.| Powered by WordPress