Home » Santai, Semasa

Status Jutawan dan Emas Pertama Tak Tercapai

Written By: admin on August 17, 2008 10 Comments

Salam Olimpik,

Baru jer selesai menonton perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik antara Chong Wei dan Lin Dan. Seluruh rakyat Malaysia meletakkan harapan yang tinggi kepada Chong Wei, namun apakan daya Chong Wei tidak berjaya menyerap tekanan perlawanan akhir. Permulaan set pertama sudah menunjukkan aksi garang Lin Dan dan mendahului Chong Wei dari awal hingga akhir perlawanan set pertama yang berkesudahan Chong Wei kalah dengan kiraan mata 12 – 21.

Tamat set pertama, pasti ramai yang mengeluh dengan aksi Chong Wei yang aku lihat agak kurang menjadi sebentar tadi. Mungkin bebanan yang dipikul terlalu berat untuk beliau tumpukan sepenuh strategi tatkala mental terfikir kilauan emas dan imbuhan RM1 juta.

 

gambar hakmilik www.mediasukan.com.my

Set kedua diteruskan dan dengan pantas Lin Dan memungut 4 mata pertama sehinggalah ke mata 8 Chong Wei masih belum mampu memungut mata pertama untuk set kedua. Aku lihat Lin Dan begitu gagah dan menguasai segenap gelanggang disamping semangat daripada penonton tempatan. Akhirnya, Chong wei terpaksa akur dengan ketangkasan dan kehebatan Lin Dan dengan aksi2 mengelirukan. Kekalahan 8 – 21 pada set kedua menobatkan Chong Wei sebagai pemenang pingat Perak acara badminton untuk Sukan Olimpik Beijing 2008. Rasanya Chong wei sajalah yang mampu membawa sebutir pingat untuk negara Malaysia setelah atlet2 lain kecundang lebih awal.

Walaupun status jutawan dan emas pertama tak tercapai, aku sebagai rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada Chong Wei kerana berjaya ke peringkat akhir dan menyelamatkan maruah negara Malaysia dari pulang dengan tangan kosong.

Mungkin sebutir lagi pingat akan diperoleh jika pasangan beregu muda negara Farizuan dan Zakry mewakili Malaysia dan menggantikan tempat Tan Fook/ Wan Wah… Apakan daya semuanya telah berakhir.

Amacam pandangan korang tentang perlawanan akhir Chong Wei vs Lin Dan??

Salam hormat

 

Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Artikel Lain yang Menarik

Pelajari Teknik Advance Menjadi:

rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini

10 Responses to “Status Jutawan dan Emas Pertama Tak Tercapai”

  1. afham says on: 18 August 2008 at 7:44 am

    hehe..hebat tol semalam Lin Dan..
    tk terlawan..
    tahniah untuk LCW for first medal 4 M’sia.

    afham’s last blog post..Nuffnang Gift Ideas

  2. Maizul says on: 18 August 2008 at 12:04 pm

    Aku tengok Lin Dan ni main laju betul….

    Maizul’s last blog post..DVD untuk Usahawan Internet

  3. Admin says on: 18 August 2008 at 1:29 pm

    afham : semalam tertengok muka kok kat TV…dalam rancangan Nabil
    Raja Lawak…2 kali kameraman zoom muka ngko yer :)

    Maizul : memang, Lin Dan terlalu hebat semalam

  4. titan says on: 18 August 2008 at 2:51 pm

    huhu. aku suka tengok cara lin dan. Agresif. Tak bagi chance langsung!

    titan’s last blog post..Pingat Perak untuk Chong Wei!

  5. Admin says on: 18 August 2008 at 8:42 pm

    memang agresif giler Lin Dan semalam…Chong wei tak berjaya membawa Lin Dan
    mengikut rentaknya

  6. Apiz says on: 18 August 2008 at 10:04 pm

    kalau korang nak tau apa rahsia Lin Dan menang sebab korang nampak tak air minuman dia kaler merah,pastu awek dia pun dtg.Tu yang power gler tu.hehe

    Apiz’s last blog post..Doa Pendek untuk Anda

  7. Admin says on: 18 August 2008 at 11:04 pm

    aku rasakan DiGi sepatutnya menghantar maskotnya untuk membantu Chong wei..barulah Lin Dan terlopong tengok aksi Chong Wei ..hahaa

  8. Fahmi says on: 19 August 2008 at 2:09 am

    Takpelah tak dapat sejuta pun…bolehlah guna sejuta tu untuk bantu ornag yang memerlukan :D peace!

  9. zifah says on: 20 August 2008 at 2:11 am

    ape nak buat dah nasib badan tak dapat nak merasa 1 juta ngan gold medal..between, congrats kat Lee Chong Wei coz berjaya sampai ke tahap mcm ni..

  10. Admin says on: 20 August 2008 at 7:10 pm

    denga citer kerajaan negeri P.Pinang bagi chong wei gelaran DATUK

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog: Perkongsian Maklumat Pandangan Peribadi, All rights reserved.| Powered by WordPress