5 Sebab Mengapa Guna WordPress ??
Pembaca yang dihormati,
Kebelakangan ini, ramai yang mula bergiat dengan dunia blog. Mungkin juga trend semasa atau pun memang serius untuk berblog?? bagaimana dengan korang?? ikut trend atau serius?? Baiklah soalan tu, korang jawab jer dalam hati..dan tak perlu maklumkan kepada aku yang bertanya. Kerana ada soalan yang lebih penting untuk korang jawab nanti…………………

Ceritanya bermula begini……… (teknik flashback) renungkan kembali semasa korang mula berblog dahulu kala. Mungkin ramai yang bermula dengan blog percuma….termasuklah aku. Antara penyedia blog percuma yang popular ialah blogger, blogdrive dan juga wordpress.
…Pelawat mudah membuat komen di blog berbanding blogspot…
Kebanyakan daripada kita, apabila menggunakan blog daripada hosting berbayar….kita lebih suka menggunakan wordpress berbanding blogger dan blogdrive, termasuklah aku juga. Jadi kesempatan ini, apa kata korang kongsikan alasan korang tentang keistimewaan wordpress pada pandangan mata hati korang?? Mengapa suka guna wordpress??
Untuk aku sendiri, 5 sebab mengapa aku suka guna wordpress adalah seperti berikut :
1. Senang digunakan - maksud aku di sini ialah untuk tujuan menginstall. Ini kerana rata2 cpanel ada menyediakan installation wordpress disamping wordpress juda ada support by forum.
2. Banyak themes yang cantik2 – sememangnya aku penggemar themes dan bila2 masa saja kita boleh ubahsuai themes blog kita kerana banyak themes yang boleh kita peroleh secara percuma.
3. Boleh guna plugin – so tak payah nak pening2kan kepala untuk mereka cipta script. Banyak plugin percuma boleh kita dapati..buat carian aja,berkenandan terus install.
4. Mesra pelawat – pelawat mudah membuat komen di blog kita berbanding blogspot yang aku rasa tak mesra pelawat.
5. Ramai yang guna wordpress – oleh sebab, rata2 blogger menggunakan wordpress, jadi aku pun terikut sama untuk menggunakannya pada mula2 aku berblog.
Itulah, 5 sebab mengapa aku suka wordpress……… sekarang apa kata korang pula meriahkan kolum komen aku dengan alasan korang yang tersendiri pula. kalau ada persamaan pun tak mengapa.
Salam hormat
Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!
rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini












tahniah anda berjaya menjadi pengguna wordpress! eheh.
sebenarnya aku dah cuba platform lain juga. memang tak dapat dinafikan wordpress paling digemari ramai dan mudah untuk mengendalikannya. termasuk bab-bab koding.
megat’s last blog post..Sertai Projek Linkback!
lemak berkrim disukai ramai
blogger2 yang hebat juga guna wordpress!
syuxx’s last blog post..Latest LinkBack Project
aku suka sebab senang nak bagi komen. Lagi satu, plugin senang cari..
bantingboy’s last blog post..DOOL Food Fight – Behind the Scenes
pakcik pon guna wp sebab ramai orang gunakan nye.. masa tuh lom tau lagipon kelebihan atau keburukannya…
Uncle G’s last blog post..Bila opis block website friendster / myspace / youtube
Saya pun guna wordpress gak,bagi saya sebab ianya easy user dan kalau kita ada problem ke,banyak giler forum atau rujukan nak settle problem dengan WP ni.
apiz’s last blog post..Projek Terbaru: The Linkback Project
syuxx: betul tu…
bantingboy : itulh antara keistimewaan WP
UncleG : samalah kita…masa mula2 dulu pun pilih WP coz ramai yang guna..kelebihan dan kekurangannya tak tahu pun
apiz : tu yang best..ada support by forum
testing komen aaaa…. boleh komen ke tidak nih. nape tak kuar pulak?
abdfatah’s last blog post..Perniagaan Internet | Pendapatan Internet Online
1. aku memang benci wordpress. tapi aku guna sebab ianya memudahkan aku.
2. senang aku nak komen, komen dan komen.
3. backlink kekal sampai bila-bila.
4. promosi percuma.
Haha, itu antara sebab aku suka wordpress. Aku suka gak blogdrive dan blogger.
titan’s last blog post..Free Report: The Death of JVGiveaways
Titan :Blogger utk income adsense berbanding free wordpress tak leh taruk iklan adsense…
Bagi ambo:
1. WP senang godek2
2. WP tak susah nak install
3. WP mesra SEO
4. WP mesra pengunjung
5. WP boleh nampak macam laman web pro
Wan’s last blog post..Kedah berpesta gol, mara suku akhir
wordpress adalah cms magis.. boleh buat apa saja diluar lingkungan blog.. =)
Mohd Ismail’s last blog post..Seleksi Hujung Minggu #14
Saya berblog bermula dengan blogdrive, kemudian gatal tangan berpindah ke blogspot, bila member ramai guna wordpress.com saya pun cuba. Tapi wordpress.com tak best jadi saya beli hosting sendiri.
Oleh kerana hanya ada tiga pilihan di Fantastico, iaitu b2evolution, Nucleus dan WordPress maka saya memilih untuk install WordPress kerana saya tidak mempunyai pengetahuan langsung tentang b2evolution dan Nucleus.