Home » Peribadi, Semasa

Rahsia Buat "DUIT" di Rumah

Written By: AfzaiAfandi on June 2, 2008 38 Comments

Semoga kalian sihat selalu,

Sebelum aku bercerita tentang rahsia tu…. terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat hari lahir buat semua rakyat Malaysia yang lahir pada tanggal 01 Jun teristimewa buat isteri isteri aku. Aku pasti korang teruja dengan tajuk tu terutamanya dengan perkataan buat “DUIT”. Lainlah kalau korang dah jutawan atau hartawan atau korang tak berminat ngan duit.

 

Ok… mungkin korang terkejut mengapa secara tiba-tiba menulis dengan tajuk entri sedemikian. Lapangkan minda korang dan buangkan tanggapan negatif (jika ada) yang bersarang tentang tajuk entri ini.

AMARAN aka NASIHAT: Jangan skip pembacaan korang.

Baiklah, seperti biasa dan kebanyakkan blog tidak akan memaparkan isi sebenar pada frontpage entri, so klik sambungan entri ini untuk mengetahui rahsia tersebut.

Terlebih dahulu, rasanya mungkin antara korang ada yang biasa terjumpa dengan ayat tajuk entri aku tu. Pada carian engin google memaparkan 977,000 website/blog yang menggunakan keyword “buat duit”.

Baiklah, aku mulakan cerita sebenar berkaitan entri aku hari ini. Selepas aku berYM dengan budak ajaib ni..lebih kurang dalam pukul 10.30 aku kuar minum dan pabila aku sampai semula di rumah…. aku ambil sebuah majalah dan terlihatlah akan aku pada satu iklan tentang “Rahsia…………………. di Rumah” (Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul).

Timbul pertanyaan dalam kepala otak aku, rasanya iklan ni selalu aku jumpa kat mana2 majalah kat Malaysia ni. Jika dibacakan pada sales letternya memang aku boleh kategorikan “membunuh”.

Yang aku ingin tanyakan dan kongsikan dengan korang…. apakah benar2 berkesan program yang disuggest oleh ownernya DYNAMIC MAIL ENTERPRISE. Secara ikhlas aku tidak teruja untuk menyertai programnya itu…cuma di sini, aku ingin bertanyakan pandangan korang tentang program tersebut yang menawarkan 2 pakej (Pakej Asas-RM59.99 dan pakej starter kit lengkap -RM199.99 )

Napa ekk..ownernya tak gunakan medium internet untuk promosi programnya???

Mungkin dikalangan korang ada yang pernah, sedang dan bercadang2 menyertai program ini. Kepada yang pernah dan sedang ataupun tahu akan cerita Rahsia Buat Duit dari Rumah ini….apa kata kongsikan di sini. Mungkin pengalaman dan pandangan korang dapat menjawab pertanyaan rakan-rakan kita yang lain.

k…. permisi n let’s gone “kata Nabil..”

Salam hormat

P.S. Ada RAHSIA LEBIH HANGAT DARIPADA BIASA untuk anda sempena ulangtahun pertama kelahiran anak bongsu saya pada 06.06.08

Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Artikel Lain yang Menarik

Pelajari Teknik Advance Menjadi:

rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini

38 Responses to “Rahsia Buat "DUIT" di Rumah”

  1. Fahmi says on: 2 June 2008 at 9:04 am

    Aku rasa macam pernah je dengar benda nie. Tapi kebanyakkan kata benda ni scam (peipuan) . Tak tau lah. Mungkin ada pbaca kat sini yg tau pasal benda nie.

    Fahmi’s last blog post..AKU MENGHILANG KE PARLIMEN

  2. dauz says on: 3 June 2008 at 2:45 pm

    macam bisnes secara pos je..

  3. zool says on: 3 June 2008 at 4:45 pm

    Huhuhu..
    Ntahlah sekarang ni banyak sangat salesletter membunuh ni

    Ntah betul ntah tidak…

    zool’s last blog post..Peraduan Ligakampung – Nama domain

  4. AfzaiAfandi says on: 3 June 2008 at 11:38 pm

    Memang bisnes gaya pos. Tu yg nk tgk respon..kot2 ada yg join bisnes tu…coz iklannya kat majalah tu semacam jer hebat!!

  5. titan says on: 4 June 2008 at 6:31 am

    buat pengetahun afzai dan sedara2 yg lain. aku pernaj join benda nih. memang benda nih dah lama dan ternyata berkesan. Gaya pos dulu, ada macam2 stail.

    So, dulu aku wat gak. Tapi dah rasa malas sebab memula je income best.

    Lama kelamaan, aku jadi bosan sebab benda nih wat aku bosan.

    Aku tak tau benda nih sah atau tak. Tapi iklan tu memang dah lama gila.

    titan’s last blog post..Keputusan Rasmi May Comment Contest 2008

  6. AfzaiAfandi says on: 4 June 2008 at 4:55 pm

    oic….so mender ni takderlah scam ekk..Thanks Titan

  7. megat says on: 4 June 2008 at 9:09 pm

    scam! paling dasyat ia melibatkan penipuan yang boleh menyebabkan kerugian beribu-ribu ringgit. malangnya yang kena tipu adalah kebanyakkannya orang kita.

    megat’s last blog post..Megpy Punyai Teman

  8. abdfatah says on: 8 June 2008 at 1:44 pm

    nak tau scam ke tiada scam? cuba aaa bayar dulu baru tau… saya pun ada beli gak menda program gaya pos nih… sekitar tahun 2000 dulu… kena buat iklan, kena bayar duit iklan, kena buat salesletter sendiri, kena buat produk sendiri atau MRR pun ada jugak…

    hehehe… kena kuarkan belanja lebih aaaa…

    sebijik jugak dengan citer jutawanautomik dot com kendalian saudara nizm dari pasir gudang… nak lebih lanjut lagi bleh tanya citer dari encik muaz yang dah buat reviewnya dalam wangcyber dot com….

  9. abdfatah says on: 8 June 2008 at 1:46 pm

    jutawanautomatik kalo tak silap aaaa… dan banyak lagi site2 yang sebijik dlm internet yang bersepah dengan iklan yang sama dengan bukti kukuh pendapatan ribu2 yang telah diperolehi… duplicate salesletter aaaaa….

    abdfatah’s last blog post..Pesta minyak petrol, diesel naik harga

  10. gaban says on: 29 June 2008 at 9:33 pm

    apa yang diusakan ole DINAMIK MAIL ENTERPRISE ialah bisnes
    gaya pos.utk menambah pengetahuan mengenai bisnes gayapos.
    download percuma dan baca ebook… http://www.rahsiaperniagaanpos.com

  11. gaban says on: 29 June 2008 at 9:50 pm

    nak tahu apa ada kat sana…. tanyalah org yg datang dari
    sana…………….

  12. gaban says on: 29 June 2008 at 10:01 pm

    org baru modal kecil buat iklan kecil dulu diakbar…
    org yg dah ada modal buat iklan besar… lebih ramai yang
    membaca… tak perlu poskan sale letter.. jimat kos setem,
    fotostat dsb. iklan besar lebih mendpt perhatian… ramai
    org yg membaca…. bisnes ini sah disisi undang2 sila rujuk
    kpd tajuk 18, seksyen 1302 peraturan & undang2 pos… tq

  13. gaban says on: 29 June 2008 at 10:09 pm

    kepada org yg kurang modal utk memulakan perniagaan, gagal
    dlm bisnes M.L.M. , internet, skim apa2
    pun… jangan putus asa.. pelajari perniagaan pos ini… dan
    anda akan berjaya dlm masa yg singkat… kerana saya telah
    mencubanya sendiri….

  14. Farhan_Isa says on: 14 September 2008 at 7:18 pm

    Gaya pos tuh.. bullshit lah.. aku dah cuba dah.. memang la boleh buat duit.. tapi korang nak ke jual mende yang pada aku tak bernilai.. saja nak tau rahsia yang dia guna untuk dapatkan jutaan ringgit.. simple word: Si A offer anda untuk dapatkan rahsia buat duit gaya pos. Anda berminat dan buat bayaran. Anda pun terima samada dari email atau hardcopy hantaran melalui pos. Dlm tu.. dia bagitau cara-cara yg kononnya rahsia. Ada contoh surat followup, iklan dsb. Satu langkah mudah je.. Anda hanya perlu tukar nama dan akaun bank anda.. print.. pastu fotostet banyak2.. edar. Pastu anda plak dapat pelanggan (Si B) yang konon mahukan rahsia anda tu. So.. anda pun ulang aje apa yang si A tadi buat. Buat salinan semua surat followup, iklan2 dan segala mak nenek yang anda dpt dari si A dulu.. pastu hantar pada si B. Mcam tu lah sampai seterusnya… B pun akan buat mende yang sama pada C dan seterusnya… Kadang2 konpius gak.. mende apa yang sebenarnya dijual.. haha.. kertas atau cd yang kononnya mengandungi petua atau rahsia panduan perniagaan melalui pos tu sebenarnya untuk mengaburkan mata anda sahaja. Dan untuk membuktikan yang kononnya mereka menjual barang/produk supaya ianya sah disisi undang2. Tapi sebenarnya ada satu “sistem” disebalik semua itu. Bijak juga org yg cipta mende nih.. korang fikir-fikirkanlah.. pada aku.. biarlah ia mendatangkan jutaan ringgit sekalipun.. ianya tetap BULLSHIT.

    Farhan_Isa’s last blog post..Nasi Goreng USA?

  15. Nasron says on: 7 October 2008 at 5:06 am

    tu iklan dynamic mail pada aku tak jujur. atau dengan istilah yang lebih tepat ialah penipu. mungkin kalau ikut “law by book” ia bukan satu kesalahan. tapi kalau ikut hukum perniagaan islam, aci kerat jari aku kata itu haram. bukan sebab dia jual benda haram, tapi sebab ia memanipulasi “keterujaan si pelanggan” – unsur gharar. apa yang diberikan sangat berbeza dari jangkaan. ia juga menyebabkan gaya penipuan ini terus dikembangkan. komen dari # 14 Farhan_Isa tu memang tepat. adik aku ada ikut program bodoh tu. anyway, dia memang bodoh! hanya orang bodoh dunia akhirat jer yang akan join program tu (pengecualian pada yang dah taubat).

    anyway, aku memang laser… tiada insurans bagi mu…

    Nasron’s last blog post..Apa Nak Heran Pasal Sumpah

  16. kumpau says on: 5 March 2009 at 3:00 pm

    Bagi aku bisnes MLM pun o.k. gak. Kita boleh beli barang syarikat yang kita join untuk kegunaan sendiri ataupun kita jual balik. Bukankah itu perniagaan namanya dan Islam pun amat menggalakkan kita berniaga. Sekarang lagi mudah sebab guna internet ja.

  17. guermanz says on: 2 October 2009 at 6:47 pm

    aku bru terbaca iklan dynamic ni dalam satu majalah la…mula2 aku fikir mcm best je…tapi ni la aku nak kene selidik dulu sebelum memulakannya…

  18. Mr K says on: 18 November 2009 at 5:59 pm

    aku dah daftar & bayar utk join Dynamic Mail ni tp dh seminggu lebih apa pn x dpt lg…..
    adakah aku dh kna tipu????????????????????????

    Mr K’s last blog post..test

  19. hamba Allah says on: 23 November 2009 at 11:47 am

    ada 6ber telefon x…senang nk kol nanti…

  20. YusriZakaria says on: 8 January 2010 at 1:33 am

    nampaknya tak berkesudahan cerita ni…

  21. Afzai Afandi says on: 8 January 2010 at 9:40 am

    Yusri : maksud yusri entri yg sy tulis tu tak berkesudahan atau camna..hehehe

  22. AZIE says on: 19 March 2010 at 6:12 pm

    btol k tak leh caya bnda ni,rasa menyesal la plak…sape ade no penyasas dynamic ni pls antar email kat aku ek…aiyrita@yahoo.com.my
    bleh mintak ganti rugi

  23. AZIE says on: 19 March 2010 at 6:14 pm

    jgn la main2 azie dah byr RM299 tau x.

  24. paman says on: 20 March 2010 at 9:39 pm

    ahahaha….
    Assalamualaikum semua….
    aku tergelak bukan ape..tp aku pun dh byar rm299.00..
    apa yg aku dapat mmg x berbaloi..LAGI2 KALAU X BUAT APA2..
    dh la mennggu…sampai hampir 2bulan,,tup2 bukak sampul pos ekspress dari dia,,alahai..berderet email dh aku hantar kat dia..nk harap dia balas,,x payah la..
    pape pun,,amik la sebagai motivasi apa yang ada kat dalam sampul tu..
    kalau nk jadi macam dia,,kena jgak ada modal..
    dia mmg pandai berniaga..mybe harga mahal sebab amik kos dh kurang nya pembeli.. byk gak produk dia..antara mahu dengan x mahu je.. lebih kurang mcm ebook je la..murah pun murah..dalam perniagaan,,mana ada duit dengan berdiam diri..cuma nk amik ilmu je pun tujuan aku beli..xpe aku halalkan………….Grrrr..

  25. Anne says on: 25 March 2010 at 12:49 pm

    sedihnya,sy pun tertipu jgk..lg plak sy byr rm499..bank in pd 01032010 tp sampai la ni lum dpt aper2 makluman lg.rm499 bkn sikit duit.kalo beli pampers anak sy berbulan2 boleh jimat..sampai ati dia tipu sy,mtk maaflah sy nk halalkan.

  26. nora says on: 5 April 2010 at 12:02 pm

    hai….nasib baiklh aku tak masuk lg….terima kasih kawan2….

  27. Insan says on: 5 April 2010 at 11:30 pm

    tue laa sya cuba juga utk dptkan information dr dynamic mail nie…btul ke idak…then dia ade anta kt sy newsletter kat sy via post..memula tue truja jugak nk cuba..dlm masa 10 hari rm299 selepas 10 hari rm499…tp bila dh fikir2 mana ada duit tue datang bergolek je…kalau kita x usaha kan…banyak kata2 dalam newsletter tue mmg bole buat org terpedaya…kalau macam tue ramailaa JUTAWAN kat msia nie ye….tp kepada yg dh berjaya tue tahniah!! LU PIKIR laa sendiri…

  28. BANDIT says on: 6 April 2010 at 5:10 pm

    waaahhhhh…. bahaya nie…. aku baru je terbaca dalam majalah mingguan wanita ttg iklan dynamic 2.. syukur alhamdulillah aku x kena tipu..

  29. randos says on: 18 April 2010 at 8:45 am

    waaaa….. giler la aku xmasuk lagi…aku baru terbaca dalam majalah pc semalam psal iklan…..egat aku baru nk join hari ni..kalau x bis la aku..

    p/s: patut la no tepon pun xbagi..grrr

  30. ida says on: 18 April 2010 at 1:04 pm

    lebih baik berniaga kat tepi jalan. memang best giler

  31. rallyartboyz says on: 22 April 2010 at 4:52 pm

    salam pd semua..btl la ape yg korang ckp smua psl dynamic mail..aku pun dah join n byr rm299 n smpi skang 22 april 2010 xdpt ape2 pun..aku pos 1 april ari tu..aku ngan laki aku mmg benggang gila ngan mamat yg kat dlm majalah mingguan wanita 2..andai kate xdpt ape2 dlm mggu ni n mggu dpn,xblh nak ckp pe..halal jela..

  32. fiqal94 says on: 27 April 2010 at 4:13 am

    satu hal yg aku bengang skrg…majalah2 skrg tau nak kaut untung je..siasat lah dulu company2 nie mcm mana b4 terbitkan iklan ape2..hasilnya melayu gak yg byk kene tipu.. kesian aku kat korang..sabar ek..

  33. nizam says on: 8 May 2010 at 3:43 am

    MANER BLEH MAIN HALAL2..KALAU BETUL DIA PENIPU,BUAT ADUAN KAT POLIS KER,PENGGUNA KER…YG PENTING,BIAR ORG LAIN TAHU KEBENARAN…

    nizam’s last blog post..JAWATAN KOSONG sebagai Engineer di PERODUA

  34. nizam says on: 8 May 2010 at 4:31 am

    AKU PUN PERNAH KENA DULU..YG DIORANG BAGI BUKANNYA KERJA,TAPI CARA NAK BUAT KERJA TU…CARANYA : DUPLICATE BALIK APA YG DI AJAR DAN TIPU ORG LAIN UTK BELI ‘LANGKAH’ SAMA,IAITU TIPU ORG LIAN JGK…

    nizam’s last blog post..JAWATAN KOSONG sebagai Engineer di PERODUA

  35. roy says on: 22 June 2010 at 10:34 pm

    aku dah bg duit…tapi x ade pape pon…bengkek je …!!

  36. roy says on: 22 June 2010 at 10:42 pm

    aku dah bace sume ni.!! kireye akula mangse penipuan yg paling latest ye..!!! babi tol….
    !! aku x halalkan duit aku yg ko tipu 2…. mampos ko tersiskse kat api nerake t…!!!!!

  37. Ina says on: 25 July 2010 at 4:28 pm

    Aku nyaris terpedaya dengan dinamic mail ni.. kira aku dah baca nesw later dia.. nak terjerumus dah duit aku tp aku ingat kata sifu interner Irfan Khairi..kalau tak pasti tipu atau tidak kita kena search kat internet.. now i discovered the truth.. sekarang aku buat bisnes produk minda..lagi bagus lagi bermakna…

    Daripada korang perabis duit kat benda2 ngarut camtu, baik korang perabis duit kat benda berfaedah..contohnya bagi makan produk minda yg aku jual skrg ni kat anak2 korang biar pandai dan bijak..dapat cari duit sendiri bila besar nanti..hehe

    Meh tengok jgn tak tengok…
    Ina´s last blog ..Memo Plus Gold – Makanan minda terbaik untuk memulih dan mengekalkan ingatanMy ComLuv Profile

  38. dia says on: 18 August 2010 at 9:30 pm

    ni bukan rahsia buat duit..ni rahsia tipu duit..

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog: Perkongsian Maklumat Pandangan Peribadi, All rights reserved.| Powered by WordPress