Musim Cuti Sekolah dan Kampung Aku
Rakan2 yang budiman,
Terima kasih buat korang semua yang mendoakan kesihatan anak bongsu aku. Alhamdulillah, gelak tawanya seperti hari2 yang lalu dan mood aku juga kembali seperti hari2 yang lalu. Semalam ayah aku ada menelefon aku dan tanyakan cucu2nya…amacam balik tak cuti sekolah ni
??

Sebaik sahaja perbualan aku ngan ayah aku berakhir aku, aku terfikir untuk postkan kampung aku kat blog. Siapa lagi yang nak promosikan kampung aku, kalau bukan aku yang dilahirkan di sana. Takkan aku nak suruh Titan atau pun JohnChow mempromosikan kampung aku…kan,kan!! Yang kat atas tu menunjukkan lokasi kampung aku pada peta dunia. Terletak di negeri Terengganu dan berhampiran dengan pusat pentadbiran daerah Dungun.
Aku bangga dengan kampung aku kerana disekitarnya terdapat banyak lokasi yang menarik untuk dilawati. Lokasi pertama yang ingin aku perkenalkan ialah Tanjung Gadong. Jika korang pernah belajar di UiTM Dungun, pasti korang tahu akan lokasi ini. Terletak bersebelahan UiTM Dungun dan seringkali menjadi lokasi memadu asmara samada daripada penduduk setempat ataupun pelajar2 UiTM.


gambar diambil daripada http://akulelakiitu.multiply.com
Lokasi kedua yang ingin aku maklumkan kepada korang ialah Pantai Teluk Bidara. Pantai ini tidak jauh daripada rumah ayah aku dan pantai ini seringkali aku pergi baik sebelum aku berumah tanggamahupun sekarang. Kejernihan airnya dan ketenangan suasana membuatkan aku selesa menikmati sarapan pagi di pantai ini bersama keluarga aku setiap kali aku pulang ke kampung aku.


gambar daripada mazudi.com
Lokasi terakhir yang ingin aku perkenalkan ialah Tanjung Jara Beach Resort. Aku pernah bekerja di sini selama satu hari jer…. tak sesuai ngan jiwa aku. Lokasi ini pada aku mungkin telah terkenal di serata dunia kerana Michael Schumacher pernah menginap di sini suatu ketika dahulu sebelum berlumba di Sepang. Selain itu, Tanjung Jara juga pernah beberapa kali memenangi award di peringkat dunia dan yang terbaharu, yahaya mamat..57 tahun, tukang urut tradisional Spa Village Tanjong Jara telah menerima Anugerah Spa Paling Inovatif dalam acara penyampaian Anugerah Spa and Wellness Tatler UK 2006





So, sempena cuti sekolah ini, jika korang belum lagi membuat pilihan destinasi pelancongan….. maka aku dengan bangganya menyarankan korang bercutilah ke dungun, terengganu. Selain lokasi yang aku nyatakan, korang jugak boleh bercuti di Pulau Tenggol yang juga terletak di daerah dungun, terengganu.
Amacam…teruja dengan kampung aku?? Jom ikut aku balik ke kampung
Salam hormat
p.s. Amacam!! sudi belanja saya usd0.50 dengan mendownload report percuma di sini














Cantik.. Nak pegi belum berkemampuang lagi..
Huhuhuhu
zool’s last blog post..Hari minggu yang panas
selamat membawa anak2 bro….
afham’s last blog post..Senantiasa di Angkasa Raya
Wah, cantiknya kampung kao, teruja memang teruja!
Sesuai dengan jiwa aku yang merindui ke’hijau’an …..
Abooain’s last blog post..SUSAH KE MEMULAKAN PERNIAGAAN INTERNET NI?
zool : esok2 kalau dah berkemampuang kabor ler kat aku
Afham : insyaALLAH. ke”hijau”an dalam tu maksudnya abooain
Wa menarik sungguh pemandangan kampung Afzai. Ada juga keluarga ajak bercuti ke terengganu ni… lama sungguh tak ke terengganu pernah sekali je pegi dulu. kalau takde masalah mengkin bercuti ke terengganu la kut. Ada tengok dekat google map rumah afzai dekat je ngan rumah aku gak area tambun. Apa2 pun ada dah belanja usd0.50 dari report tu. banyak jugak yang suh downlond tapi kat sini jugak aku nak donload laporan tu.
Maizul’s last blog post..Pay Per Lead Pertama IM Malaysia.
Planning ke Terengganu ker?? molek2, nanti leh buat post pasal percutian ke sana. Kalau ada kat area Tambun….calling2 lah, leh pekena ayam tandoori ker. Apapun mekasih sudi belanja usd0.50 kat teman
hehe. ada seseorang di terengganu yang aku mahu jumpa. Dia..
titan’s last blog post..Edisi Siasat: Buat duit dengan PC Klon
Dia???? Sapa dia tu Titan ??? Rahsia ke
Cantik dan smart macam demo lah afzai.. hok sengoti royat tu
takdok kepentingan gapo2.
TQ afzai pasal luang banyak masa ngan kawe semalam.. payah nak cari org macam demo. demo ngan
abooain ni sepesen. Mudoh kkiro sene bbaso terima kasih sekali lagi.
p/s: bila boleh jumpo bro
Wan’s last blog post..Sudah rezeki United menakluki Eropah
Alahai… cuti kali nie belum ada plan kesana.. mungkin akan datang kot..
Tapi.. kalau dok kat Tanjung jara resort maunya kempis poket aku..
Anyway.. selamat bercuti di kampung..
terengganu memang best, banyak tempat2 menarik untuk dilawati..tu baru daerah dungun, dah banyak tempat2 best..cuma nak ada fulus mania je..hehe
kooreen79’s last blog post..10 tips untuk usahawan baru
cantik. aku pernah pegi tapi time tu aku masih kecil. ketika itu org tua aku berkhidmat di kelantan. memandangkan saudara mara sebelah bapa aku ramai di terenagganu terutama tokey-tokey jual kerpok kat area losong, dpt la juga aku berjalan-jalan disana.
tapi itu dulu. mungkin sekarang dh byk yg dh berubah. aku akan melancong ke tempat tersebut bersama org umah & anak2
megat’s last blog post..Isu Batu Putih
Ya. Memang Dungun ni kiranya salah satu tempat yang cantik dan masih lagi takder pencemarannya.
Kalian kena percaya sebab aku ni tinggal kat Dungun.
Tanjung Jara Beach Resort aku belum masuk lagi laa. Kena try jugak ni.
mazudi’s last blog post..Kenapa Perlu Cari Salah
Cantiknya negeriku ini…huhuhu
wan wma’s last blog post..Menteri Besar Terengganu Yang Baru
Wan : Kuat muji deh
Mael : Nanti sale “dragonfruit” menjadi-jadi…leh lah gi santai kat sana.
Koreen : Salam perkenalan koreen. Orang tranung gok ker !!
Megat : Kalau betul2 plan nak ke sana nanti….kabolah kat teman ekk
Mazudi : Mekasih atas gambar tu Mazudi….aku nak link xchange dgn blog ko ..amacam, boleh ke??
Wan Wma : Tranung kite kang!!! Negeri Cantik Budaya Menarik
hohhoo..lawa plak kg ko nih..hi hi hi..InsyaAllah suatu hari nnt..smpi le juga aku ke sana..hahha
farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!
“InsyaAllah suatu hari nnt..smpi le juga aku ke sana.”
perlukah??
perlu klu ko berminat…
farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!
for what??
minyak still mahal tau..
even though the world oil price dropped rapidly..
haha…
humbleandmodest’s last blog post..transformasi minda – 2008 kepada 2009
jgn kata minyak..harga brng pun sama..lg lambung2 harga dia..hohho
farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!
aku beli barang murah jer..
why??
haha!
humbleandmodest’s last blog post..keadaan sekarang akan mempengaruhi keadaan pada masa akan datang