Bangganya Aku Kepada Ibuku
Pembaca yang dihormati,
Bersempena dengan sambutan Hari Ibu, ingin sekali aku dedikasi ucapan selamat hari ibu buat ibuku tercinta. Jika sebelum ini, aku hanya menelefon kepada ibuku dan ucapkan kata2 kepada ibuku tetapi untuk tahun ini, aku ingin terjemahkan kepada blog aku walaupun ibuku tak tahu aku kini bergelar blogger.
Apa yang ingin aku sampaikan di sini bukanlah kata2 indah yang mampu korang titiskan air mata bila membacanya tetapi aku ingin abadikan post ini sebagai perangsang untuk aku mencapai kejayaan sama seperti ibu aku.

Terlebih dahulu ingin aku kenalkan ibuku bernama Puan Zainun dan kini berusia 51 tahun sama dengan umur Malaysia. Ibuku tidak punyai latar belakang pembelajaran yang baik apatah lagi latar belakang perniagaan. Ketika ibu aku melahirkan aku, waktu itu ibuku berusia 16 tahun. Mungkin korang terkejut…….kerana jika dibandingkan dengan zaman sekarang umur semuda itu masih lagi berada dalam alam persekolahan. Disebabkan faktor kemiskinan, ibuku tak dapat meneruskan pembelajaran dan hanya belajar setakat darjah 4. Namun begitu, ibu aku tidak bermasalah menguasai 3M.
Ketika aku melanjutkan pelajaran pada tahun 1994…ibuku memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan membuat kuih-muih dan menghantarnya ke kedai2. Pada tahun 1997, ibu aku mula mengorak sedikit langkah dengan berniaga di warung bermula jam 6 pagi dan berakhir pada jam 10 pagi. Ini kerana fokus perniagaan ibu aku hanyalah kepada menyediakan menu sarapan pagi.
Diringkaskan cerita, sejak itu ibu aku tidak menoleh ke belakang lagi dan terus mengembangkan perniagaannya dengan berjaya menjadi pengusaha kantin sehingga sekarang. Kini ibu aku mengusahakan kantin di Sekolah Menengah Pelabuhan di Kuantan, Pahang. Tidak cukup dengan itu, pada tahun lepas ibu aku telah membuka sebuah restoran sebagai persiapan jika tender kantin tidak disambung lagi.
Pada hari ini, aku rasa terpanggil untuk menulis semua ini tanpa pengetahuan ibu aku. Sebagai anak sulung dan abang kepada 7 adik2 aku, apa yang aku rasa kejayaan ibu aku melebihi kejayaan aku dan adik2 aku. Aku berkata demikian kerana faktor latar belakang ibu aku pada zaman silam jauh berbeza dengan apa yang ibu aku ada sekarang. Aku terkadang seakan tidak percaya apa yang telah ibu aku berjaya lakukan sekarang.
Doa aku pada ibu aku…semoga terus mencapai kecemerlangan dalam hidup di dunia dan akhirat dan bangganya aku kepada ibu aku. “Selamat Hari Ibu buat ibuku Puan Zainun Che Abbas” Selamat Hari Ibu juga kuucapkan buat ibu kepada anak-anak aku semoga menjadi ibu terbaik buat anak2 aku dan isteri solehah untuk diri aku.
Salam hormat
P.S. Selamat hari ibu buat semua wanita yg bergelar ibu
Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!
rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini












sekurang-kurangnya dpt menginsafi seseorang yg sudah lama tidak bertanya khabar ibu mereka. perbanyakkan artikel yg berlandaskan nasihat eheh
megat’s last blog post..Hilangkah Moral!?
Insyaallah…Megat. Kata orang berblog sambil bernasihat
Selamat hari ibu. Aku bagi satu benda kat mak aku. Simple. Tapi aku puas hati dapat tengok dia senyum sepanjang hari semalam. Hehe
titan’s last blog post..Open Case : Buat Duit Dengan Centrinads
SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu yang membaca…
p/s :- mencari siapa yang sudi jadi ibu kepada bakal anakku..:( He heh e)
zool’s last blog post..Kerja kureng tapi masyuk
zool – hohho..sampai mcm tu aa..cis..gi la cr sndr..hehe
muda gila ibu ko afzai..hohhoo..sat..biar aku kira umur aku bila ibu aku dah berumur 51 lak..huhhuu..umur aku br 24 thn suda..time tu dah kawin ke belum tak tahu la!!hi hi hif
farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!
ciss3x..
ko blaja x abes lagi…
hahaha!!