Daftar Percuma Rebut RM50,000
Tetamu yang budiman,
Pasti korang masih ingat lagi tentang permainan online dari CIMB suatu ketika dulu. Untuk hari ini, aku akan berkongsi maklumat dengan korang tentang satu lagi permainan online yang menguji minda dan menawarkan hadiah yang lumayan. Penyertaan adalah percuma dan kita tidak perlu membayar malah tidak perlu mempunyai akaun dengan company tersebut.
Buat julung kalinya syarikat AXA Affin Life insurance menawarkan permainan online ala2 monopoli. Penyertaan ini telah dibuka sehingga 30 Jun. Seramai 12 pemenang akan dipilih berdasarkan point terkumpul tertinggi. Permainan yang diperkenalkan oleh syarikat insurans ini diberi nama Turning Point.
Aku sendiri telah mencuba permainan ini dan jika dibuat perbandingan dengan permainan CIMB suatu ketika dahulu, rasanya cara permainannya adalah lebih kurang sama, di mana kita perlu mengklik buah dadu berbentuk piramid dan pergerakan berdasrkan berapa mata yang kita peroleh. Cuma yang membezakannya, hadiah utama permainan ini terbuka kepada umum tanpa perlu ada polisi insuran dengan syarikat AXA ini, berbanding permainan CIMB yang lebih mengutamakan pemegang akaunnya.

Permainan ini mempunyai 4 peringkat iaitu ketika bujang, berkahwin, mempunyai anak dan tua. Mungkin ini perlambangan sebagai kehidupan kita dalam merencanakan perjalanan hidup pada keempat2 zaman. Aku baru jer selesai pada zaman bujang.
Satu pusingan permainan ini berjalan selama 5 minit…so kita kena banyak lakukan pusingan untuk mengutip banyak point. Setiap kali berhenti pada petak, kita akan diuji dengan 3 cabaran iaitu memperoleh pendapatan, perbelanjaan dan kejutan,tugas wajib serta trivia. semasa aku mencubanya tadi, apa yang aku dapat fahami, markah bukannya diberi mengikut berapa banyak jumlah duit yg kita mampu kumpul tetapi dinilai dengan cara kita mengatur hidup sihat. Maksudnya tidak boleh terlalu boros dan juga tidak boleh terlalu kedekut. Meter akan menunjukkan tahap hidup kita. Jika hampir separuh meter dalam kawasan jingga boleh menyebabkan kita terkeluar.
Teruja dengan permainan ini. Apa lagi , layari sekarang laman web AXA dan buatlah pendaftaran untuk mencuba nasib anda merebut RM50,000.
Salam hormat. Selamat mencuba dengan penuh keseronokan.
sumber: Harian Metro
Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!
rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini












Maaflah AA.. saya pun tak pasti sangat sebenarnya.. memanglah
game ni percuma tapi tentulah dia nak promo kan insuran dia.
Tentunya ini adalah insuran Konvensional. Kalau ikut
pandangan Ustaz Zaharuddin dan pandangan ulamak yang disepakati
semua insuran konvensional ni haram. Jadi tak harus kita
libatkan diri dengan apa-apa usaha promosi diorang.. mungkin
masa ni percuma, tapi katakan kita menang kot2 diorang suruh
isi borang dulu ke minta jadi ahli..
Itu pandangan saya je..
Wan’s last blog post..Pertemuan pelihara maruah
Ehm..aku dah tak minat nak join. Better aku tumpukan pada yang aku mahir. Nak main hari-hari tu. Tak larat aku..
titan’s last blog post..May Comment Contest 2008 its Open Now!
kekekek..bosan sei dok main games mcm ni..aku plak takde masa nak layan game2. Sesiapa yg menang tu nanti Tahniah lah aku bg awal2.
catzer’s last blog post..Webmaster, Blogger, Engineer or Whatever
Sori kengkawan, aku takleh concentrate kat blog ni 2 hari yg lalu, kerana anak aku admitted 2 hari demam panas.
mcm mana caranya?