Home » Perkongsian Maklumat, Perniagaan, Perniagaan Internet, Semasa

Perniagaan Dari Rumah

Written By: AfzaiAfandi on May 6, 2008 17 Comments

Pembaca yang dihormati,

Sebenarnya banyak peluang pekerjaan terhidang di negara kita. Jikalau tidak, mengapa ramai mat2 bangla, indonesian, nepal, vietnam, pakistan dan ramai lagi memenuhi segenap ceruk di negara kita?? Sudah tentu, jawapannya pada ayat pertama saya…Disamping peluang pekerjaan, sebenarnya peluang perniagaan juga banyak di Malaysia dan ini termasuklah perniagaan dari rumah. Sama ada dijalankan secara sambilan atau sepenuh masa ianya tetap merupakan satu peluang yang perlu kita isikan.

Rasanya ramai yang maklum bahawa banyak cara untuk kita eksploitasikan perniagaan dari rumah ini. Ini kerana telah banyak yang berjaya memulakan secara kecil-kecilan dari rumah dan kini menjadi bisnes besar.

Mengapa memulakan perniagaan dari rumah??

Pada saya mungkin sebagai hobi mengisi masa lapang, faktor keluarga, kesempitan hidup, penjimatan kos dan  sebab2 tersendiri yang sendiri mungkin tak tahu. Apapun, hal ini perlu diikuti dengan minat yang mendalam dan perlu adanya kepakaran asas. Amacam kalau tiada kepakaran?? Boleh ker….?? Boleh, tapi perlu hadiri kursus untuk membolehkan kita mengetahui asas bidang yang akan kita lakukan itu nanti.

Apakah contoh2 perniagaan yang boleh kita lakukan??

1. Saya mulakan dengan bisnes bakery…kek, roti, biskut dan juga kuih muih. Mulakan secara kecil-kecilan dengan menjual kepada rakan2 kita, jiran2,sedara mara ataupun ahli persatuan yang kita sertai ke….Selepas yakin dengan kesedapan resipi kita, maka bolehlah melangkah sedikit dengan meletakkan resipi kita tadi ke kedai2 atau pun ke pejabat2 untuk meluaskan lagi pasaran dan menambah ramaikan jumlah pelanggan kita.

2. Membuat hasil kerastangan kraftangan ataupun barangan antik. Sebagai contoh, kraf dari kaca, kraf dari paper lama, jam antik, radio antik, pasu, tembikar, pelita, kraf dari rotan dan juga kraf dari kayu. Hasil2 kraf itu tadi amat sesuai untuk dijual di pasar2 malam, tapak ekspo, pasar tani ataupun kita jualkan terus kepada kedai2 kraf. Hasil2 kraf ini juga amat sesuai dijual di lelongan ebay, lelong dan juga kedai online.

3.  Penjagaan bayi, kanak2 ataupun program perkembangan kanak2. Rasanya di bandar2 besar telah ramai yang menjalankan bisnes ini. Berhampiran rumah saya, trdapat sebuah kelas melukis untuk kanak-kanak dan ownernya melakukan ini secara sepenuh masa. Selain itu, kita juga mungkin boleh sediakan urusan transpot untuk kanak2 ini. Di situ, kita boleh kena servis tambahan.

4. Menjual makanan seperti lauk-pauk, nasi lemak, nasi goreng atau apa saja nasi yang korang leh masakkan. Tak perlu membuka gerai di hadapan rumah. Kalau nak bukak jugak … ikut suka koranglah. Apa yang aku maksudkan ialah menu2 itu tadi kita delivery kepada pelanggan kita. Just terima pesanan melalui telepon kemudian buat penghantaran. Peringkat awal, kita perlu canangkan bisnes kita ini dengan menghantar flyers dari rumah ke rumah. Yang penting, masakan tu mestilah sedap….dan penghantaran pun mestilah tepat seperti yang kita janjikan. Selepas itu, aku pasti….booooooooommm.

5. Buat apa lagi ekk. Buat seperti yang aku buat. Gunakan medium internet sebgai pengantara untuk bakal customer. Apa yang boleh kita lakukan?? banyak cara sebenarnya boleh kita lakukan di internet. Antaraya program google adsense,servis buat laman web dan juga blog, graphic designer , menjual produk2 fizikal atau apa2 aje. Aku taknak panjang lebarka tentang ini…kerana banyak artikel2 yg baik tentang perniagaan internet ini.

Ok kengkawan..aku dah letih. Baru sahaja selesai menyiapkan tugasan daripada pelanggan aku. Cuma pesanan untuk diri sendiri, buka minda dan pasti dapat melihat banyak peluang perniagaan yang akan menjadi pedapatan lumayan kepada aku, kau, kita sekeluarga.

Sebelum berundur, apa kata korang bagi idea2 lain yang korang rasa sesuai untuk dilakukan dari rumah. Banyak lagi perniagaan yang boleh kita lakukan dari rumah. Jom kita bincangkan!!!!

Salam hormat

Artikel Lain yang Menarik

Digg this!Add to del.icio.us!Stumble this!Add to Techorati!Share on Facebook!Seed Newsvine!Reddit!Add to Yahoo!

17 Responses to “Perniagaan Dari Rumah”

  1. titan says on: 6 May 2008 at 10:47 am

    Hoho. Aku tak sure aku free tak sabtu nih afzai. Kalau jadi, kita jumpala. Ko bawaklah kek bini ko tuh. Hehe..kat mana ek tempat ko main bownling tu..

    Ps: Nak gi naik keta ke bas? Ehm, jalan kaki la..

    titan’s last blog post..La Camisa Negra

  2. Abooain says on: 6 May 2008 at 12:01 pm

    Betul dan bersetuju dengan AA, sebenarnya zaman sekarang ni dah banyak kemudahan untuk kita melakukan perniagaan dari rumah dan banyak benda yang boleh kita pasarkan hanya ber’kedai’kan rumah kita aja.

    Semoga perniagaan kao berjalan lancar AA!

    Abooain’s last blog post..KOLEKSI EBOOK SUPER eBIZ

  3. kotaro says on: 6 May 2008 at 3:32 pm

    Assalamualaikum,
    Orang slalu kata nak buat bisnes kene ada modal, kene tau
    itu ini, kene gi kursus dan cam2 lagi…aku dah biasa dgr dah..

    Tapi tu sume salah…tmbah-tambah dengan dunia skrg yang ada
    intenet nie.

    Lain la kalu kita mmg nak start gedebuk dengan kedai besar2!!

    Kalu tak mmpu besar..start kecik…tp kene berani la…

    tue je la…pendapat aku…rasanya dh byk kali diulang2 dlm
    ruang siber nie..hehe.

    kotaro’s last blog post..Kearah Membudayakan ICT.

  4. AfzaiAfandi says on: 6 May 2008 at 5:33 pm

    Titan…aku kat Kelang Parade dan menginap kat Concourde Hotel Shah Alam.
    Ko naik jerlah apa2 pun…basikal merah ko tu pun ok gak :)

    Insyaallah Abooain…berkat doa kengkawan.

    Kotaro : memng banyak maklumat kt tenet ni..berani sememangnya salah satu sifat yg perlu ada untuk bergelar usahawan.Jangan main redah jer :)

  5. titan says on: 6 May 2008 at 8:26 pm

    klu naik basikal merah, aku kene start hari ini. baru sampai sana. oh, dekat dengan concourde ke? Tengoklah yek. Aku tak janji.

    Apa kes sampai main bowling kat sana?

    titan’s last blog post..La Camisa Negra

  6. AfzaiAfandi says on: 7 May 2008 at 12:22 am

    Lawan beb….perjuangan hidup dan mati :)

  7. Leeza says on: 7 May 2008 at 12:46 pm

    hmmm … terkenang masa muda2 dulu … selalu ada game2 camni seronok dpt kenal ramai kawan2 baru … tapi yg lebih seronok kalu menang …

    Leeza’s last blog post..Berehat Sebentar!

  8. titan says on: 7 May 2008 at 3:45 pm

    ler..kalau hidup, dapat apa? kalau mati, dapat apa plak?

    aku malas datang nak baca talkin tau..

    titan’s last blog post..10 Perkara NOT to do With Google Adsense

  9. Afzai Afandi says on: 7 May 2008 at 5:13 pm

    Jadi topik boling pulak kat komen ni ekk :) dah tua ker sekrg cik leeza…nak join sekali meh ler..

    Titan….kalau malas baca talkin, baca yaasin dah ler

  10. Wan says on: 8 May 2008 at 8:10 am

    Saya rasa dengan pertambahan semakin ramai yang nampak peluang
    buat duit dari rumah ni, kelebihan bagi mereka yang ada
    kemahiran dalam bidang perkhidmatan (servis) macam AA
    dia ada kemahiran design (rasanya kot). sebab kalau kita
    bergantung pada jual produk semata-mata terpaksalah kena
    bekerja lebih kuat kerana ramai yang hanya jual produk
    semata-mata.. ambo rasolah ke ghano afzai? :)

    Wan’s last blog post..Pertemuan pelihara maruah

  11. catzer says on: 10 May 2008 at 2:43 pm

    wei ko ada kat shah alam ke? Mohlah jumpa aku kat shah alam ni..kekek dah balik..kekekke

    catzer’s last blog post..Webmaster, Blogger, Engineer or Whatever

  12. AfzaiAfandi says on: 10 May 2008 at 3:16 pm

    Titan, Catzer dan Abooain…

    Aku tak jadi ke Kelang dan Shah Alam kerana anak aku admitted 2 hari “demam panas”. Lain kali kita jumpa ekk

  13. zool says on: 14 May 2008 at 1:03 pm

    memang best kalau dapat buat biz dari rumah ni…
    Aku pun ada berfikir nak buat camtu..
    tak tahan dengan karenah birokrasi dan politikus di sini…
    Dan aku sedang berusaha ke arah itu..

    * Syy diam2.. ni rahsia antara pengunjung AA je ek…

    zool’s last blog post..Kursus Penulisan Blog

  14. zie says on: 7 January 2009 at 2:23 pm

    ok gak idea ni..aku pn da try2 wat bizniz sndiri..kalo sukses, nk pencen keja opis..boring..lagi, mungkin byk benda lai aku le wat..kelebihan utama keja kt umah..ble jaga rumahtanggan, pintu and tingkap sekali..hee..tkya upah bibik jaga ank and suami….moga sukses usaha aku nie…amin.

  15. norhaizan says on: 14 September 2009 at 1:43 pm

    salam,
    saya ni dulu siswazah mengangur (dulu lah..) kalau dapat keje patut-patut keje jadi DO, tapi tak DO, DO pun..

    saya graduate tahunn 2002, start grad sampailah sekarang ni keje nye buat tuisyen dan jadi GSTT jo lah..

    tapi saya ada sesuatu yang nak dikongsikan dengan sesiapa yang berminat nak tahu apa killer produk yang saya gunakan sampai boleh buka pusat tuisyen sendiri dengan duit tuisyen yg saya buat dari rumah tu

    kalau ada sesiapa berminat, e-mail saya norhaizanmustapha@gmail.com atau kalau nak tengok sikit buktinya saya ada pusat tuisyen kanak-kanak layari http://www.imsmartkids@wordpress.com

    saya bersedia membantu mana-mana graduan menganggur, atau dah tak minat dengan keje diaoragn sendiri. tak ada masalah, tanpa pengeras boleh terus jumpa saya.

  16. Shikin says on: 14 October 2009 at 11:02 am

    erm……..saya sokong sangat dengan melakukan pekerjaan dari rumah….kalau rajin usaha tentu dapat kalau pandai caranya..

  17. jack says on: 10 December 2009 at 11:49 pm

    saya nak menempel gak lah sini sebab bab ni memang menarik minat saya..tak sampai hati lak kalau tak post komen apa2 ye tak?meriah sikit..sesapa yg tau camana nak buat2 duit online ni dr a to z email lah saya

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tahniah | syawal online...

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
CommentLuv Enabled
  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog, All rights reserved.| Powered by WordPress