Home » Peribadi, Perniagaan, Perniagaan Internet, Produk

Terbaikkah Keputusan yang Di Ambil ?

Written By: AfzaiAfandi on May 1, 2008 30 Comments

Pembaca yang dikasihi,

Cerita yang aku hendak kongsikan kali ini bukannya direct kepada diri aku, tetapi ianya ada kaitan dengan pasangan aku = isteri aku. Macamana aku nak mulakan ekk cerita ini. Aku mulakan dengan citer isteri aku meletakkan jawatannya di salah sebuah syarikat di ibu kota. Berkuatkuasa minggu ini, isteri aku tidak terikat lagi dengan waktu pejabat dan aku juga tidak perlu lagi bangun jam 4 pagi setiap hari Isnin untuk menghantarnya menaiki bas ke Kuala Lumpur.

Aku lakukan setiap minggu kerana isteri aku bertugas di Kuala Lumpur sejak Ogos tahun 2006. Jadi, setelah sekian lama isteri aku memikirkan jalan terbaik dalam hal ini, akhir isteri aku membuat keputusan untuk berhenti kerja setelah meminta pandangan banyak pihak. Walaupun sayang akan tugasnya, namun banyak faktor perlu diambil kira.

Seminggu sebelum isteri aku berhenti kerja, kami telah berbincang apa bentuk perniagaan yang sesuai untuk dijalankan. Kami menyenaraikan beberapa piihan dan akhirnya isteri aku berminat dan teruja untuk menjalankan perniagaan berasaskan bakery. Memandangkan bidang ini merupakan hobinya pada masa lapang dan hujung minggu.

Lantaran itu, kami telah membeli sebuah mesin untuk membuat roti dan kek sebagai langkah pertama.

Selepas itu, isteri aku ke Kuantan untuk mempelajari cara untuk membuat roti sosej dalam pelbagai bentuk dan stail. Setelah tamat mempelajari, maka pada hari Isnin baru2 ini, isteri aku telah bertemu dengan 2 pengusaha kantin untuk memasarkan produk ini di sekolah. Setelah persetujuan di buat, maka pada hari Selasa roti sosej ini pun berada di kantin 2 buah sekolah tersebut.

Untuk permulaan minggu ini, isteri aku mensasarkan dua buah kantin sahaja dan kuantitinya pula sebanyak 20 biji untuk setiap kantin. Alhamdulillah, jualan di kdua2 kantin memberangsangkan. Semuanya habis dijual pada hari selasa dan semalam. Harga satu roti sosej itu ialah RM1.00 sahaja.

Untuk minggu hadapan, isteri aku mensasarkan agar 3 buah kantin lagi sudi menerima ketibaan roti sosej ini. Jika apa yang dirancangkan terlaksana, maka 100 biji roti sosej akan dipasaran setiap hari.

Selain kantin sekolah, aku pula akan mempromosikan roti sosej ini di beberapa buah kedai runcit yang berdekatan dan menjadi tumpuan. Doakan kami kengkawan…….

Ketika aku sedang menulis post ini, isteri aku sedang menyiapkan “cup cake” pertamanya. Cup cake ini sebagai tambahan produk yang hendak dipasarkan. Selain daripada pemasaran offline, sudah tentu aku akan menggunakan medium internet untuk promosi dan penjualan cup cake ini. Terima kasih Kak Adib kerana sudi mengajar saya secara online tentang cup cake ini…kata isteri aku sambil tersenyum. Jasamu ku kenang.

Buat pembaca blog ini, insyallah blog tentang cupcake ini akan menemui korang suatu masa nanti. Kiranya blog merangkap web jualan untuk produk cupcake itu nanti.

Insyaallah, jika semuanya berjalan lancar, aku adakan satu contest untuk menamakan blog itu dan semestinya hadiah wang tunai dan sekotak cup cake akan menemui pemenang contest itu nanti.

Aku rasa apa yang aku tulis ini dah agak panjang…. jadi, aku berenti di sini dengan satu pertanyaan Terbaikkah Keputusan yang Di Ambil ?

Salam hari pekerja dan salam hormat

 

Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Artikel Lain yang Menarik

Pelajari Teknik Advance Menjadi:

rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini

30 Responses to “Terbaikkah Keputusan yang Di Ambil ?”

  1. afham says on: 30 April 2008 at 11:31 pm

    huhu…nk datang umah bro ar makan cupcake?
    leh!!

    afham’s last blog post..Hadiah yangku teringin dari anda

  2. AfzaiAfandi says on: 30 April 2008 at 11:35 pm

    Bisa aja bung Afham…malah dialu-alukan :)

  3. titan says on: 1 May 2008 at 1:18 am

    Afzai, aku nak cupcake tu.nak…

    titan’s last blog post..Make Money with Shutterstock Fototage

  4. afham says on: 1 May 2008 at 1:31 am

    ini sudah bagus.. :P
    bile nk balik ipoh nie.. :D

    afham’s last blog post..Hadiah yangku teringin dari anda

  5. Abooain says on: 1 May 2008 at 8:01 am

    Bro AA, CupCake satu……kurang manis ya!

    Insya-Allah, semoga mendapat kejayaan dan dimurahkan rezeki melebihi sewaktu bekerja di pejabat ni!

    Abooain’s last blog post..CLICKBANK – LUBUK EMAS?

  6. AfzaiAfandi says on: 1 May 2008 at 9:01 am

    titan : nanti ko on the way ke Kedah ke….ko mai lah singgah ipoh. Aku hidng ko ngan cup cake tu siap ada nama ngko lagi

    Ada kat Ipoh nanti calling jer aku :)

    Abooain : aamiiiiiiin.

  7. Fahmi says on: 1 May 2008 at 6:02 pm

    bagus nie…pas ni ko belajar wat kuih bulan lak. keADILan selalu tempah kuih bulan waktu tahun baru cina.hehe…

    Fahmi’s last blog post..AKU MENGHILANG KE PARLIMEN

  8. AfzaiAfandi says on: 1 May 2008 at 9:31 pm

    Kuih bulan kea colour hijau ngan putih jer lah yer

  9. syamsulariff.com says on: 1 May 2008 at 9:39 pm

    hm..cup cakes..sedap2 ..nanti buat cupcake url blog sy bleh? :)

    syamsulariff.com’s last blog post..11 James Bond’s exotic, sports, sexy, cool, antique & futuristic car

  10. AfzaiAfandi says on: 1 May 2008 at 10:07 pm

    boleh….. ko serius ker main2 vangardx :)

  11. Mohd Ismail says on: 1 May 2008 at 11:15 pm

    terlalu awal utk di’nilai samada keputusan yang di’ambil itu TERBAIK atau tidak.. tetapi yang pasti sebenar’nya, itu satu keputusan yang bijak =)

    tahniah untuk isteri kau & diri kau juga sebab berani mencuba bidnag perniagaan sebagai salah satu sumber pendapatan.. insyaAllah, jika kau kekalkan momentum & semangat yang ada sekarang.. apa yang kecil hari ini akan jadi besar satu hari nanti.. =)

    *skang boleh ade dapat sebijik cupcake free?* hehe

    Mohd Ismail’s last blog post..9 Perkara Seorang JUTAWAN Tidak Akan Lakukan

  12. Admin says on: 1 May 2008 at 11:36 pm

    Mail…thanks mail ats kata2 perangsang ko.Cupcake free, boleh aja…tapi kena datang Ipoh dulu. Amacam ada berani :)

  13. arejae says on: 2 May 2008 at 12:48 am

    good luck bro.Insya-Allah..mudahan-mudahan dipermudahkan urusan.
    betul lar apa yg Mail cakap tuh

    arejae’s last blog post..AutoIt – automate your task

  14. zulismail says on: 2 May 2008 at 9:44 am

    InsyaAllah, ini keputusan yg bijak, kerana nabi kata 9/10 dari punca rezeki ialah dgn berniaga dan nabi sendiri pun berniaga
    makanya berniaga itu adalah satu sunnah, secara tak langsung kita telah menghidupkan sunnah,, pahala tu…
    Aku pun dulu kerja makan gaji gak, la ni dah berenti, jual kuih putu dan dodol dipasar malam sekitar ipoh. Klu bro dtg pasar
    malam jumpa ZUL PUTU aku le tu. Beli jgn tak beli.

  15. awqi_zar says on: 2 May 2008 at 8:01 pm

    salam bro,
    wah..dh bukak biz laen nie..semoga berjaya..alang2 dh de pengalaman kat internet nie..ble la buat pemasaran kat internet..buat marketing di internet..

    tak lama lagi sy blik ipoh..hbiz blaja..ble la kiter jumpa..hehe..

    wassalam..

    awqi_zar’s last blog post..WordPress 2.5 RC2 released!

  16. AfzaiAfandi says on: 3 May 2008 at 4:27 pm

    arejae : terima kasih atas doa ko :)

    Zul Putu : Aku selalu beli putu kat kau terutamnaya masa bulan ramadhan…ko niaga kat bercham raya ekk.

    awqi : nohal jumpa Calling jer

  17. halimdanga says on: 3 May 2008 at 8:04 pm

    Tahniah….Keputusan dah dibuat ternyata punca pendapatan dari perniagan kerana 9/10 rezeki dari perniagaan…semoga berjaya …mulakan walaupun sedikit…sesuatu bermula dengan langkah pertama….

    halimdanga’s last blog post..BERITA GEMBIRA BUAT ANDA SEMUA DI INDONESIA…ATAU DI MANA SAJA….

  18. sihatsokmo says on: 3 May 2008 at 9:34 pm

    semestinya keputusan yg cukup besar ni telah disertakan dgn istikharah ye tak…jadi bila keputusan dah dibuat dah tentulah ada hikmah di sebaliknya…good luck.

    sihatsokmo’s last blog post..Selamat menyambut Hari Pekerja dan Selamat Harijadi Aiman!

  19. catzer says on: 4 May 2008 at 8:46 pm

    Terbaik sbb ko ada backup plan..dan terburuk kalau takde..kekekke

    catzer’s last blog post..Webmaster Blog – Quality or Quantity

  20. megat says on: 5 May 2008 at 5:11 pm

    tahniah! keputusan yang dibuat amat bijak dan perancangan yang en afzai lakukan amat teratur. jika dilakukan berterusan mengikut kemampuan dan penelitian strategi maka insya allah en afzai akan maju jaya!

    yang lebih aku bangga apabila en afzai dapat bersama-sama isteri tersayang bersatu menerajui bisnes seperti ini. percayalah en afzai jika kita ikhlas dan melakukan bersama isteri dan bersama-sama mendoakan kesejahteraan bersama dalam hidup rumahtangga dan bisnes, maka pasti ada ganjaran sebagai balasan.

    doakan semoga rangkaian bisnes en afzai terus berkembang dan maju!

    megat’s last blog post..Tekanan, Stress

  21. zulismail says on: 5 May 2008 at 10:48 pm

    Sekarang dah sampai kemana u punya kek, aku teringin gak nak rasa…

  22. AfzaiAfandi says on: 5 May 2008 at 11:39 pm

    Halim Danga – Mekasih halim dan ianya juga adalah sunnah

    Ali SS – Hikmah itu indah. Kita hanya mampu berusaha dan selebihnya ketentuan ilahi

    Catzer – betul tu…spare kena ada, kalau tak sendiri maklumlah :)

    Megat : Thanks a lot atas kata2 perangsang tu … maybe selps ini ko yg buat keputusan berenti :)

    Titan : mekasih backlink tu

  23. AfzaiAfandi says on: 5 May 2008 at 11:44 pm

    Zul, nanti teman bawak kat mike niaga. Pahtu leh amik gambar sekali :)

  24. Leeza says on: 7 May 2008 at 12:59 pm

    wow seronok dgr kengkawan dah mula bisnes online … oic inilah agaknya produk fizikal yg AA dok warwarkan tempohari tu … semmgnya wanita ini x lari dr aktiviti dapurnya dan kini ia menjadi punca rezeki … bagi saya setakat buat utk keluarga x jadi masalah tetapi utk berniaga lum smpi tahap tu lagi, apatah lagi dgn askar2 yg masih kecil2 ni … ramai jugak kengkawan saya yg buat bisnes gini … part time jer pun masyuk apatah lagi fulltime … tahniah kpd isteri anda … keputusan memilih keluarga merupakan pengorbanan yang terbesar pernah dilakukana dan ia merupakan keputusan yg tidak akan pernah disesalinya … apatah lagi masih bisa mendptkan sumber pendptan dr rumah kan …

    Leeza’s last blog post..Berehat Sebentar!

  25. Afzai Afandi says on: 7 May 2008 at 7:03 pm

    terima kasih leeza…berapa lama berehat ni :) ?? mula2 tu sukar jugak nk buat keputusan
    maklumlah untuk mencipta keyakinan diri bukanlah sesuatu yg mudah..

  26. syamsulariff.com says on: 13 May 2008 at 1:25 am

    serius la nie..cuma tak tau bila nak proceed..

    syamsulariff.com’s last blog post..5 kesan negatif daripada penajaan web atau blog

  27. AfzaiAfandi says on: 13 May 2008 at 1:53 am

    Ok….aku tunggu jer lampu hijau dari ko :)

  28. adibahambali says on: 3 July 2008 at 11:16 am

    eemmm… online bisnes ni mmg baru kat ipoh ni, tp kalo kat KL mmg dah lama ada. infact ada yg dah senang hidup dorg… kat ipoh ni bila sebut online bisnes je, ada yg berkerut dahi… heran. depa tak sure boleh jalan ke tak. pd dorg kalo nak bisnes kena ada kedai and so on… tp bila kita argue, it takes time for them to really realise the fact that online business is something worth trying… n tak perlu masa yg lama, dlm few months je plus a bit of marketing secara offline… yg penting, pd i la kan, dlm hidup ni, kita tak boleh dpt semua apa yg kita nak… ada pro n con… its just the matter of time n harwork… insyaAllah… rezeki tu Allah yg tentukan, berkat usaha dan berdoa… ada la nanti bahagian kita… yg penting, usaha… kay.. chiow…

    adibahambali’s last blog post..nak testing

  29. mohd fadli says on: 28 October 2008 at 2:44 pm

    Semoga berjaya ape yang anda dan isteri lakukan…..

  30. AfzaiAfandi says on: 30 October 2008 at 9:26 am

    terima kasih fadhli..saya pun doakan yang sama utk fadhli

Trackbacks/Pingbacks

  1. TAG - Saya Suka Naruto! -- EarnCent.com

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog: Perkongsian Maklumat Pandangan Peribadi, All rights reserved.| Powered by WordPress