Home » Pertandingan, Petikan Akhbar, Santai, Semasa

Berita DiGi Berita Yahoo

Written By: AfzaiAfandi on April 22, 2008 8 Comments

Pembaca yang disayangi,

Poning jugak kepalo den memikirkan apa yang hendak ditulis. Maklumlah blogger separuh masa seperti saya selalu menghadapi kekangan masa dan idea untuk menulis. Tambahan pula untuk mingu ini aku kena siapkan sebuah blog untuk Persatuan Ibubapa dan Guru sebuah sekolah di Ipoh.

Susulan itu juga, kata YDP itu jika hasilan aku memuaskan hatinya maka akan ada lagi job untuk aku. InsyaALLAH.

Teruskan dengan kedudukan korang dan jangan betulkan kerusi korang. Sesuatu yang menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi DiGi. Sudah tentu berita ini menggembirakan pengguna rangkaian DiGi.

kini berpeluang memenangi hadiah lumayan dengan hanya membuat isian semula RM30 atau RM50 menerusi Peraduan Mudah Menang Prabayar DiGi.

 

Hadiah berupa wang tunai dan masa berbual selama setahun bernilai lebih RM1.2 disediakan untuk tempoh peraduan selama lapan minggu bermula 1 April lalu dan berakhir 26 Mei depan. Menurut Perunding Kanan Pemasaran dan Komunikasi, DiGi, Nancy Tan, cabutan akan diadakan seminggu sekali untuk pelanggan yang membuat isian semula sebanyak RM50 untuk membolehkan mereka menggondol wang tunai RM100,000.

Saranan aku, walaupun aku bukannya pengguna DiGi….adalah baiknya korang mencuba nasib. Manalah tahu rezeki berpihak kepada korang. Bercerita bab rezeki, nasib tidak menyebelahi aku dalam contest Naem PPC. Namun begitu, aku tersenarai untuk tempat kedua (takder hadiah ma…..Tempat pertama saja yg dapat hadiahnya) daripada berpuluh2 pengkomen.

Teruskan pembacaan untuk berita kedua.

Nampaknya enjin pencari Internet terkemuka, Yahoo! Inc, melangkah ke depan apabila merancang menjadikan kandungan Internet mudah diperoleh dari telefon bimbit menggunakan ciri suara platform oneSearch 2.0.Yahoo! mendapat kerjasama daripada vlingo iaitu syarikat terkemuka teknologi pengenalan suara bagi membangunkan platform carian baru berasaskan suara itu. Khabarnya Vlingo mendapat USD20 million hasil “deal” dengan Yahoo!

Fungsi berkenaan membolehkan pengguna memilih sama ada untuk menaip perkataan atau menyebut saja perkataan kunci mengenai maklumat yang hendak dicari. Enjin pencari berasaskan suara itu akan melengkapkan kefungsian kepada input teks dengan ciri Search Assist yang mana perkataan jangkaan akan keluar sebaik pengguna menaip beberapa huruf atau perkataan dengan terma carian paling popular.

Bagaimanapun, buat masa ini hanya telefon RIM Blackberry siri 8800 dilengkapi dengan aplikasi pengenalan suara dan dijangka lebih banyak telefon akan dipasang dengan aplikasi itu tahun ini.

Salam hormat

Sumber maklumat: Harian Metro

Artikel Lain yang Menarik

Digg this!Add to del.icio.us!Stumble this!Add to Techorati!Share on Facebook!Seed Newsvine!Reddit!Add to Yahoo!

8 Responses to “Berita DiGi Berita Yahoo”

  1. Fahmi says on: 22 April 2008 at 9:28 pm

    Bagus info ko nie…sesuai dengan minat aku…time kaceh…

    Fahmi’s last blog post..BERKONGSI PENCETAK – UBUNTU / WINDOWS

  2. mazudi says on: 23 April 2008 at 12:58 am

    Digi nampaknya mempromosikan contest ni secara besar besaran jugak.
    Tapi aku pelanggan postpaid. Sikit sangat Telco yang buat contest untuk pelanggan postpaid.

    Yahoo! + Vlingo ni pun rasanya akan memulakan satu lagi revolusi internet di handheld ni.
    Akan ada laa nanti gadget dari Taiwan yang akan membekalkan aplikasi untuk ini.
    hahah.

    mazudi’s last blog post..Silap Jadual

  3. Abooain says on: 23 April 2008 at 10:40 am

    Emph, saya pun guna Postpaid, memang jarang sangat le peraduan untuk pengguna Postpaid ni.

    Selepas ni kena pastikan suara dalam keadaan terjaga dan baik agar mudah sistem Vlingo tu nak detect suara kita……. :)

  4. syawal says on: 23 April 2008 at 11:10 am

    Tak terkejar dgn teknologi ni…mcm2 yg baru…
    Lambakan maklumat ni kadang2 membuat saya sendiri hilang punca….
    Kuasa fokus lemah sangat dalam diriku ini..

    syawal’s last blog post..Jom ke Surau Mujahideen, Ipoh…ada forum..

  5. megat says on: 23 April 2008 at 6:17 pm

    peluang untuk pengguna DIGI, apa lagi!?

    megat’s last blog post..Tertekan, Pengsan

  6. titan says on: 24 April 2008 at 11:56 pm

    kalau dari segi promosi. Aku memang suka iklan digi banding lagi 2 company tuh. tapi kalau dari segi calling2, aku suka celcom. KLu SMS, aku suka Maxis.

    titan’s last blog post..Leo Contest – Part 1

  7. AfzaiAfandi says on: 25 April 2008 at 12:00 am

    ko pakai lah tiga2 line tu Titan. Lupa nak tanya produk kesihatan u amacam?? dah makan habis ker??so apa citernya. Nanti email kat aku ekk :)

  8. humbleandmodest says on: 7 December 2008 at 1:12 am

    aku adalah pengguna setia digi…
    haha…
    tiada kompromi…

    humbleandmodest’s last blog post..Tajuk: 2 Jam

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
CommentLuv Enabled
  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog, All rights reserved.| Powered by WordPress