Home » Keagamaan, Motivasi, Peribadi, Perkongsian Maklumat, Semasa

Yakinlah Pada Kemenangan

Written By: AfzaiAfandi on April 11, 2008 19 Comments

Para tetamu yang dirahmati Allah selalu,

A

ku rasa kekok pulak nak memulakan post setelah blog ini bercuti baru2 ini. Blank seketika…tapi tajuk dah ada. Takper, aku teruskan sebab lama jugak blog ni takder post untuk setiap hari Jumaat. Baiklah, untuk hari ini aku nak berkongsi tentang perihal hidup berpasangan. Mungkin, sedikit sebanyak ada kena mengena ngan aku. Tapi tak banyaklah…. dalam 20% jer…hehehe

Kata orang2 tua, hidup berumah tangga ni ibarat sebuah ladang. Ladang untuk bercucuk tanam. Dah nak bercucuk tanam, so kenalah pastikan tanah tu sesuai ker tidak untuk jenis tanaman yang hendak kita tanam. Lagi satu kita kena juga “make sure” tanah tu sentiasa subur. Macamana caranya??? dah tentu taburkan baja selalu dan pastikan juga sistem pengairan baik dan cukup. Apabila dah complete perkara tadi atau dalam erti kata lain..apabila tanah tu dah cukup subur, barulah kita mulakan proses untuk bercucuk tanam.

Pada aku, kita perlu menerima pasangan kita seadanya dan perlulah menganggap sebagai permata yang sangat cantik…cewahhhh!!! bukan saja cantik tapi mempunyai nilaian yang sangat tinggi. Jadi, jika sepanjang hidup berumah tangga ada berlaku sedikit perselisihan yang mungkin disebabkan tidak ada kesesuaian, tidak memahami rasa hati isteri, atau mungkin kecantikan dah mulai pudar….maka tidak patut kita terus membenci dan membuang dirinya dari lubuk hati kita.

Itu bukanlah satu tindakan yang bijak tetapi pendek akal namanya. Jangan sesekali kita lupa sembilan kebaikannya dek kerana satu keburukkannya. Jangan juga sesekali kita lupa bahawa pasangan kita adalah permata asli dan sampai bila2 pun akan tetap keasliannya. Malah jika digilap…keasliannya akan lebih berkilat. Korang jangan sesekali lupa yang tu.. :)

So…hidup ini kita harus banyak belajar dari kesilapan lalu dan harus banyak menimba pengalaman. Senjata yang paling ampuh yang perlu kita miliki adalah sentiasa bersikap sabar. Ingat, kita ni kan peladang. Berapa saiz ladang kena kena usahakan. Sementara menunggu ladang kita menjadi. mungkin pelbagai dugaan datang menimpa ladang kita. samada masalah kemarau atau banjir…. jangan sesekali kecewa. Sebagai peladang beriman, bertawakal lah kepada Yang ESA.

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
OH Tuhan yang satu
Engkaulah Tuhan yang satu

Segala puji-pujianku
Tujukan padaMU..padaMU
Dan hidup dan matiku hanyalah
UntukMu..untukMu…untukMU

Sebagai peringatan kepada aku, kepada korang yang aku kenali, kepada pembaca2 yang singgah seketika kat blog ini…..ingatlah dalam kehidupan ini, kita mesti selalu berfikiran positif. Dalam apa situasi sekalipun…. yakinlah pada kemenangan kita akan sentiasa menang. Kita tidak mungkin dikalahkan oleh keadaan. Biarlah kekuatan dan kematangan kita yang menguasai keadaan. Fikir2kanlah.

Mudah-mudahan kita menjadi insan yang lebih sabar dan lebih diredhai Allah di kalangan hamba2nya dan menjadi suami idaman.

Salam hormat

 

Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Artikel Lain yang Menarik

Pelajari Teknik Advance Menjadi:

rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini

19 Responses to “Yakinlah Pada Kemenangan”

  1. megat says on: 11 April 2008 at 6:01 pm

    benar! dan kerana itulah rumahtangga saya masih bertahan sehingga sekarang walau pun ada beberapa rintangan yang saya dan isteri terpaksa tempuh.

    fikiran yang singkat tanpa memikirkan buruk baik sesuatu kejadian adalah pembunuh keputusan yang bakal dibuat!

    sungguh menarik entri ini. tahniah en afzai!

    megat’s last blog post..Kerja, Tekanan!

  2. AfzaiAfandi says on: 12 April 2008 at 2:39 pm

    bertolak ansur dalam semua perkara, nescaya aman dan damailah rumahtangga kita…..

  3. zuhairy says on: 13 April 2008 at 1:22 am

    saya tak kahwin lagi..mungkin boleh belajar pasal rumahtangga dgn bro,hehe

  4. Asharudin says on: 13 April 2008 at 2:59 pm

    Ni satu panduan juga tuk mereka yg belum kawin supaya belajar ngan orang yg perpengalaman dlm rumahtangga.

    Sedangkan lidah lagi tergigit….. (yg lain boleh sambung):)

    Asharudin’s last blog post..Mantapkan Bisnes Online Dengan Blogging

  5. AfzaiAfandi says on: 13 April 2008 at 9:37 pm

    tergigit kkadang jer takper..jangan tergigit slalu….nant parah lidah tu :)

  6. ahib0205 says on: 13 April 2008 at 10:44 pm

    bukan mudah nk mudah, tp amat mudah nk payah… ha itu lah kalo kita yg impikan kehidupan yg baik, kita perlu tabah hadapi segala dugaan. terasa sikit2 tu halal je la selagi tak buat benda yg salah… just my opinion :)

    ahib0205′s last blog post..All about MONEY 002

  7. arsenal malaysia says on: 14 April 2008 at 1:26 pm

    aku mmg yakin bro..
    tapi kemenangan tk datang..

    arsenal malaysia’s last blog post..Result: MU VS Arsenal FC

  8. AfzaiAfandi says on: 14 April 2008 at 2:29 pm

    aku sokong apa yg ko kata tu ahib….sikit2 tu abai jer.

    kemenangan tidak datang semudah yg kita jangkakan…. laluan berliku perlu diharungi, itu semua dugaan dari yag maha esa untuk umatnya…da iaNYA maha mengetahu mengapa kemenangan itu belum diberikanNYA

  9. ahib0205 says on: 14 April 2008 at 6:03 pm

    kalo terasa gak sikit2 tu just rilex dan bg je dia menang…. :P

    ahib0205′s last blog post..All about MONEY 002

  10. Fahmi says on: 14 April 2008 at 8:26 pm

    haha…tetiba jadi romantis lak afzai nie…cam ada pengalaman je..

    Fahmi’s last blog post..MELAYU TIDAK, UMNO YANG TERCABAR

  11. zool says on: 14 April 2008 at 9:05 pm

    Satu idea dan nasihat yang baik terutamanya kepada mereka yang berladang.. He he he….
    Semoga keyakinan akan sentiasa timbul dalam diri kita semua…
    AMIN

    zool’s last blog post..Silaturrahim

  12. Wan says on: 14 April 2008 at 11:18 pm

    AA! ambo rasa keyakinan tu ada berkait juga dengan semangat dalam diri si empunya badan.. kalau semangat asyik turun naik je macam nafas lepas berjogging hm susah juga nak tanam keyakinan dalam diri.. semangat yang kuat + keyakinan tinggi = kemenangan. sekadar pandangan 10 sen, maklumlah lama ambo tak singgah sini :) hari ni terasa nak datang ziarah, buat2 sibuk je..

    Wan’s last blog post..Wenger terus dirundung malang

  13. AfzaiAfandi says on: 15 April 2008 at 1:19 am

    Ahib .. confirm ko biasa buat camtu ekk….aku pung!!!

    Aku memang romantis Fahmi, romantis ala2 Anuar… :)

    Ko pun boleh jgak amalkan bila berladang nanti…zool

    meme ahh We… sebeloh pihok tok jadi goni :)

  14. Maizul says on: 15 April 2008 at 3:45 pm

    Penuh dengan maksud tersirat artikel ni. Bercucuk tanam pun dapat pahala tu. apa-apa pun sokong pendapat AA mengenai Biarlah kekuatan dan kematangan kita yang menguasai keadaan

    Maizul’s last blog post..Dibayar walaupun hanya USD1

  15. AfzaiAfandi says on: 15 April 2008 at 11:37 pm

    Lama tak kena nescafe tarik ngan ko maizul. Nanti balik ipoh…calling2 ler aku :)

  16. komenebook says on: 16 April 2008 at 11:02 am

    (salam) buat admin dan komentars

    semenjak dua menjak ni, ramai yang post tajuk pasal kawin dan kehidupan rumah tangga…seronok jugak baca..dahla semalam kwn2 yang senior (kawin) “basuh otak” saya semalam sebab tak kawin lagi..huhuhu

    apapun, saya paling bersetuju untuk last para ” be positive”. itu yang palling payah nak dibuat dan nak dilaksanakan. sebab dugaan-Nya sentiasa dalam pelbagai bentuk/keadaan…hatta di alam rumahtangga.

    semoga kita semua sentiasa dibawah naungan-Nya :-)

    komenebook’s last blog post..Tag a.k.a 5 Perkara Dalam Hidup Saya

  17. AfzaiAfandi says on: 16 April 2008 at 11:18 am

    Salam kembali..

    Welcome thanks a lot sudi mengomen kat sini. Salam perkenalan juga dari saya dan komen2lah kat sini selalu :)

    mmg bukan mudah utk sentiasa be positif..tapi kalau kita tak tanamkan sedemikian hidup kita akan makin susah..

  18. humbleandmodest says on: 7 December 2008 at 1:14 am

    tajuk tu mengingatkan aku pasal lagu ‘jika kau fikirkan kemenangan…….bla3x”
    haha…
    boley naik semangat tu…

  19. farahaznil says on: 25 December 2008 at 10:14 pm

    sebenarnya kunci kemenangan terletak pada kesebaran tu..hohhoo..bak kata pepatah..sikit2 jadi bukit!!selain tu..bkn takat sabar je..kita juga perlu berusaha..kemenangan ttp akan jd milik kita klu kita anggap kemenangan itu kita yg punya!!huhhuu

    farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!

Trackbacks/Pingbacks

  1. Case Closed : Aku sudah Pulang! -- EarnCent.com

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog: Perkongsian Maklumat Pandangan Peribadi, All rights reserved.| Powered by WordPress