Home » Peribadi

Update Terpantas Afzai Afandi

Written By: AfzaiAfandi on April 7, 2008 11 Comments

Para tetamu yang dihormati selalu,

Bermula hari ini , blog ini akan bercuti buat sementara waktu kerana tuan punya blog ini mempunyai urusan offline di Cameron Highland. Namun begitu jika di Cameron Highland mempunyai laluan 3G, maka ianya adalah berita baik untuk saya mengakses internet menggunakan celcom broadband. Disamping menjalankan urusan offline saya, untuk kesejukan malam akan saya hangatkan dengan mencari dan mengumpul bahan2 untuk pembukaan kedai online saya.

 

Saya perlu memberi lebih fokus memandangkan target saya untuk pembukaan kedai online saya selewat-lewatnya penghujung bulan Jun 2008. Kerja2 yang tertangguh perlulah saya percepatkan agar matlamat saya itu tidak terkubur pada buku nota.

Ditambah pula dengan kerja2 pembinaan OneBIzNetwork yang belum lagi siap sepenuhnya. Dalam hal ini, perancangan dan pengurusan masa amat penting untuk mengutamakan yang utama.
Di internet, banyak peluang terhidang untuk kita  menjalankan perniagaan internet. Untuk para newbie saya sarankan korang dapatkan ebook memulakan perniagaan internet untuk memulakan langkah pertama korang.

Bagi yang dah lama berkecimpung dalam dunia online dan masih belum mempunyai perniagaan internet, adalah lebih baik yakin pada potensi diri untuk memulakannya.

Insyaallah saya akan menemui korang semula pada hari Jumaat ini kerana rehat saya bukanlah rehat yang lama. Semoga apa yang saya rancang pada mingu ini berjalan dengan lancar dan saya harap korang pun begitu juga.

Semoga kita bertemu lagi dan salam hormat daripada saya.

 

 

Artikel Lain yang Menarik

Digg this!Add to del.icio.us!Stumble this!Add to Techorati!Share on Facebook!Seed Newsvine!Reddit!Add to Yahoo!

11 Responses to “Update Terpantas Afzai Afandi”

  1. SyawaL says on: 7 April 2008 at 12:56 am

    Selamat bercuti di tanah tinggi… bercuti ke bertugas?
    3G takde, GPRS boleh…

    SyawaL’s last blog post..Penulis Yang Produktif

  2. AfzaiAfandi says on: 7 April 2008 at 12:07 pm

    blog bercuti…tua punya blog bertugas :)

  3. Maizul says on: 7 April 2008 at 1:59 pm

    Selamat bercuti…. di Cameron Highland. wa malam2 sejuk tu.

  4. Amir says on: 7 April 2008 at 2:51 pm

    Wah berkobar2 semangat tu..

    Selamat menjalan tugas ke cameron highland..

    Amir’s last blog post..AlQuran Digital Poket

  5. megat says on: 7 April 2008 at 7:53 pm

    Alhamdulillah. Insya allah semuanya berjalan lancar hendaknya.

    Bila aku nak mula pula erk!? Offline biz skang pun tak terlayan uhuhu.

    megat’s last blog post..Populariti Blog & Penulis

  6. En Dlie says on: 8 April 2008 at 2:13 pm

    Tak sabar nak tengok kedai online tu..

    En Dlie’s last blog post..Mari Kenali Pengurusan Kewangan Pasangan Anda

  7. mazudi says on: 9 April 2008 at 11:17 pm

    Salam.
    Alaa.. first time masuk sini, terus tuan dia cutikan blog.
    Have a nice trip kat Cameron Highland.

    mazudi’s last blog post..Sunset At KK

  8. Fahmi says on: 10 April 2008 at 7:56 pm

    Haha…takpe lepaskan tekanan di Cameron. Jangan lupa bawak balik strawberi.kalau boleh coklat strawberi…wakakak :D

    Fahmi’s last blog post..KENALI MUSUH ANDA – GEERT WILDERS

  9. AfzaiAfandi says on: 10 April 2008 at 10:55 pm

    Maizul : bukan bercuti….bertugas :)

    Amir : amacam ko sekarang??bz ngan sauna ker…

    Megat : Takper..pelan2, dahulukan yang penting

    Dlie : Insyaallah akan sy maklumkan kat sini nanti

    Mazudi : Salam perkenalan

    Fahmi : Nanti aku bluetooth strawberi kat ko..heheh

  10. zool says on: 10 April 2008 at 11:31 pm

    Bestlah ko bertugas..
    Eh ko nak buat perniagaan internet ek??
    Wah cam best je nie…
    Bila lah aku nak buat bisnes nie…
    Bosan asik kena marah dan diperintah je

    zool’s last blog post..Ternak Cacing ??

  11. AfzaiAfandi says on: 10 April 2008 at 11:36 pm

    zool: marah dan diperintah tu kekadang mematangkan dan memberi kita pengalaman… ko try lah pelan2 perniagaan internet tu…Yakinlah Pada Kemenangan

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
CommentLuv Enabled
  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog, All rights reserved.| Powered by WordPress