Akan Datang Tak Lama Lagi
Rakan2 yang dirahmati Allah selalu,
Sedar tak sedar dah masuk bulan April kita ekk!! Banyak lagi perkara yang tak selesaikan. kalau ikutkan diari aku, ada dua tiga perkara yang aku belum settlekan. Insyaallah, dengan kekuatan yang diberi, akan aku usahakan juga semoga apa yang telah aku lakarkan untuk tahun ini terlaksana semuanya. Agak panas jugak isu2 semasa untuk bulan ini. Dari bumi England kisah budak genius melarat ke Belanda dengan Fitnanya sehinggalah ke negara kita dengan filem Akhirat.
Untuk hari ini, aku taknak kupas pasal ketiga2 isu tu…. kurang bernafsu untuk dicoretkan. Cukup aku mengetahuinya dan membuat penilaian sendiri.
Tajuk post aku “Akan datang tak lama lagi” tiada kaitan dengan filem akhirat yang akan muncul di pawagam2 tetapi ianya berkaitan dengan diri aku dan sahabat online aku Mr Abooain CEO Alhusna Gallery.

Apa yang aku maksudkan itu adalah kemunculan perniagaan internet kami. Buat masa ini, kerja2 pecah tanah telah pun dijalankan. Ketika korang sedang membaca apa yang aku tuliskan ini, tinggal lagi 50 peratus untuk disiapkan. Mungkin dengan berkat doa korang, segala apa yang dilakukan oleh kami berjalan dengan begitu lancar.
Setelah persepakatan dibuat antara kami berdua, maka terhasillah OneBizNetwork. Daripada 10 nama yang disenarai pendek, kami memilih nama tersebut sebagai nama komersial untuk syarikat kami dan motto kami ialah “Saluran Perniagaan Online Terkini”.
Apa bentuk perniagaan yang akan dijalankan?? Untuk peringkat permulaan, onebiznetwork akan menawarkan:
- perkhidmatan membuat blog
- perkhidmatan membina minisite
- Perkhidmatan membina website
- Pakej web tools
- Khidmat nasihat
rumahtangga dan cari jodohpercuma
Untuk makluman semua, sekarang kami sedang menyiapkan sebuah ebook yang bertajuk “PERNIAGAAN ONLINE – Panduan Ringkas Membina Empayar Perniagaan Online sendiri”. Itu adalah tajuk tidak rasmi. Ebook ini tidak akan dijual tetapi akan diberi percuma pada hari pembukaan onebiznetwork nanti. Kepada korang semua, jangan lupa untuk dapatkan ebook percuma tersebut pada hari pembukaannya nanti. Kami dengan rasa berbesar hati mengalukan kedatangan korang semua. Tanpa support dari korang siapalah kami
Sempena pelancaran ebook itu juga nanti, kami ingin membuka ruang pengiklanan berbayar kepada mana2 individu atau syarikat yang ingin mempromosikan produk masing-masing. Tidak rugi rasanya, jika ada yang berkeinginan untuk membuat iklan di ebook kami nanti, kerana mailing list yang ada pada kami setakat ini pasti tidak menghampakan.
Setakat ini dahulu yang dapat saya ceritakan tentang onebiznetwork dan insyaallah pada masa2 mendatang akan saya maklumkan perkembangan terkininya. Jika korang ada sebarang idea atau cadangan untuk penambahbaikan onebiznetwork, saya amat mengalukan dan menghargainya.
Salam hormat














tahniah…tahniah..tahniah
SyawaL’s last blog post..Kena Tag lagi…
hehe. Aku nantikan yang terbaik dari korang berdua. Hehe
titan’s last blog post..Open Case : Isu Panas Filem Fitna!
Ooooo tak tido lagi korang ekk?? terima kasih syawal n titan atas support ko berdua
Tahniah lar bro..maju setapak lagi…
bisnes baru..kemah..
afham’s last blog post..Jadual peperiksaan UPSR, PMR, STAM dan SPM 2008
Langkah pertama, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Thanks dauz dan afham
AA, nape kao potong perkhidmatan yang ke 5 tu? Betul la tu?
Insya-Allah, persiapan OneBiz akan kita orang siapkan secara secara berperingkat…..
Abooain’s last blog post..INFORMATION OVERLOAD & PRODUCT OVERLOAD
cari jodoh untuk pelanggan ker cari jodoh utk personal
)
Huh, betul ke ade servis yang ke-5 tu bro Afzai. Baguih jugak tu buleh bagi khidmat nasihat kat saya yang masih single nih. Huhu…
Asharudin’s last blog post..Pelan Strategi Pemasaran Internet
wah..nantikan kemunculan syarikat BroAA nie..hehe..gud luk bro dlam biz..ble blaja dgn broAA..hehe
awqi_zar’s last blog post..Wordpress 2.5 RC2 released!
Tahniah buat korang berdua… bagus la korang punya perkhidmatan tambahan lagi ramai menteri-menteri sekarang ni yang nak ada blog sendiri dan tool-tool untuk usahawan internet.
Thanks awqi…. ilmu yg ada tak kongsi takder guna jugak kan
Maizul, bila nak turun ipohnya. Bulih gak sembang2 ilmiah ngan ko. nanti kalau turun ipoh jangan lupa contact aku.
Admin’s last blog post..Akan Datang Tak Lama Lagi
wah… gembiranya dengar bro nak maju lagi beberapa tapak! syabas dan tahniah! boleh tumpang sekaki nanti (letak iklan) he he… Aku macam ada terbayang lah, kelak, melayu akan menguasai alam cyber, logik tak? ho ho
musnaz’s last blog post..Allah Maha Kuasa, makhluk LANGSUNG tak de kuasa!
Thanks musnaz…moga2 bayangan ko tu jadi kenyataan
tahniah lerrrr…tak ambil bizmalaya ker jadi partner
bizmalaya’s last blog post..Betulkah Centrinads Boleh Hasilkan USD
Alhamdulillah bertambah rezeki ko en afzai.
Insya allah segala kehendak kita kalau diiringi dengan keberkatan dan doa, semuanya terjadi seperti dirancang.
Rakan-rakan turut sama merasai bahangnya.
Good luck!
megat’s last blog post..Kemaskini Ringkas & Pikom PC Fair 2008
BizMalaya: mana tahu untuk masa2 mendatang leh kita berpartner
Megat : Insyaallah megat. Yakin dengan potensi diri.
Tahniah! AA. Tak buat pulut kuning ker nanti jemput kami makan?
imie……Pulut kuning tu ko hello jer aku kalau ko tersampai kat pekan ipoh
Satu lagi model perniagaan yang dijangka mendapat sambutan yang hangat. Dan tak mustahil ramai newbie akan mendapatkan khidmat dari team bro tu. Anyway, tahniah untuk IM Malaysia AA & Abooain.
Asharudin’s last blog post..Tag 5 Perkara Pertama Dalam Hidup!
Pujian melangit tu Asharudin dan cabaran untuk saya
Insyaallah…amin
Tahniah..tahniah..
semoga mike ber2 maju jaya..
teman tumpang gembira..
Amir’s last blog post..AlQuran Digital Poket