5 Perkara Pertama Dalam Hidup Anda
Pembaca yang dihormati,
Jika sebelum ini aku pernah di tag oleh beberapa rakan blogger. Hari ini, buat pertama kalinya aku ingin memulakan tag. Tag ini dikenali sebagai ” 5 Perkara Pertama Dalam Hidup Anda “. Ho..ho..ho… agak2 boleh merebak tak tag yang aku ciptakan ini?? Harap2, tag yang aku ciptakan ini mendapat sambutan daripada korang semua.
Baiklah, bagi memenuhi kehendak tag ini, maka beberapa syarat mudah perlu dipatuhi :
1. Bukan cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain.
2. Perlu mengetag 5 lagi rakan blogger pilihan anda setelah anda di tag.
3. Tempoh tag bermula hari ini dan berakhir 27 April 2008.
Untuk memulakan tag ini, maka sudah tentu akulah yang akan kena mulakan dulu tag ini. 5 perkara Pertama Dalam Hidup Aku.
Perkara Pertama
Blog pertama aku adalah blog afzaiafandi tetapi menggunakan blog wordpress percuma. Tema blog itu masih lagi sama dengan blog aku sekarang ini. Aku bertukar ke blog berbayar kerana blog aku telah di”ban” oleh pihak wordpress.
Perkara Kedua
Yang ini pula ingin aku ceritakan tentang mini site. Ok..mini site pertama aku adalah minisite jualan tentang produk penjimatan minyak. Minisite ini juga aku createkan menggunakan hosting percuma. Ianya dilancarkan pada pukul 03.47 pagi bertarikh 05 Disember 2006. Kalau korang nak tengok, boleh klik kat sini ekkk.
Perkara Ketiga
Awek pertama aku pula….oh, tidak !!! aku tidak akan bercerita tentang awek pertama aku. Biarlah isteri aku jer yang mengetahui bukannya korang
OK, perkara ketiga adalah tentang pendapatan pertama aku di internet. Aku mendapat pendapatan pertama aku melalui bisnes pertama yang aku jalankan di internet iaitu pembekal pembantu rumah yang aku pernah lakukan dahulu bermula pada tahun 2002 hingga 2004. Bisnes ini aku promosikannya di forum2 tanah air tetapi sayang kerana bisnes ini telah berkubur dalam hidup aku.
Perkara Keempat
Ini pula tentang pekerjaan aku. Pekerjaan pertama aku adalah sebagai pencuci kereta di stesyen minyak Esso bersebelahan Hospital Dungun, Terengganu. Waktu itu aku sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM. Aku bekerja ketika itu demi untuk membeli sehelai jeans Levis dan sepasang kasut Adidas.. Bila aku balik ke kampung halaman aku pasti aku akan jenguk tempat itu….nostalgia ooooo
Perkara Kelima
Pertama kali aku ke Kuala Lumpur pada akhir tahun 1992. Sewaktu itu aku baru sahaja selesai menduduki peperiksaan STPM. Bersama 3 orang rakan aku, aku berkelana untuk mencari rezeki di kota metropolitan. Kuala Lumpur aku datang ke dadamu…hehehehe. Waktu itu aku mencuba nasib mencari pekerjaan sementara di bandar baru bangi. Setelah menghadiri beberapa interview akhir aku berjaya juga mnjawat jawatan sebagai “mat kilang” di kilang Permanis yang keluarkan air botol dan air tin tu…
Setelah result STPM kuar…aku balik dan selepas itu aku menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya.
Sekian sahaja, 5 perkara pertama dalam hidup aku. Jadi bagi memenuhi syarat2 tag yng aku ciptakan ini..aku akan panjangkan tag ini kepada 5 blogger pilihan aku..jeng,jeng,jeng
1. Tentulah partner aku Abooain…belum jumpa pun lagi mamat ni
2. Budak Banting yang tak boleh hidup tanpa wanita
3. SmartZul….otai perniagaan internet. Harap2 sudilah kot
4. Labanon…top 30 bloggers under 21
5. Biz Malaya… yang kusangkakan lelaki rupanya surirumah tangga
6. Oklah…tambah lagi…macam ingkar syarat jer..tapi takper. Afham dan Syawal aku tak akan lupakan ko kerana ko berdua pernah jumpa aku..hahaha termasuk juga emet dan beduz
Salam hormat dan Selamat bertag
Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!
rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini












wah wah..sedapnya ngata aku ek..hehe. akan aku tunaikan permintaan tag ini. tapi dah ada 3-10 post yang tersusun dan juga review berbayar yang aku kene tulis. Tak apalah. Esok 2 review akan aku keluarkan..
titan’s last blog post..Edisi Siasat : Apa Kejadahnya CentriAds ni?
Gurau senda secara oline ngan ko…kata orang gurau tu pengerat kemesraan. Hakikatnya betulkan… wanita tu mungkin mak ko titan..ko jangan perasanlak..hahahah.
Thanks Titan..aku tunggu
la duk dungun rupanya AA ni…
skg duk katne AA?
beduz’s last blog post..KeKayaan Sebenar
Sekarang kat Ipoh, Perak…beduz kat mana??
Afzai Afandi’s last blog post..5 Perkara Pertama Dalam Hidup Anda
Menarik citer kao AA….pengalaman banyak ni!
Abooain’s last blog post..15 TIPS BAGI MENARIK PERHATIAN PELANGGAN
yeye2..dah agak..sure kena punye!!!
afham’s last blog post..Perhimpunan Hari Polis ke – 201- Cogankata baru
Salam Afandi, menarik ni… bagus-bagus, tapi kenapa limit sampai 27 April jer? adakah ada rahsia tersembunyi?
emet’s last blog post..Review : Personal Training (Harga Istimewa) bersama Syed Ikhwan aka Aston
Abooain : bolehlah kongsi ngan anak2 sbg pengajaran dan penghayatan. ko pun merantau smapai ke Mesir sure lagi best citer ko
Afham : Tu tandanya aku selalu ingat kat ko lah tu…jangan takjawab udah. Nanti aku lempang…Ingat jawapan mesti kemah keming
Beduz and emet…. aku dengan ini mengetag ko juga untuk topik tu. Harap ko sudilah jawabnya ekkk…bukn paksaan
sajer jer …takder yg sembunyi, just nak tengok sejauh mana tag ini merebak dalam masa sebulan..heheh
Hehe.. The Most Important Steps Is Your First Step.. Banyakkanlagi Langkah Pertama Anda.. Selamat Menjalani Kehidupan..
Qaiyum’s last blog post..Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) : Baik & Buruk
no problem AA nanti ku jwb soalan2 tag tu.
skg blaja kat usm penang. tapi mak ayah duk kat chukai kemaman..
beduz’s last blog post..KeKayaan Sebenar
Asmkm, apa khabar? Shueqry here..
Saya baru jumpa blog ni ..
Ada sesuatu yang saya pelajari, thank you!
-Shueqry-
Shueqry’s last blog post..Tips Motivasi Dari Kejayaan.net
Salam kembali Shueqry..thanks for coming. Pernah juga ke blog shueqry dan ada juga sesuatu yg pelajari di blog sedara.
Singgah lah ke sini selalu jika kelapangan
kemah!!
afham’s last blog post..Nobody Perfect
Oh! Oh! Ramainya kena Tag!
wanwma’s last blog post..Menteri Besar Terengganu Yang Baru
wah seronok main tag2 ni kan … bertambah meriah dunia bloggers ni …
hohoh…sapa awek pertama ko tue? mestilah isteri ko tu, kan?
Editor’s last blog post..APA ITU LINUX ?
terima kasih atas tags tersebut,,,jika ada masa saya akan balas….
bizmalaya’s last blog post..Betulkah Centrinads Boleh Hasilkan USD
Leeza n Wanma : Sajer2 jer ni..sambil2 post, leh eratkan silaturrahim antara bloggers
Fahmi,awat nama ko tuko pada editor lak?? nama baru selepas PRU12 ke.. yelah tu
bizmalaya: ok……tunggu masa yg ko ada
Kisah hidup ye afzai…..
Bagus2…
zool’s last blog post..Agung sangatkah cinta??
yahh ha!!pertama kalinya aku ada blog…
pertama kali juga aku mengetahui apa itu blog..
hohhoo..mcm mana lak leh kena ban dgn wordpress tu?ada unsur2 tuttt ke?hehe
farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!
ko berfikiran negatif ke farah??
haha!!