Buka Perniagaan Sendiri
Pembaca yang budiman,
Korang rasa untuk membuka perniagaan sendiri adakah sesuatu yang mudah?? Mudah jika korang rasakan ianya mudah dan sudah tentu susah kalau kita rasakannya susah. Membuka perniagaan sendiri mungkin menjadi dambaan ramai orang termasuklah aku. Namun, walaupun anda merasakan ianya mudah ianya bukanlah semudah ABC atau semudah memetik jari.
Buat kajian terlebih dahulu
Kajian amat penting sebelum kita lakukan sesuatu perkara. Untuk memulakan perniagaan, kajian merupakan perkara utama untuk memulakan perniagaan. Sesungguhnya, ada baiknya kita buat sedikit kajian tentang bisnes yang akan kita jalankan nanti. Mungkin kita boleh bertanya kepada rakan2 atau sesiapa saja yang telah menjalankan perniagaan tersebut terlebih dahulu. Selain itu, tentukan siapa juga bakal pelanggan kita nanti.

Kewangan
Kalau takder modal, camana nak bukak perniagaan sendiri ekk?? Jalan terbaik untuk dapatkan modal adalah membuat pinjaman bank bukannya along walaupun dia nak tolong. Takder pun cari partner yang ada kewangan yang kukuh.
Ciptakan Imej
Mulakan dengan membangunkan imej perniagaan anda. “Branding image” kata oang putih. Imej ini penting untuk membuatkan kita dipercayai dan diyakini oleh kelompok sasaran pelanggan kita. Pada masa yang sama, fikirkan strategi jualan dan tumpukan pada bakal pelanggan sesuai dengan produk2 korang.
Pilih rakan perniagaan yang tepat
Jika korang nak cari rakan niaga untuk mulakan perniagaan, pastikan pilihan yang tepat dan ada keserasian. Adalah lebih baik memilih rakan niaga yang sudah miliki latar belakang perniagaan. Pengalaman rakan kita itu secara tidak langsung dapat membantu kita memajukan perniagaan. Yang penting jangan cari rakan niaga yang sengkek… nanti dengan kita2 sekali akan jadi sengkek.
Aku pun sedang mencari rakan niaga untuk perniagaan internet ini. Sapa ekk yang akan sudi terima aku
Jangan fikir nak kaya secepat kilat
Yang ni ramai yang selalu buat…belum apa2 dah tukau kete beso..sekonon2nya nak tunjukkan bahawa perniagaan yg dia buat cepat mendatangkan hasil. Kebiasaannya geng2 MLM. baru jer income dua tiga bulan sebanyak itu..terus sambar hantar benda baru. Pada aku sekurang2nnya..biarlah income tu berterusan selama 2 tahun dan ke atas. Apapun terpulanglah…duit korang kan, siapalah aku nak nasihat korang.
Ingat, bukan mudah untuk sesebuah perniagaan berjaya dalam masa yg singkat. Perniagaan sememangnya memerlukan usaha dan waktu yang berterusan. Ciptalah kekayaan bertahap bukannya sekelip mata. Apapun yang penting ialah semangat untuk terus berusaha hingga berjaya.
Salam hormat
Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!
rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini












Informasi yang berguna terutama kepada Newbie yang mungkin sedang mencari-cari maklumat sebegini. Nanti kawe maklum kepada subscriber kawe yang sedang dahagakan maklumat sebegini.
Sedikit Ulasan :
Buat kajian – memang betul, kena cepat dan rajin merayau-rayu (dalam internet bukan kat shoping kompleks!) untuk mencari produk atau jenis perniagaan yang bersesuaian atau permintaan tinggi atau dapat menyelesaikan masalah orang.
Kewangan – Kalau tak ada wang – simpan sikit-sikit atau sertai mana-mana program Affiilate jika tak mahu pinjam bank.
Cipta Imej – Yup, bina kredibiliti atau bentuk satu imej tersendiri biar sinonim dengan nama kita.
Partner – Yang ni kena usaha sikit….. kekekeke!
Jangan fikir nak kaya secepat kilat – Betul tu AA, jangan letak objektif utama kita ialah nak cepat kaya dengan sekelip mata kerana dibimbangi duit cepat habis! Kenapa??? Kao orang fikir la sendiri!!!!
Info yang berguna!
Abooain’s last blog post..15 TIPS BAGI MENARIK PERHATIAN PELANGGAN
Betul tu abooain…dan tidak lupa juga usaha menjalankan perniagaan mesti diiringi dengan doa.
Fahmi’s last blog post..THE NEW MERCEDES BENZ
Wah… Afzai nak mula bisnes.. Bisnes per tu???
Semoga anda terus berjaya…
Bestnya tgk member cyber buka bisnes, menternak…
Aku ntah bile..
zool’s last blog post..Gol EPL (15 Mac)
Wa bro Afzai ada projek baru ni. Rakan JV macam mana tu dari segi modal ke dari segi kemahiran ke. Rakan JV macam mana tu…
Maizul’s last blog post..Jutawan PaPa
Fahmi : Sebelum election ko sibuk dan lepas ni..aku pasti ko lagi sibuk..jenguk2 ler selalu kat sini.kasik info
zool : baru peringkat kajian….untuk isteri aku sekali sebenarnya.
Maizul : yang JV tu ingat nak plan untuk perniagaan internet dan semestinya JV yang berilmu..hehehe. Ada perancangan nak amik saya sbg JV maizul ker
betul kata u all semua…tapi kadang-kadang fikiran orang melayu ni susah nak diubah…ramai yang ingin jadi jutawan segera…
bizmalaya’s last blog post..Siapakah Jutawan Affiliate
Sememangnya untuk memiliki sesebuah perniagaan bukan perkara mudah pan pantas.
Kajian demi kajian perlu dilakukan dengan menimbang kos, modal serta keuntungan yang diperolehi kelak.
Ya setiap usahawan mesti ada kredibiliti tersendiri masing2. Salah satu jenis kredibiliti seperti apa yang bro afzai post ni iaitu melalui imej atau ikon kita. Jadikan diri kita sebagai panduan atau role model.
Asharudin’s last blog post..Akhirnya Hajat Kesampaian Jua
susah2 memang susah nak buat duit. nak cari rakan jv lagi susah. saya pernah kena tipu dgn kawan baik saya sendiri..memang suatu pengajaran yang bermakna. kerana duit boleh buat orang buta..
beduz’s last blog post..Melayu Billionaire
Yang menipu besar dosanya…yang kena tipu besar pahalanya. Sabar dan jangan merungut selalu.