Keputusan PRU12 Tanda Kematangan Pengundi
Pembaca yang dihormati,
Pertama sekali, aku bersyukur kerana keputusan pilihanraya kali ini amat memuaskan banyak pihak terutamanya para penyokong barisan alternatif. Bagaimana pula dengan anda? Adakah korang merasakan keputusan pilihanraya kali ini telus dan bersih?? Pasti ramai yang berpuas hati dengan keputusan kali ini. Rasanya, inilah sejarah paling gemilang untuk barisan alternif sepanjang pilihanraya di negara kita.
Apa yang saya tuliskan di sini berdasarkan berita yang saya peroleh daripada saluran televisyen setakat pukul 4.00 pagi.
Rasanya ramai penganalisis politik juga terkejut dengan keputusan pilihanraya kali ini. Ramai yang mengatakan Terengganu akan kembali semula kepada pemerintahan pembangkang namun hal yang sebaliknya berlaku. Kemenangan Tuan Guru Haji Hadi Awang di Parlimen Marang tidak berjaya merubah arus gelombang bagi kawasan2 lain. Seagai anak Terengganu, secara peribadi aku juga terkilan walaupun jumlah majoriti menunjukkan pertambahan. Apapun tahniah aku ucapkan kepada wakil PAS kawasan aku DUN Sura iaitu Ustaz Wan Hassan atas kemenangan. Semoga beliau menjalankan tugas2nya selepas ini sebagai wakil rakyat dengan penuh keadilan, kesabaran dan kebijaksanaan.
Apa yang menarik untuk aku perkatakan di sini adalah berkenaan kemenangan tak terduga untuk Barisan Alternatif di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Hal ini menunjukkan bahawa pengundi2 bandar telah bijak dalam membuat keputusan untuk memilih pemimpin yang bakal memimpin mereka kelak dalam era baru negara kita. Setakat keputusan diperolehi, KeADILan telah memenangi lebih 30 kerusi Parlimen, PAS sejumlah 27 manakala DAP juga mendapat 27 kerusi namun keputusan muktamad dan rasmi masih ditunggu oleh semua pihak yang bertanding.
Kelantan yang diibaratkan sebagai negeri panas untuk pilihanraya kali, masih lagi dimenangi oleh PAS dengan kemengan yang lebih bergaya berbanding pilihanraya 2004. Kejayaan PAS di Kelantan menidakkan berita2 yang disiarkan di kaca TV dan juga akhbar2 harian. Datuk Dr Awang Adik calon yang akan diangkat sebagai MB Kelantan jika BN menang turut kecundang. Namun begitu beliau akur dengan kecerdikan rakyat negerinya dan menerima keputusan ini dengan tangan terbuka. Syabas dan tahniah buat Tuan Guru Datuk Seri Haji Nik Aziz, calon2 PAS dan juga rakyat Kelantan.
Persoalan menarik di sini, siapakah yang bakal menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang dan siapakah pula yang bakal menjadi Menteri Besar di Selangor, Kedah dan juga Perak. Diharap Barisan Alternatif menggunakan kesempatan yang diberi oleh rakyat dan carilah formula terbaik agar manifesto “Menuju Negara Berkebajikan” menjadi realiti dan bukannya omongan kosong yang dilaungkan semata2 unuk pilihanraya.
Secara keseluruhan, keputusan kali ini banyak menyentakkan hati para pemimpin kerajaan dan sekaligus membuatkan dikalangan mereka tak senang duduk. Beberapa keputusan mengejut berlaku kepada bekas pemimpin kerajaan. Pertamanya, kekalahan Datuk Seri Samy Vellu di kerusi Sungai Siput kepada PKR. Juga mengejutkan adalah kekalahan Datuk Seri Shahrizat kepada srikandi Datuk Seri Anuar Ibrahim iaitu Izzah Anuar. Kekalahan Datuk Zainudin Mydin kepada calon PKR di Sg Petani turut memberi impak dan mengejutkan pimpinan BN. Kemenangan PAS di Shah Alam juga telah membuatkan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo tertanya2 dan tercari2 di manakah silapnya???
Akhir sekali apa yang boleh saya simpulkan bahawa keputusan PRU12 ini menunjukkan tanda kematangan para pengundi Malaysia. Arus perubahan besar ditunjukkan oleh pengundi2 Cina dan juga India. Apakah maksud semuanya ini?? Seperti biasa kaum Cina semestinya dengan pendirian dan stail mereka yang akan memilih pemimpin yang boleh memberi keuntungan kepada bisnes2 mereka dan tidak hairanlah DAP dapat menawan bandar2 besar. Pengundi India pula, apakah semua ini kerana mereka merasakan MCA telah menaikkan kaum Cina, Umno telah menggemilangkan kaum Melayu tetapi tidak pada MIC dan lantaran itulah apakah mereka merasakan BA adalah platform terbaik untuk mereka mendapat pembelaan??
Sekian dahulu, kepada semua calon yang telah memenangi kerusi masing2 diharapkan dapat menjalankan tugas sebaik mungkin kerana anda adalah pilihan terbaik. Jadi janganlah mengambil kesempatan atas kepercayaan rakyat kepada anda semua. Semoga keputusan kali ini menjadikan negara kita lebih aman, makmur, sentosa dan maju dalam erti kata sebenarnya.
Terima kasih, Malaysia
Salam hormat















cun ar bro..perak BA amek!!
afham’s last blog post..Kebajikan rakyat dijaga, tolak pembangunan
Heh heh. Aku hanya mampu tersenyum kerana PAS menang besar di Kelantan. Alhamdulillah. Kui3.
affuan’s last blog post..Tragedi Rusila – Pengundi kena tembak
alhamdullillah ba menang dengan pertolongan dari allah..terutama serambi mekkah..kelantan..kalau disiasat lagi tentu negeri lain yang bn menang boleh dikalahkan(pengundi hantu)bn,spr dan polis tak gentleman
main tipu…sepatutnya ba dah boleh mentadbir negara…allahuakbar.
sya sokong mel..
takut ke krjaan nak berlawan bersungguh2
kalau stakat main kelat cam2 sapa2 pun bleh mng…..
kalau anak jantan lawanlah betul2
takbir……………..
satu keputusan yang membanggakan bg pembangkang
tp sekarang telah menjadi Pemerintah d kawasan yg susah tergugat dr pembangkang
semoga kawasan2 bmaksiat dtutup dan segala plaza tol2 pun dtutup.
Allahhuakbar……………..
Alhamdulillah, kemenangan yang lebih bergaya lagi pada PRU kali ini di Kelantan, Bantuan dari Allah s.w.t setelah rakyat Kelantan merasa terhina dengan laporan Akhbar dan TV yang sentiasa menghina kami setiap jam dan minit.
Kami rakyat Kelantan rela miskin daripada melihat Islam tergadai, Kami rakyat Kelantan rela bergaji kecil daripada melihat akhlak generasi kita runtuh, Kami rakyat Kelantan rela tidak makan daripada melihat Tok-tok guru kami di maki dan dihina, Kami rakyat Kelantan rela berpakaian buruk asalkan hati-hati kami dipenuhi dengan ‘Ruhulislami’ Kami rakyat Kelantan rela mati di dalam meletakkan ISLAM itu di tempat tertinggi – JIHAD!
Semoga Terengganu akan menyusul kelak – Tahniah buat Tok Guru Haji Abdul Haji di atas kemenangan beliau!
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar wa lillahi Hamd!
“Innal Bathila Ka naZahuqo”
Abooain’s last blog post..10 OUTSOURCING MISTAKES-BEST!
Memang keputusan yang lebih dahsyat dari Pilihanraya 1999…
Pertama kali Dewan Rakyat tidak dapat 2/3…
Penang, Kedah, Perak dan Selangor akan bertukar Menteri Besar….
Harap2 Negeri walaupun BN menang juga akan ditukar Ketua Menteri / Menteri Besar…
zool’s last blog post..Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 – Keputusan Mengejutkan
Alhamdulillah akhirnya rakyat memilih untuk menolak BN dan dasarnya di 5 buah negeri..Saya sendiri di Johor yang dikatakan kubu kuat BN merasai gelombang itu. Walaupun cuma 2 kemenangan PAS di kerusi DUN & 4 kerusi oleh DAP, ini menunjukkan kubu kuat telah dapat ditembusi dan kebanyakan tempat2 yg dimenangi BN telah merosot hampir 50% majoritinya berbanding tahun 2004.
Cuma yang menariknya walaupun BN menggunakan sehabisnya media2 utama, Barisan Alternatif tetap menang dengan majoriti yang besar. 2 negeri maju juga berjaya dirampas iaitu Selangor dan Pulau Pinang (Negeri PM bertanding).
Perkara ini harus disedari pimpinan BN bahawa mereka jangan memperolokkan rakyat dan mengeluarkan kenyataan2 yang memperbodohkan rakyat. Rakyat kini lebih bijak berfikir dan mempunyai banyak lagi saluran utk mendapat maklumat..
Akhir sekali kepada Pak Lah, sila undurkan diri kerana anda telah gagal dan menjadi bebanan kepada BN dan Umno yang jelas ditolak orang melayu.
kuasadua’s last blog post..Meninjau Pandangan Dr Mahathir
Pengundi sekarang ni dah tak bodoh dan boleh nilai baik buruk BN biarpun BN sering dipuji oleh media. pengundi pun tau yang puji BN tu siapa punya geng. Takkan media nak puji BA kot. Atas kebijaksanaan pengundi skrg ni, Alhamdulillahhh…. boleh tahan juga BA. bagus bagus baguss,,,,,,,,,,
Kemungkinan besar satu lagi Menteri Besar daripada PAS akan muncul di negeri Kedah.
Jika betul apa yang dijangkakan….Tahniah buat Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak
hehe. semua blog cerita bende sama. Yang pasti, tahun ini banyak bende baru dan kontroversi baru. So, aku harap perubahan yg ketara dr BA even aku tahu mereke perlu ambil masa..
titan’s last blog post..5 Negeri diTAWAN oleh Barisan Alternatif!
simpati dgn nasib BN dlm pru12..siapa yg harus dipersalahkan??? tepuk dada tanya diri sendiri di mana silapnya sehingga rakyat yg begitu setia tlh beralih arah.peluang yg ada tidak digunakan dgn sebaik2nya.masalah yg membebani rakyat tidak diambil peduli.harga barang dan petrol naik mendadak tanpa memikirkan apa yg akan dihadapi oleh rakyat yg berpendapatan rendah.nah!sekarang suara rakyat telah menolak pemerintahan barisan nasional.walaupun bukan keseluruhan namun bahangnya tetap terasa.negeri2 maju dan kukuh ekonominya telah jatuh ke tgn pembangkang.dan tidak mustahil satu hari nnt kerajaan barisan nasional akan terus lenyap di ingatan masyarakat.dengan itu fikirkanlah…KUASA DITANGAN RAKYAT!!!
Daripada maklumat yg aku peroleh, Perak bakal diterajui oleh YAB Mohd Nizar Jamaludin 0f PAS (N51 Pasir Panjang kerusi Sitiawan)
Jika betul…satu lagi menteri besar daripada pimpinan PAS. Sama2lah kita memberi peluang kepada beliau menjalankan tugasnya sebaik mungkin
tadi dgr berita DAP membuat mesyuarat tergempar mlm ni berkaitan siapa layak jadi MB perak. nampak gaya DAP mahukan menteri besar perak datang daripada wakilnya…susah gak mcm ni..perak jgn jd cam penang sudah…
beduz’s last blog post..Terkaya Dunia dan Terkaya Malaysia
selamat mendapat YB baru.. semuga perak terus sukses..
zino’s last blog post..kuasa rakyat…..
Anything can happen. So, aku harap Selangor akan terus maju. Kawasan rumah aku. PKR amik aleh dari BN..
Huhu..
titan’s last blog post..5 Negeri diTAWAN oleh Barisan Alternatif!
BA? mana yang dominan penguasaannya? siapa yang lebih banyak menguasai BA?
Perak dengan DAP? Penang pun DAP? mana pilihan yang dominan?
1. Barisan depan: URL kalau takder tak yah lah letak. Buat apa letak url tipu kan
abai jer kalau takder
2.Kita ikuti jerlah perkembangan DAP camana?? Bagaimana layanan mereka kepada kaum kita Melayu.
hoho..aku tak kesah. Janji depa bagi layanan yg sepatutnya.
titan’s last blog post..Saya nak order Streamyx Combo Satu!
Kita tengok dulu sebab DAP pun belum pernah lagi memerintah mana-mana negeri sebelum ini, jadi tak boleh nak teka hala tujunya …… kita tengok perbezaan DAP dengan Gerakan walaupun kedua-duanya pada asasnya adalah sama!
Tunggu dan lihat!
Abooain’s last blog post..10 OUTSOURCING MISTAKES-BEST!
ehmmm, inilah yang dikatakan perancangan Allah mengatasi segalanya. Dalam usaha pak lah dan najib sebuk2 nak rampas kelantan, tetiba kedah, penang, perak dan selangor ditawan BA. Kelantan mmg telah diramal akan terus kekal di bwah kepimpinan ulama’ – Tok Guru Nik Aziz!
Sekarang kat tv asyik2 duk pertikaikan pasal janji2 BA. Katanya janji yang sukar utk ditepati…. belum pun setahun ambik tampuk pemerintahan, yang depa tu dan berpuluh2 tahun buat rakyat lagi teruk pun tak nak ngaku
Reformasi dan Demokrasi Terpimpin ….
Apa yg kita harapkan agar BA mengotakan janji mereka membawa perubahan kepada ekonomi negara, mengkaji peningkatan perbelanjaan harian yg kian meningkat bagi membantu rakyat memperbaiki taraf hidup kepada yang lebih baik. Namun kita harus sabar kerana bukan mudah untuk melaksanakannya dalam waktu terdekat, walau bagaimanapun selamat berjuang wahai YB ku sekalian …
sekurangnya berikan mereka peluang untuk memerintah sebelum kondem apa-apa. berikan mereka peluang untuk mengotakan janji pilihan raya yang terdahulu…
dua 3 hari lepas memang hangat dengan kehangatan suratkabau yang memang laris sakan tak menang tangan… seronok pun ada… kesian pun ada tengok sorang pakcik surat kabau yang melayan pelanggan2 nya… dengan duit bakinya nak kira .. surat kabaunya nak susun… hahahaha…
apohal pun kita tunggu dan lihat bagaimanakah penangan pembangkang memerintah negeri masing2 yang telah di menangi tersebut…
Maaf tumpang selit komen di sini,
Pada hemat saya, keputusan PRU baru-baru ini tak seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang mengejutkan. Istilah “MENGEJUTKAN” hanya digunapakai oleh “pihak-pihak” tertentu dalam kerajaan pusat untuk melindungi rasa kecewa di atas kecundangnya beberapa ‘ayam sabung’ taruhan BN (banyak yang dah takde taji sebenarnya…:P)
Bagi rakyat Malaysia khususnya, keputusan ini boleh dianggap sebagai sesuatu yang dah lama diduga akan terjadi. Corak dan petandanya amat jelas, lebih-lebih lagi di kalangan pengunjung setia internet, atau lebih sinonim dengan panggilan ‘bloggers’, ‘chatterz’, dan sebagainya.
Kerajaan pusat yang mendominasi hampir keseluruhan media cetak dan media elektronik hakikatnya gagal melihat kehebatan dan pengaruh yang mampu dibawa oleh Internet. Sebaliknya pihak lawan (PKR/DAP/PAS) samada sengaja atau tidak, berjaya memanipulasi Internet sebaik mungkin.
Kekurangan bahan bacaan yang ’seimbang’ di akhbar-akhbar nasional merupakan faktor yang perlu diambil kira dalam menilai kekalahan kerajaan pusat.
Kalau nak menulis di sini, memang panjang berjela jawabnya…
Apa pun, saya yang lebih suka berpihak kepada mereka yang jujur kepada rakyat, sangat yakin dan percaya bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa & Maha Memiliki Segala Yang Di Langit & Di Bumi. Lain daripadaNya, andai memegang tampuk pemerintahan, maka berhati-hatilah dan berjaga-jagalah. Kerana manusia itu fitrahnya “mudah berhati mulia di kala dihimpit derita, namun mudah juga berhati busuk di saat kuasa sudah dipunya…” tak bermaksud atau bersangka buruk pada mana-mana pihak.
Saya undur diri dulu…:-)
joharin’s last blog post..Hanya dengan berbekalkan handphone buruk…di sini hidup baruku bermula
matang ke binatang???yang mana satu….jgn marah, nanti kena jual..