Laporan Mingguan
Pembaca yang disayangi,
Kalau 2 minggu lepas aku demam dan blog ini sepi buat beberapa hari. Kali ini…aku baru jer selesai dari kesibukan mengendalikan majlis reunion bekas2 pelajar sekolah isteri aku. Mengapa aku yang perlu sibuk?? Sebenarnya untuk majlis itu, secara tidak langsung aku terbabit sebagai webmaster untuk komuniti dia orang. Jadi terpaksalah aku sibukkan diri aku untuk dapatkan maklumat sepanjang program itu berlangsung.
Kepada yang menghantar email kepada aku…semalam baru aku dapat online sekejap dan membalas apa2 yang patut.
Rindu oooo pada blog coz blog ni kalau kita terlambat update banyak kesan buruknya. Pada aku, kalau terlambat update… aku akan mati kutu atau mati idea untuk menulis. Lagi satu….kekurangan pengunjung, ibarat kalau rumah kita. Jika kita tiada di rumah atau bercuti maka sudah tentu tetamu atau rakan kita tidak akan datang menziarahi kita…kan!! dan begitulah juga dengan blog.

1. Saudara Abooain : Sori kawan sebab belum bagi no akaun maybank untuk urusan komisen PBU. Nanti saya bagi ASAP ekk!!
2. Saudara Asharudin : Janji semalam nak tengokkan blog ngko…tak sempat line streamyx down..kejap ada kejap takder. Insyaallah saya cuba tengokkan selepas line ok
3. Saudara Labanon : Terima kasih banyak2 kerana pilih aku untuk buat review dan bacaan pada ebook ngko. Maybe ebook terbaru yang akan kuar kot. Baru jer habis page 8..hehehe
4. BeduzBiz : Terima kasih kerana sudi letakkan blog ni kat blogroll u. Pk..saya bersetuju untuk pertukaran link tu. Salam perkenalan dari saya
Dua tiga hari ni..mungkin aku akan habiskan masa untuk mengedit gambar2 reunion tu dan mengupdate blog dia orang serta forum dia orang. Lepas tu..07,08 dan 09 aku akan pulang untuk mengundi jika tiada rintangan yang menghalangi. Pada 13,14 dan 15 pulak aku dan famili akan cuti2 Malaysia…Nak tak nak kena pergi juga coz dah janji ngan anak2 aku dan anak mak mertua aku
Sebenarnya….aku pun dah tak tahu apa aku tuliskan ni..entah tersusun atau pun tidak. Apa yang penting, aku nak blog ni ada post terkini aje. Kalau apa yang aku tuliskan ni..tidak enak untuk pembacaan korang, maaf dipinta buat semua. Lagipun, rakyat Malaysia sekarang ni memang tengah hot dengan isu2 pilihanraya..jadi agak buntu juga untuk memikirkan topik yang hangat untuk diperkatakan di blog selain topik pilihanraya.
Baiklah sampai kat sini dulu…jumpa lagi. Semoga korang sentiasa sukses dan terus hangat daripada biasa.
Salam hormat

Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!
rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini












ok tq bro… take ur time.. nanti da ada idea yang mantap boleh dikongsikan bersama..
beduz’s last blog post..musuh anda!
Selamat kembali AA. Musim demam mcm ni biasalaa.. Saya pun tak sihat jugak.
Nanti saya call la pekena teh tarik. tunggu.
SyawaL’s last blog post..Tag:8 benda aku nak cerita
beduz : insyaallah
Syawal : aku tunggu….
hehe..akhirnya. lama gak ko bercuti afzai..macam2 dia punye sibuknya..:D
titan’s last blog post..Edisi Siasat : SEO dan Paid Per Lead | Menghuru-harakan Blogger?
Patut la sunyi sepi rupa-rupanya sibuk sangat tu ……..
Abooain’s last blog post..BINA PERNIAGAAN ONLINE ANDA! BAGAIMANA?
Dah baik demam sibuk pulak yer..hehe..semoga ceria kembali seperti sediakala..
hmm betullah tu AA.. musim ni ketandusan idea nak menulis. Nak tulis je nampak bulat saje.. tambah pulak sakit hati bila SPR buat hal lagi,
Hak dok bimbangnya takut2 nye buat hal minit2 akhir pada hari Jumaat ni. manalah tahu SPR suka buat hal last minit. peraturan duti setem last minit, tarik balik pun last minit, ni batal penggunaan dakwat pulak dekat2 nak ngundi. esok lusa ntah kejutan apa lagi.. kelabu asap betul la SPR ni
Wan’s last blog post..Liga Juara Eropah: AC Milan kena ‘tembakan’ The Gunners
Thanks Amir…… demam dah lama dah oknya
Wan : Apa nak buat….kalau semuanya dah jadi milik parti
Rilek bro.. Semoga sentiasa dalam keadaan ceria sentiasa…
zool’s last blog post..Cabaran Memandang Ibu Jari Kaki
gambar focus memang menusik otak..
afham’s last blog post..UMNO + PAS + Keadilan= Perfect country