Home » Santai, Semasa

Banyaknya Duit Dia

Written By: AfzaiAfandi on February 22, 2008 17 Comments

Pembaca yang dihormati

Hari ini aku nak tulis ringkas aje… cadangnya mula2 nak tulis tentang camana nak pilih pemimpin? baru jer habis satu perenggan, dah tak tahu mana pergi idea aku. Baring2 kat sofa jap. Baru jer nak berangan jadi jutawan, ada call masuk lah pulak…hehehe, anak call bagitahu tuisyen dah habis. Langsung gi ambil anak dulu. Under On the way balik rumah, anak tanya pasal bendera2 yang banyak kat tepi jalan.

Bendera apa tu papa…banyak sangat. Ada yang biru, kat atas tu hijau putih macam bendera Jepun jer. Buat apa semua ni papa?????


yang berbaju pink..anak kawan aku

Papanya pun menjawablah…tu semua kempen untuk pilihanraya nak pilih pemimpin? nape…celah anak aku. Habis papa pilih yang mana?? celahnya lagi.

So…aku bagi satu persoalan kat dia. Kalau kakak dah besar nanti…nak pilih ketua…ketua yang mana kakak nak pilih?? yang isterinya pakai tudung atau yang isterinya tak pakai tudung??

Mestilah pilih yang isternya pakai tudung sebab dia ikut apa yang Allah suruh...macam kakaklah pakai tudung kan..katanya sambil :)

Habis kat situ citer aku ngan anak aku…moral of the story korang carik sendiri ekk nanti tuliskan kat ruangan komen yer.

Sambung citer pasal banyak duit….korang pasti ada terbaca pasal satu mamak arab yang jutawan. Dah lah jutawan..muda giler pulak tu. Pasti mamak ni lahir dalam senang lenang. Yang aku hairannya sanggup dia berbelanja AS$14 juta (RM45.1 juta) semata-mata untuk mendapatkan plat kenderaan No 1. Gila populariti ker apa mamak ni??

Kalau yang point 1 tu belanja ke dalam akaun paypal aku kan bagus..hehehe. Lepas tu boleh aku belanja korang pulak.

Kalaulah korang sekaya mamak tu, sanggup tak korang belanjakan wang sebanyak itu untuk beli plat kereta kat kekasih ker, kat bini ker, kat mak mertua ker (bodeklah tu) kat mak ayah korang ker ataupun kat ko sendiri.

Kalau korang belum baca citer penuh tentang mamak arab yang beli plat 1 ni, korang bacalah sampai puas kat berita harian online ni.

Tips hari ini : Kalau anda ingin cepat bergelar jutawan…pergilah ke money changer terdekat dan tukarlah RM korang ke Rupiah. Selamat mencuba buat semua :)

Salam hormat

Artikel Lain yang Menarik

Digg this!Add to del.icio.us!Stumble this!Add to Techorati!Share on Facebook!Seed Newsvine!Reddit!Add to Yahoo!

17 Responses to “Banyaknya Duit Dia”

  1. abdfatah says on: 22 February 2008 at 7:32 am

    huhuu… dapat satu juta okeh jgk… bleh laaa langsaikan krisis kewangan yang melanda…

    abdfatah’s last blog post..duit sekelip mata? buat duit dengan bisnes digital

  2. syuxx says on: 22 February 2008 at 8:42 am

    biasalah, org kaya. dah dia tak tau nak buat apa lagi dgn duit.
    ekeke ^_^

    syuxx’s last blog post..Get your own free website

  3. Abooain says on: 22 February 2008 at 10:56 am

    Aku perkara yang pertama aku buat jika dapat wang sebanyak itu melansai hutang yang mana ada terlebih dahulu kerana tak mahu roh aku tergantung-gantung selepas mati…….. selepas itu baru baru pikir apa yang sepatutnya dilakukan …….:)

    Abooain’s last blog post..MUHARRAM 1429 – SATU PENGHAYATAN

  4. abdfatah says on: 22 February 2008 at 11:43 am

    saya pun nak duit banyak jugak laaa

    abdfatah’s last blog post..guna hp nak topup ke?

  5. Amir says on: 22 February 2008 at 1:09 pm

    Memang sah gila populariti pya mamak, nk jd yg terbaik di dunia, perghh..

    Membazir jer lah..

  6. bizmalaya says on: 22 February 2008 at 3:42 pm

    itu namanya membazir..kalau dalam islam membazir itu amalan syaitan..baik dia buat rumah anak-anak yatim..sampai ke mati pun dia dapat pahala

    bizmalaya’s last blog post..Dah Tukar Ke Belum Widget MyBlogLog?

  7. megat says on: 22 February 2008 at 3:58 pm

    Cara yang betul mengajar anak-anak. Gunakan pendekatan psikologi. Tahniah Bro Afzai ;)

    Beli plat!? Huh membazir betul la mamak tu. Tapi kalau ia bertujuan utk dapat prospek bisnes takpe la juga. Mungkin ada tujuannya kot!?

    megat’s last blog post..Tip Promosi Blog : Komen

  8. adila says on: 22 February 2008 at 4:19 pm

    drop here by Amir..

    pegh…tukar dalam rupian…kayo den…

    mungkin dia dah terlebih duit la tu…dan kalau dianugerahkan durian runtuh saya pun nak bayar hutang ptptn tuh…yang tiap bulan naik jer…

  9. AfzaiAfandi says on: 22 February 2008 at 6:48 pm

    Syuxx & Adilla : Selamat datang, terima kasih dan salam kenal ;)

    Kalau aku:
    1.Aku bayar hutang dulu
    2.Aku melabur
    3.Aku cari cerdik pandai suruh create n manage company aku.
    4.Aku tubuh Yayasan Afzai Afandi

  10. afham says on: 22 February 2008 at 7:41 pm

    maybe duit dah tak bermakna lagi untuk dia..

    afham’s last blog post..8 Perkara menarik mengenai AFHAM

  11. Wan says on: 22 February 2008 at 8:44 pm

    Pada pendapat saya lah kebiasaannya kita akan nak buat macam-macam masa duit takde.. tapi bila dah dapat hmm usah kata nak bayar hutang, member pun tak kenal dah.. itu hok biasa-biasa berlaku lah lebih-lebih lagi bagi org yang tak pernah pegang duit banyak2, sekali datang kelabu bijik mata, tak ingat dah ada hutang ke apa ke.. bukti? cubalah chek sape paling ramai tak bayar hutang PTPTN, hutang itu hutang ini, depa tu takde duit ke? kerana duit terlebih banyak le tu ke ghano sahabat2 :)

    Wan’s last blog post..Kelab Jerman, England ungguli saingan Piala UEFA

  12. Maizul says on: 23 February 2008 at 6:57 am

    Membazir betul la mamak arab tu. Tapi ok lah juga duit dia tu pun di salurkan ke pusat pemulihan mangsa kemalangan jalan raya.

    Menari cara Afizai bersoal jawab dengan anak.

    Kalau gi tukar duit rupiah jadi pakcik kayo la jawabnya.

    Maizul’s last blog post..Affiliate salah satu sumber pendapatan.

  13. titan says on: 23 February 2008 at 6:34 pm

    Kalau dah nama orang kaya. Mamcam2 diorang nak buat la..SO far, INsya-Allah masa aku kaya dan jutawan nanti. Ada banyak bende aku nak wat. paling koman pun, aku nk bawak mak abah aku gi wat umrah lagi sekali..

    titan’s last blog post..Men’s Diary..

  14. menteil says on: 27 February 2008 at 8:17 pm

    baik soh mamak tu menderma kat aku lagi bagus…
    pahala pon dapat…

    menteil’s last blog post..Kawin Mude??

  15. beduz says on: 29 February 2008 at 11:01 pm

    salam..nak jadi jutawan bro ni ek. xpe teruskan dengan cita2 bersama dengan usaha yg betul. nanti da jadi jutawan boleh la g kat ISS. amacam ok x idea saya?

  16. farahaznil says on: 31 December 2008 at 11:04 pm

    hak3..aku tau ko parti mn..hehe

    farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!

  17. humbleandmodest says on: 31 December 2008 at 11:50 pm

    eishh..
    senyap2 memberitahu jawapannya farah..
    haha!

    humbleandmodest’s last blog post..transformasi minda – 2008 kepada 2009

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
CommentLuv Enabled
  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog, All rights reserved.| Powered by WordPress