Demam Pilihanraya Kini Bermula
Pembaca yang disayangi,
Sebagaimana yang kita maklum, Perdana Menteri kita telah mengumumkan pembubaran parlimen dan juga telah memaklumkan tarikh pilihanraya yang akan datang. Sejajar dengan itu, parti2 politik yang akan bertanding kelak mulai sibuk dan membuat persediaan rapi sebelum menjelang tarikh 08 Mac itu nanti. Daripada tarikh hari ini, hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk penamaan calon yang akan bertanding bagi setiap kawasan.
Boleh dikatakan, semua tempat telah mula memasang bendera2 parti kesukaan masing2. Seperti pilihanraya yang lepas, antara parti2 utama yang akan bertanding ialah UMNO, PAS, Keadilan, DAP dan juga Parti Bebas Tanduk Lembu

gambar dirakam di hadapan bangunan UMNO Perak
Apa yang ingin saya tuliskan di sini, bukanlah untuk mencanang mana2 parti sebaliknya sekadar ingin berkongsi dengan tetamu dan khususnya pembaca blog ni. Bagaimana pandangan korang tentang peluang parti2 yang akan bertanding kelak? mampukan PAS merampas kembali negeri Terengganu atau mampukah UMNO menerajui semula negeri Kelantan yang pada kacamata mereka adalah sebuah negeri yang mundur, Jehan miskin dan tiada arus pemodenan.
Miskin ker kelantan? Aku tengok rakyatnya kaya raya jer..kat Pekan KB tu banyak signboard company Melayu..tak macam kat Ipoh ni…signboard tulisan calit2 banyak ler
Baru2 ni seorang budak kelantan berjaya memperoleh RM10k melalui medium internet.

Gambar diambil dari blog syawal[dot]net
Apapun, harapan rakyat Malaysia semoga pilihanraya kali ini berjalan dengan bersih. Kepada mana2 calon yang menang nanti diharap dapat memartabatkan Islam dengan sebenarnya. bak kata mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dalam ucapan di UIAM. Disebalik itu juga pelbagai kempen diadakan untuk meraih orang ramai memilih parti2 yang dikempen. Pakat Kelik Ngundi dan Pade Doh
Ada juga blog yang menjalankan undian tentang parti2 pilihan anda. Nak cuba jom ke sana
Mungkinkah akan ada kejutan dalam pilihanraya kali ini? mampukah parti2 pembangkang menawan 5 buah negeri di semenanjung Malaysia. Yang pasti jalanraya akan sesak kembali mulai 7 Mac kerana sudah pasti ramai perantau akan pulang ke kampung untuk mengundi.
Kepada anda yang punyai pengetahuan, marilah sama2 kita berkongsi cerita,pandangan atau apa saja mengenai demam pilihanraya kali ini. Berbincang secara santai jangan sampai blog ini kena rantai
Salam hormat

P.S. Gambar yang tersiar pada post ini tidak menunjukkan bahawa pemilik blog ini mewakili kedua2 parti…sekadar gambar hiasan
P.S. Pemilik blog ini akan pulang ke Terengganu pada 7 Mac ini untuk membuat undian parti pilihannya














Afzai! pasal tu la diorang kata org kelantan miskin negeri tak maju.. pasal depa kaya raya ikut belakang.. tak nunjuk2. yg IM punya otai pun ada setengah tu dari Kelantan ni jugak heehe tapi surexheboh!! satu lagi miskin di luar kaya di dalam.. kaya jiwa raga. sblm pangkah tu fikirlah biar bijak
kalau negeri maju Islam mundur tak nak gak!
Wan’s last blog post..BERITA GEMPAR! Logo ‘baru’ FAM
Betul tu, dunia dan akhirat kena seimbang – kita tak mahu dunia sahaja sedangkan akhirat tercicir, dah la tercicir di pijak pula oleh orang.
Kalau sekadar hanya mendakwa bawa Islam juga, tak memadai kerana kalau diperhatikan sejarah Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w wujudnya beberapa kumpulan yang mendakwa mereka juga membawa Islam seperti Muktazilah, Jabariah, Qadariah, Khawarij, Syiah dan sebagainya tetapi adakah bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnnah??? Oleh itu tali ukurnya ialah ilmu Al-Quran dan As-Sunnah – bukan sekadar pendakwaan sahaja!
Semoga kita mengundi dengan penuh keinsafan bukan dengan penuh keghairahan!
Abooain’s last blog post..SPAM – MEMBORINGKAN!
huhu..bro sokong mane..
afham’s last blog post..Aku pro atau anti kerajaan
Wan: sokong 100%
Abooain: sama2 kita nantikan resultnya.
Afham : Undikan rahsia..tapi aku tahu ko tentu dapatmengagaknya
A`kum wbt
Nak pilih parti ke, nak pilih calon? Ini pun dilema jugak, kalau calon yg bertanding takmau Islam. Nasib baik la, tempat mengundi nanti calonnya Islam.
SyawaL’s last blog post..Novel Ayat-Ayat Cinta
Hehe..kita tengok sape yg menang. Aku tengok semua dok sibuk pacak bendera sekarang. Nampak je pokok tinggi sket, konpem berebut pacak bendera..hoho..
agaknya. Sapala yg menang zon Morib nanti aa..
titan’s last blog post..If Your Friend sick..
yang aku kagum kt sane kan..sume signboard mereka model tutup aurat..termasuk maya karin..
afham’s last blog post..Aku pro atau anti kerajaan
Ini bermakna, syarikat2 pengiklanan pun mampu menghormati dan mengikuti apa yang perlu dipatuhi apabila berurusan dengan kerajaan pembangkang yang meletakkan Islamnya di atas.
Sepatutnya, kerajaan negeri yang lain mencontohi apa ang kerajaan negeri kelantan lakukan. mana yang baik kita ikut, dan mana yang kurang kita sama2 perbetulkan..
Pada saya, sekiranya pilihanraya benar-benar bersih, telus dan mengikut prinsip demokrasi yang sebenar, insyaallah kita boleh lihat banyak kejutan yang bakal berlaku. Tapi kalau dah awal-awal lagi nak kecoh, tak ada maknanya demokrasi..
SPR pun dah tak jadi badan bebas. Sepatutnya SPR menjadi pengadil antara dua pihak. Ni tidak, awal-awal lagi dah ’sound’ pembangkang kalau tak puas hati tak payah terlibat dengan pilihanraya. Mana boleh Pengerusi SPR cakap macam tu. Dia adalah badan berkecuali dan bebas.
Kalau M’sia betul-betul bebas dari segi demokrasi, ruang dan luang sepatutnya diberi kepada semua parti untuk menyatakan hujah masing-masing dlm tv dan radio. Bukan parti pemerintah je yang dok cakap!
hehe…Lawan tetap lawan… Semalam Abe Mat Sabu datang Ipoh, saya tak sempat pergi
SyawaL’s last blog post..Poligami Mengapa Geger
Pilihlah pemimpin yang mengikut ajaran Ulama yg sebenar…
Rakyat kena faham sesiapa pun yg akan menjadi kerajaan boleh membuat pembangunan. Kerajaan hanya memikul tugas menguruskan wang dari pembayar cukai dan laksanakan pembangunan, pembangkang pula memang tak dapat nak buat pembangunan material sebab duit dari pembayar cukai diorang tak pegang. Kalau diorang jd kerajaan, memang confirm dia pun boleh buat pembangunan.
Cuma sekarang ini ada satu pihak yg sudah terlalu lama memerintah yg merasakan duit rakyat tu mcm duit mak bapak diorang.. Jd takder yg tak boleh menyokong diorang tu..Sedangkan sumber adalah dr duit kita sumer..Diorang cuma menjadi pekerja kepada rakyat..
Jadi soal pembangunan tak menjadi persoalan zaman sekarang ni, kerajaan komunis pun boleh buat pembangunan. Yg menjadi teras adalah bagaimana kita hendak menghapuskan rasuah, soal keselamatan rakyat, kos sara hidup yg semakin melambung tinggi..Ini semua disebabkan negara menjadi seperti sebuah syarikat (Abdullah & Son Company) yg menjalankan perniagaan kpd rakyat, bukan menjadi negara berkebajikan…
Kita lihat negara2 maju, diorang akan menyokong pihak yg dpt memenuhi permintaan mereka, kalau tak dipenuhi pilihanraya seterusnya mereka akan pilih pihak satu lagi menjadi kerajaan. Negara2 yg selalu tukar kerajaan lah yg semakin maju dari hari ke hari..Cthnya seperti Amerika, UK, Australia..
Tapi negara kita yg tak pernah bertukar kerajaan apa kesannya..? Demokrasi semakin disempitkan, kebebasan rakyat utk bersuara semakin dikongkong, rasuah makin bermaharajelala.. Tak percaya tanya jer pd peniaga atau kontraktor. Mcmana diorang ni nak dptkan lesen atau projek kena ‘jolok’ sana sini barulah dpt..
Kita kena ingat, si pemberi rasuah dan penerima rasuah, neraka adalah balasan Allah pd mereka.. Jadi sama2 kita renungkan, kuasa penentu pilihan di tangan anda, tp ketentuan Allah mengatasi segalanya..
Sori bro afzai kalau komen panjang sgt…
kuasadua’s last blog post..8 Perkara Menarik Tentang Kuasadua
Zuhairy: betul tu.. ramai yang hairan kenapa pihak pembangkang tidak boleh berkempen by TV or radio di negara demokrasi Malaysia tercinta. Kalau macam tu macam mana rakyat nak buat pilihan…yang bertanding tak boleh nak berkempen
Najib: Bernas + Pedas = Aku suka….panjang lagi pun takpe
Biasalah macam nak bebas kalau kita dah terbiasa dengan cengkaman yang lebih kuat! Pilihan ditangan rakyat sendiri.
megat’s last blog post..Ringkasan Terkini II
Selamat buat semua… Deman nak menundi dah dekat… buat yg terbaik buat negara…
halimdanga’s last blog post..Hari minggu bersama keluraga.
maaf…..
halimdanga’s last blog post..DOSA GUGUR APABILA SUAMI&ISTERI BERSALAM….
Nampaknya, satu pihak je kita ni. Mana yg pro kerajaan? sekurang-kurangnya ada juga komen mereka.
SyawaL’s last blog post..Poligami Mengapa Geger
A,ah kan…macam kat TV pulak yekk…satu pihak jer
mereka balik tido sebab mereka yakin konpem akan menang. haha.
affuan’s last blog post..buat duit dengan moreniche
Nampaknya skrip sama dah berulang.. kat Buletin Utama mlm ni dah mulakan kempen propaganda, eksploitasi habis-habisan kenyataan TG Nik Aziz yg dipetik wartawan sbg menyebut menyebut: “kita lawan _m_o ni macam kita lawan org utan” heheh besok dlm paper siap, boleh agak dah..
BN = Barang NAIK: Bila NAIK? Baru NAIK, Berapa NAIK? Banyak NAIK!
Wan’s last blog post..Keputusan perlawanan & jadual Liga Juara-Juara
Macam pilihanraya2 yang lepas….pasti lepas ni pulak akan kuar berita ahli2 P*S kuar bulatan dan masuk dalam barisan
Best akronim tu….
Panas topik pilihanraya nie..
Mengundi, jangan tak mengundi nanti:)
semalam pusing Gugusan Manjoi… BN sedang giat pasang bendera
SyawaL’s last blog post..Kempen Pilihanraya
Jgn lupa pergi mengundi 8hb Mac nanti
Hashim’s last blog post..Percubaan
Mari kita tgk nanti sapa yg kena..
nagamadu’s last blog post..Pilihanraya Umum 2008
Harap kelate kekal dengan pemerintahan sekarang
Labanon’s last blog post..Di Manakah Matlamat Anda?
Insya-Allah, mudah-mudahan segala propaganda demo tuh tak bedegih di kalangan rakyat kelate yg cintakan perjuangan islam. marilah kita pakat doa beramai-ramai
Wan’s last blog post..AC Milan kongsi mata dengan Lazio
Em, aku rasa kekalkan Kelantan untuk Pas…
Kalau BN dah menang semua pon tak syok, nanti kat Parlimen tak Hot la
emet’s last blog post..Buat Duit : 1 Dollar/Subscriber l 10 OutSource Mistakes Free Report-Chris Crompton