Home » Keagamaan, Perkongsian Maklumat, kisah Teladan

Selalu Ingat Balasan Allah

Written By: AfzaiAfandi on January 18, 2008 11 Comments

Pembaca yang dihormati dan dirahmati

Agak lama juga, aku tidak berkongsi maklumat tentang topik keagamaan di sini. Sebenarnya aku bukanlah manusia yang hebat dalam ilmu agama, mungkin pengetahuan agama aku lebih cetek daripada korang cuma aku ingin mengambil kesempatan dari medium blog ini. Kesempatan untuk berkongsi disamping sebagai peringatan untuk diri aku sendiri.

Cerita kali ini adalah tentang balasan Allah pada umatnya yang mengingkari suruhannya pabila dibangkitkan daripada kubur kelak. Artikel ini adalah tulisan Mohd Huzairi Zainuddin, perunding motivasi Self Dynamic and Management Training Consultant.

 

Baiklah, suatu ketika Muaz b Jabal menghadap Rasullullah dan bertanya “Wahai rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah “Pada sangka kala ditiup maka kamu sekalian datang berbaris-baris….” surah AnNaba’ ayat 18

Mendengar pertanyaan itu Rasulullah menangis sehingga basah pakaiannya lalu berkata “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan”. Masing2 dengan pembawaan sendiri.

Barisan Pertama

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Mereka ini adalah orang2 yang ketika hidupnya menyakiti hati aku jirannya…maka ini balasannya dan tempatnya adalah neraka.

Barisan Kedua

Manusia pada barisan kedua pula diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih “Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka balasannya adalah neraka”

Barisan Ketiga

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ulat2 dan kala jengking. “Mereka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

Barisan Keempat

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancuran keluar daripada mulut mereka. “Mereka ini adalah orang yang berdusta dalam jual beli (Perniagaan Online dan Perniagaan Offline), maka inilah balasannya dan tempatnya juga neraka”

Barisan Kelima

Diiringi dengan keadaan berbau busuk daripada bangkai. Ketika ini Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman d Padang Mahsyar. “Mereka inilah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah, maka inilah balasannya dan sudah tentu tempatnya adalah neraka”.

Barisan Keenam

Diiringi dari kubur dalam keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka”

Untuk barisan ketujuh hingga ke dua belas akan saya ceritakan pada hari jumaat minggu hadapan.

Fikir-fikirkanlah. Mudah-mudahan kita akan menjadi insan yang lebih sabar dan lebih diredhai Allah dan ditempatkan dikalangan hamba-hambaNYA. Jika tidak keberatan, saranan saya sampaikanlah cerita ini kepada taulan anda dan juga saudara korang moga-moga kita semua mendapat keberkatan daripadaNYA.

Salam hormat daripada saya

 

 

P.S Free report yang berharga 47 usd boleh diperoleh percuma di sini dan juga peluang korang untuk menambah kantung paypal korang…. $0.50 untuk first tier. Jom cuba.

P.S.S Nantikan contest terbaru daripada saya… hadiah lebih lumayan :)

P.S.S.S Jangan lupa kunjungi blog ini pada 23 Januari untuk keputusan contest blog saya.Tengok siapa yang kena!!

Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Artikel Lain yang Menarik

Pelajari Teknik Advance Menjadi:

rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini

11 Responses to “Selalu Ingat Balasan Allah”

  1. afham says on: 18 January 2008 at 2:36 am

    thanks kerana senantiasa memperingati insan yg lemah ini..

    afham’s last blog post..Tag Game !!

  2. Abooain says on: 18 January 2008 at 11:12 am

    Subhanallah, satu peringatan yang terlalu menyentuh jiwa….terima kasih AA, kerana menyediakan kepada kita hidangan rohani.

    Maksud sabda Rasulullah s.a.w :

    “Perbanyakkanlah olehmu semua mengingati kematian, kerana sesungguhnya mengingati mati itu dapat menghapuskan beberapa dosa dan menzuhudkan seseorang di dunia.”

    Sabdanya lagi yang bermaksud :

    “Secerdik-cerdik manusia ialah yang paling banyak mengingati kematian dan paling banyak persiapannya untuk menghadapinya. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan pergi (mati) dengan membawa kemulian dunia serta kemuliaan akhirat.”

    Kedua-dua hadis di atas mengesyorkan agar kita memperbanyakkan mengingati mati kerana macam mana sekalipun keadaan kita di dunia ini, kematian pasti menemui kita, dan meninggalkan semua harta benda, anak isteri dan keluarga.

    Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

    “Katakanlah (Wahai Muhammad)! Sesunguhnya kematian yang kamu semua lari darinya itu, pasti akan menemui kamu semua. Kemudian kamu semua akan kembali kepada Zat yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib dan zahir, maka seterusnya Dia akan membalas kepada kamu semua setiap perbuatan yang telah kamu kerjakan (sewaktu di dunia)”

    Abooain’s last blog post..MUHARRAM 1429 – SATU PENGHAYATAN

  3. megat says on: 18 January 2008 at 2:52 pm

    Allah Maha Besar!

    Sesungguhnya segala apa yang kita lakukan bakal ditimbang dan dihitung di akhirat nanti.

    megat’s last blog post..Psikologi : Anda Dan Pasangan

  4. titan says on: 18 January 2008 at 3:26 pm

    Sesungguhnya aku insan lemah..

    titan’s last blog post..Cash Pulling Blog Report – 50 cent Per Subsriber!

  5. Leeza says on: 18 January 2008 at 10:51 pm

    Mungkinkah kita lupa kerana jarang atau tidak pernah melakukannya … Mungkinkah kita hanya takut kepada yang nyata namun tidak ambil kisah pada yang tidak bisa dilihat …. itulah hakikatnya …

  6. halimdanga says on: 19 January 2008 at 7:22 am

    Ingat meingatkan sesama muslim adalah dituntut…
    balasan Allah amat cepat..maka itu yang merasa ada membuat kesalahan segeralah bertaubat…..semoga kita mendapat keampunan daripadanya…

    halimdanga’s last blog post..JANJI YANG DIMUNGKIRI…

  7. zino says on: 19 January 2008 at 11:34 pm

    terima kasih dengan perkongsian ini… setiap masa kita di tuntut memehon keampunan dari Allah atas segala kesalahan yg kita lakukan.. berusaha memperbaiki diri sdari masa kesemasa..

    semuga usaha anda mendapat rahmatNya..

    zino’s last blog post..bil melambung lagi…

  8. kuasadua says on: 21 January 2008 at 11:59 pm

    Satu peringatan yg mengingatkan dan menginsafkan kami semua.. Sama2 kita membina perniagaan yg halal, baik dan berkat (Halalan Toyyibah)

  9. Hamba Allah says on: 22 January 2008 at 11:36 am

    Salam perkenalan. tersinggah di sini. Terima kasih atas perkongsian maklumat. Semoga saudara dan semuanya mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat.

    Sekian, Wassalam

  10. zuhairy says on: 23 January 2008 at 11:24 am

    satu peringatan yang menggegar jiwa insan. sesungguhnya setiap amal baik yang sebesar zarah akan dihitung dan amal buruk sebesar zarah sekali pun akan akan dihitung.

    Buat jahat kat dunia ni boleh la lari. Kat akhrat nanti, mana mau lari?

  11. humbleandmodest says on: 7 December 2008 at 1:22 am

    ingati bahawa setiap apa yg kita lakukan tuhan tahu…
    dan mengingati antara satu sama lain adalah dituntut agar dapat menjadi insan yang sebaik2nya…

    humbleandmodest’s last blog post..Tajuk: 2 Jam

Trackbacks/Pingbacks

  1. Selalu Ingat Balasan Allah-Part II | Blog Afzai Afandi dot com

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog: Perkongsian Maklumat Pandangan Peribadi, All rights reserved.| Powered by WordPress