Home » Motivasi, Perniagaan, Semasa, Sosial, kisah Teladan

Cerita Ketam dan Kehidupan

Written By: AfzaiAfandi on January 16, 2008 14 Comments

Pembaca yang dihormati selalu..

Semalam, dengan rasminya berakhirlah contest di blog saya. InsyaALLAH, keputusan pertandingan akan saya maklumkan pada 23 Januari ini dan jika tiada aral melintang, contest di blog saya ini akan diteruskan lagi pada bulan Februari pula. Mungkin format contestnya akan saya tukar bagi menampakkan kelainan berbanding contest2 sebelum ini.

Berbalik kepada post hari ini, topiknya agak santai sedikit. Untuk hari ini, ingin aku kongsikan satu cerita buat bacaan semua. Cerita ini bukanlah asli daripada aku, sebaliknya cerita ini aku peroleh daripada kiriman email sahabat aku. Mungkin juga cerita ini bukannya asli daripada sahabatku dan aku tidak tahu daripada mana asalnya cerita ini. Walau apapun, aku harap cerita ini boleh dikongsikan bersama dan terima kasih buat penulis asal cerita tersebut.

Apa ceritanya?? Cerita tentang ketam. Ya ketam!! Tetapi yang bestnya tentang cerita ketam ini adalah berkenaan “Ketam Melayu dan Ketam Cina”. Kalau sebelum ini, kita biasa mendengar peribahasa Melayu ada menyebut… seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan betul atau lurus.

Baiklah, kita tinggalkan dulu tentang peribahasa tersebut dan saya teruskan kepada cerita “Ketam Melayu dan Ketam Cina”

Diceritakan tidak lama dahulu ada seorang Melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu gerai ketam kepunyaan Cina.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la…

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia satu sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Begitulah cerita “ketam Melayu dengan ketam Cina”.

Hakikatnya, jika orang Cina berniaga, Cina lain tidak akan kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina yang sudah berjaya tu pula, akan ajar Cina lain agar berjaya juga sepertinya.

Berbanding kalau orang kita, bila ada seorang Melayu nak berjaya, mulalah Melayu lain akan guna apa saja supaya Melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, akhirnya sorang pun tak dapat naik. Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenarnya sekarang ini.

Oleh sebab itulah Melayu tak maju. Banyak lagi yang bersifat PHD….Nak maju kenalah ubah nasib kita ini supaya lebih competitive. Bukan semua nak kena ’spoon feed’. Mesti tunjuk usaha (effort) yang betul. The Otherwise , kita semua akan jadi bahan sejarah. Bak kata Karam Singh Walia …‘Ke langit tak cecah ke bumi tak sampai ‘

Salam hormat

Artikel Lain yang Menarik

Digg this!Add to del.icio.us!Stumble this!Add to Techorati!Share on Facebook!Seed Newsvine!Reddit!Add to Yahoo!

14 Responses to “Cerita Ketam dan Kehidupan”

  1. afham says on: 16 January 2008 at 8:08 am

    aiya apek….lu kutuk melayu wa ke??

    afham’s last blog post..Tag Game !!

  2. kuasadua says on: 16 January 2008 at 8:56 am

    Sebab tu bangsa cina diorang ada tubuhkan persatuan bg membantu bangsa2 mereka yg baru nak meniaga utk dptkan modal dan bimbingan.. Org Melayu sepatutnya yg beragama Islam lebih berjaya dr mereka lagipun Nabi kita pun ahli perniagaan..

    InsyaAllah dlm perniagaan internet ni kita sama2 memberi sokongan pd saudara seagama kita tanpa mengira keturunan apapun..

    Marilah kita sama2 menjadi Usahawan Islam yg berjaya!!

    kuasadua’s last blog post..Galeri Wanita Untuk Wanita, Suami dan ……

  3. Abooain says on: 16 January 2008 at 9:02 am

    Betul, memang saya cukup bersetuju dengan cerita tersebut, PHD merupakan satu sifat yang tidak boleh lari dari hati orang Melayu dan orang Islam secara amnya.

    Bangsa lain dah maju kenapa kita asyik dok berdengki je sesama kita je …….

    Kisah #1 : Saya pernah bercakap dengan seorang berbangsa Cina (Muslim), yang merupakan seorang pengurus Syarikat Percetakan. Beliau menceritakan kepada saya bagaimana bangsa Cina ni apabila keluarga mereka menjalankan satu perniagaan, mereka akan lupakan sekejap tali persaudaraan mereka. Jika bos mereka adalah ayah mereka sendiri, mereka tidak menganggapnya sebagai ayah tetapi menganggapnya sebagai orang lain atau bos yang perlu di patuhi. Kalau anak buat silap atau khianat, mereka akan dibuang juga seperti orang lain tetapi tidak mengeruhkan hubungan kekeluargaan mereka. Hubungan keluarga tetap terjalin.

    Kisah #2 : Seorang berbangsa Cina memberitahu bahawa mereka jika bekerja, mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu majikan mereka dan tidak akan sekali-kali menipu atau mengkhianati bos mereka. Kerana jika sekiranya mereka mengkhianati atau menipu bos atau syarikat mereka, yang rugi ialah dia sendiri sebagai pekerja kerana mungkin dia akan dibuang terlebih dulu…..sedangkan bos mereka mungkin ada aset lain untuk membina perniagaan baru, tidak ini akan merugikan diri sendiri?

    Oleh itu cerita tersebut memang ada benarnya, kita sebagai seorang Muslim perkara pertama yang perlu ada dalam diri ialah “berlapang dada” menerima teguran ini. Moga-moga kita dapat mencontohi kemajuan orang lain kerana itu tidak salah dan berdosa.

    Dah banyak bukti dan kisah saya tengok dan dengar mengenai PHD yang masih kuat bersarang di dalam hati orang Melayu yang tidak menjadikan Allah s.w.t itu sebagai ‘Rabb’ dan ‘Ilah’, ada sesetengah tu sanggup mengamalkan Ilmu Hitam dan menyihir sebangsa dan seagama denganya semata-mata mahu melihat orang itu tersungkur. Subhanallah, tidakkah kita gembira melihat saudara kita yang seagama dan sebangsa maju dan menjadi seorang Muslim yang kaya lagi dermawan?

    Ada teladan yang amat berguna di sebalik kisah Ketam di atas, semoga kita dapat mengambil intipati cerita tersebut….. terima kasih AA.

    Sebenarnya panjang citer kalau nak dikisahkan tentang PHD ni……

    Abooain’s last blog post..PERANCANGAN ALHUSNA – ABOOAIN 2008

  4. titan says on: 16 January 2008 at 11:40 am

    Hehe. Sebab tu la jugak aku bukak blog. Kalau tak, aku telan je sorang2 rahsia payloadz dan lain2 lagi tuh..

    Orang kata, keje gila share rahsia dengan orang ramai. Tapi bagi aku, sekali kita share dengan orang. Allah bayar double triple kat dunia. Tu lum lagi kat akhirat nanti..wuu. Insap aku sekejap..

    titan’s last blog post..Aku dapat RM96.75 dari Johanthan Leger!

  5. megat says on: 16 January 2008 at 4:01 pm

    Nasib baik aku bukan orang melayu, orang jawa wakaka (acah je).

    Memang benar apa dikata. Kita boleh tengok dikawasan-kawasan kampung dimana sikap-sikap seperti semakin menjadi-jadi.

    Ada satu kes yang aku lihat ada 3 deretan kedai. Mula-mula tengok derang semua bahagia meniaga dan sama-sama membantu. Setelah kejadian yang tidak diingini. Masing-masing nak jatuhkan masing-masing. Last-last tiga-tiga kedai tutup.

    Aku ingin mengubah persepsi dan perangai orang melayu (termasuk aku). Bangunlah! Bersangka baik dan kita bantu orang kita sendiri maju.

    megat’s last blog post..Kesihatan Semulajadi

  6. Aizat says on: 16 January 2008 at 9:01 pm

    agak nya memang dari dulu lagi melayu dah amalkan perangai macam tu.. phd membuak2 bila tengok orang lain senang.. melayu mudah lupa.. same2 lah kita bantu membantu menuju kejayaan. jika nak berjaya, kita tak boleh berjaya sorang2,. kita perlu membawa bangsa kita untuk same2 berjaya

    Aizat’s last blog post..Prison Break Season 3 Episode 9 (S0309) is Back!

  7. zool says on: 17 January 2008 at 11:14 pm

    Betullah apa yang kau tulis nie afzai,…
    Bolehkah agaknya kita berubah???

    zool’s last blog post..Auto Debit bank

  8. AfzaiAfandi says on: 17 January 2008 at 11:38 pm

    Aku sangat2 bersetuju dengan apa yang korang perkatakan. Semoga kita semua dapat menukrkan perspepsi bangsa lain kepada bangsa kita. Jika bukan generasi kita yang mulakan dari sekarang sudah tentu cerita ketam ni akan berpanjangan sehingga zaman anak2 kita. Ayuh, kita sama2 berjuang

  9. abdfatah says on: 18 January 2008 at 1:20 am

    kalo roh kerjasama itu tidak ada memang sukar nak membangunkan apa jua kerjasama yang erat dalam bidang perniagaan… kalo dah banyak sangat PHD memang susah benar laa. ia akan melingkupkan mereka yang PHD dan juga yang kena PHD nih…

    semuanya akan lingkup laa jawabnya..

    abdfatah’s last blog post..cara pantas mengira duit anda?

  10. musnaz says on: 23 January 2008 at 2:49 pm

    padahal melayu tu Islam, dalam Islam berjemaah adalah lebih afdhol…

  11. humbleandmodest says on: 7 December 2008 at 1:23 am

    hishh…
    makan dalam tuh pengajaran yg didapati…
    tapi memang jelas apa yg berlaku seperti kisah ketam tu…
    banyak dah yg aku tgk…

  12. farahaznil says on: 7 December 2008 at 11:19 am

    hohhoo..best artikel ni dowh..pasni boleh la plak guna peribahasa tu..hahhaa…

    ‘ketam melayu dan ketam cina’

    biasala…melayu mmg mcm tu..suka menghancurkan bangsa sndr..lg satu bila dah dpt untung meniaga..lupa daratan..suka berfoya2 tanpa fikir masa dpn..huhhuu

    farahaznil’s last blog post..Contest 4 : Buat duit dgn join Contest di Blog Uncle Afzai Afandi..

  13. humbleandmodest says on: 7 December 2008 at 12:53 pm

    kita perlu pk pasal soal perpaduan sebelum menggunakan kata-kata tersebut.
    ia seperti suatu yang menjengkelkan sekiranya disebut di khalayak ramai.

    humbleandmodest’s last blog post..Tajuk: 2 Jam

  14. farahaznil says on: 7 December 2008 at 3:38 pm

    hahhaa..betul tu..tp ni lah sikap org melayu..dah terang lg bersuluh..suka menjatuhkan org sndr..huhhuu

    farahaznil’s last blog post..Contest 4 : Buat duit dgn join Contest di Blog Uncle Afzai Afandi..

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
CommentLuv Enabled
  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog, All rights reserved.| Powered by WordPress