Perniagaan Offline Perniagaan Online
Pembaca yang dirahmati Allah..
Kebiasaannya awal tahun merupakan masa yang sibuk untuk kebanyakan orang. Banyak perkara yang perlu diselesaikan agar tidak tertangguh. Baik suri rumah, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta mahupun mereka yang punyai perniagaan sendiri. Masing2 sibuk dengan urusan tersendiri. Lantaran kesibukan itulah, maka aku ketandusan idea untuk membuat post di blog2 aku
dan saya percaya blogger yang lain sentiasa segar dengan idea untuk membuat post2 terkini.

Untuk post kali ini, saya memilih tajuk tersebut memandang kedua2nya adalah sumber pencarian rezeki saya. Tidak dinafikan, ramai lagi blogger yang mungkin sama perjuangannya dengan saya.
Perniagaan offline dan perniagaan online
Pada petang Rabu ini, saya akan ke KL lagi untuk berjumpa satu lagi client berkaitan dengan perniagaan offline saya dan tengahari Khamis saya akan pulang semula ke Ipoh untuk menghadiri satu seminar usahawan di Hotel Casuarina.
Untuk perniagaan internet pula, selain daripada menyertai program2 perklik dan perview seperti adsense dan payloadz, saya agak teruja untuk membuat perniagaan berasaskan produk mental fizikal. InsyaALLAH dalam minggu ini, saya akan membincangkan hal tersebut dengan salah seorang partner saya untuk langkah selanjutnya.
Jika semuanya berjalan lancar, saya tidak teragak2 untuk umumkan di sini.
Apa yang saya cuba bangkitkan di sini, sejauh manakah korang memandang kebaikan dan keburukan antara perniagaan offline dan perniagaan online…?
Ayuh, sama2 kita kongsikan di sini. Semoga perkongsian tersebut memberi banyak manafaat kepada kita semua dan tetamu2 yang lain.
Salam hormat

P.S. Tinggal 7 hari lagi, contest di blog ini akan tamat…tinggalkan komen2 yang bernas untuk mendapat penilaian yang tinggi
P.S.S Selamat Menyambut Maal Hijrah buat semua tetamu yang beragama Islam
Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!
rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini












Kebaikan dan keburukan memang tak boleh lari le dari apa-apa juga pun perkara atau urusan. Begitu gak dengan Perniagaan Online dan Offline ni.
Baiknya Perniagaan Online ni ialah dari sudut modal, mungkin anda boleh bermula dengan RM0 je. Tanpa memerlukan anda mendaftarkan perniagaan, mencari tapak kedai, membayar sewa, membayar itu ini dan sebagainya. Jika kena cara atau kreatif, anda mungkin akan mendapatkan kemasukan silap-silap ratusan RM sehari/seminggu.
Buruknya pula (bukan buruk pun ) Perniagaan Online ni, anda memerlukan sedikit pengetahuan atau skill dalam bidang IT bermula dari penguasaan terhadap PC/Laptop – software atau hardware. Mengetahui selok-belok mengenai Internet dan sebagainya….itu je.
Saya memulakan Perniagaan Offline terlebih dahulu sebelum menceburkan diri dalam bidang ebiz di awal tahun 2007. Boleh dikatakan kedua-duanya mempunyai pro dan kontra, tak bole lari punya!
Namun yang jelas dari sudut modal dan tenaga le, Perniagaan Online ni kurang sikit dari sudut tu berbanding dengan Perniagaan Offline. Jadi bagi yang nak berjinak-jinak dengan perniagaan mungkin mereka boleh bermula dengan ebiz sebelum menceburkan diri dalam Perniagaan Offline.
Saya pun cam AA gak, buat Perniagaan Online dan Offline sekaligus. Mungkin disebabkan Perniagaan Offline ni sejak kecil lagi dah biasa buat jadi rasa dah sebati dah…..fikiran asyik nak berniaga je.
Ok, tu je …….
P.s – Wah, AA nak buat perniagaan berasaskan produk mental fizikal lah pulak. Molek-molek! Demo ni meme ‘tule besi urat dawai’ la ……
Abooain’s last blog post..PERBANKAN INTERNET
Perniagaan tradisional (offline) dan internet (online) ada persamaan yang hampir akan tetapi ia memiliki perbezaan dari segi strategi pemasaran. Kemungkinan cara tradisional lebih mudah dijalankan memandangkan ia telah lama diguna pakai. Perniagaan internet pula masih baru bertapak di Malaysia dan masih ramai lagi tak dapat punca untuk meneruskan perniagaan ini.
megat’s last blog post..Tag : Komuniti Blog
Pada pendapat saya, kebanyakan usahawan perlu ada pengetahuan dahulu ttg perniagaan offlne barulah ada asas keusahawanan utk buat bisnes online..Saya percaya ramai antara internet marketers yang bermula karier usahawan mereka dari bisnes offline..
Bisnes online adalah sebahagian dari bisnes offline juga dan kedua2 nya tak boleh dipisahkan..Mcm adik beradiklah kiranya..
kuasadua’s last blog post..Teknologi Masa Hadapan
satu perkongsian yang menarik.diharap dapat dimanfaatkan oleh semua
Regards,
hafiza
http://www.eOneNet.com
Internet Marketing company since 2000
hafiza’s last blog post..Internet Marketing Blog Contest Winners Announced!
Wow…nak tunggu pasal biznes produk fizikal tu..
SyawaL’s last blog post..Kisah Juraij Ahli Ibadah
Business offline berbeza dari segi modal. Tapi tengok juga, tak semua orang berjaya di offline berbanding online. Begitu juga sebaliknya..
Pendek kata, kita kene usaha. Ramai yang kecundang dengan business online sebab masih lagi tercari-cari model yg sesuai untuk diorang.
Pilih satu niche dan model yg betul2 leh buat duit. Lepas 4 tahun bergelumang..akhirnya pada tahun lepas. baru aku nampak jalan yg sewajarnya aku fokus..
So, jika aku sanggup tunggu hampir 4 tahun untuk dapat apa yg aku nak. Takkan korang yg lain leh putus asa secepat mungkin kan? Alhamdulillah, pendapatan dari tahun lepas dan tahun ini, 200% berkesan berbanding 4 tahun lepas..
4 tahun lepas, aku hanya berumur 19 tahun jek. Lambatnya aku tau pasal business internet nih..
titan’s last blog post..3 Sebab Mengapa Anda Perlu Beli E-Book RajaPayloadz
Bagus la kalau 2 2 ada offline ada online pun ada paling kurang salah satu mesti masuk punya tul tak AA?
Maizul’s last blog post..Cara membuat ebook percuma
Selamat Menyambut Maal Hijrah utk saudara afzai dan semua sahabat2..
Moga kita juga dapat berhijrah kpd jalan kejayaan thn ini..Moga2 sumer masyuk!!
kuasadua’s last blog post..Teknologi Masa Hadapan
Terima kasih semua atas kesudian berkongsi ilmu di sini
Semoga kejayaan akan menjadi milik kita
Dua2 ada pro and cons..
Tapi pendapat aku offline lebih banyak market berbanding online kerana rakyat Malaysia belum cukup percaya dengan bisnes internet ni…
Apahal pun dua2 boleh mendatangkan pendapatan lumayan..
zool’s last blog post..Gol EPL…
… offline ataupun online dua-dua pun kalu dilakukan dengan ikhlas dan jujur insyaallah pasti akan diberi ganjaran yang setimpal …
Bisnes Online @ Offline? Dua-dua pun sama jer. Yang beza method yang dipakai…itu jer.
Promotion and marketing..mana2 biz pun kene ada jugak..kalu abai mmg tak jadi ape.
Nak bukak bisnes tak susah. Dari sebesar-besar modal sampai la seciput-ciput modal..mmg tak susah.
yang susahnya nak maintainkan perniagaan kita tu..camne nak established kan biz kita tue..ini yang paling pening..
Tak kira korang start dari offline atau online yang penting ada pelan bagaimana nak kekalkan biz…mcm aku pun masih cari formula camne nak kekalkan biz..dia mcm rollercoaster laa..kejap atas kejap bawah..yang sakitnya ‘bawah’ tue lama sgt berbanding duk kat atas..
apapun ikhlas tue penting la..niat kene betul…dulu aku try nak jd cyberprenuer tp tak menjadi..niat tak betul kot..skrg jd socialpreneur laa..biar semua dapat manfaat..doa-doakan lah..:-)
kotaro’s last blog post..Tentang FK