Hidup Bukan Sentiasa Untuk Menang
Salam hormat buat pembaca yang dirahmati Allah..
Minggu ini merupakan minggu pertama persekolahan sesi 2008. Rasanya, bukan saya sahaja yang sibuk dengan pelbagai urusan persekolahan anak2. Tahun ini cabaran lebih besar, 3 orang anak saya memulakan persekolahan dan seorang lagi mula belajar di Tadika. Semakin meningkat usia semakin besar tanggungjawab saya dan begitulah juga anda semua.
Masuk jer tahun baru ni…tak sangka banyak pulak projek offline yang dapat. Itulah rezeki namanya. Saya ada terbaca satu artikel tentang tuah besar bagi tahun 2008 ni. Apapun bagi saya ianya sekadar hiburan dan mungkin kita boleh jadikannya sebagai perangsang untuk diri kita. Mengikut artikel itu, tuah besar akan datang kepada mana2 individu yang dilahirkan pada 01 hb, 10 hb, 19 hb dan 28 hb dalam mana2 bulan. berdasarkan peraturan planet Matahari.
Isteri saya dilahirkan pada 01 hb Jun dan aku pula dilahirkan pada 19 hb Ogos
![]()
Menurut artikel tu lagi, matahari merupakan kuasa kreatif yang sangat kuat sehingga ianya mampu memberi cahaya dan kehidupan kepada alam semesta dan ia sangat terang sehingga planet2 lain atau bintang2 lain tidak kelihatan sekiranya sang suria bersinar.

Amacam dengan anda semua?? Ada ke yang lahir mengikut tarikh yang dinyatakan kat atas tu..
Sebagai insan biasa, janganlah terlalu mengharapkan tuah tersebut…….sebaliknya berusahalah. Ingat, kita hanya sekadar berusaha untuk merencanakan sesuatu dan selebihnya adalah ketentuan ALLAH.
Kalau kita sudah usaha bersungguh2 tetapi kekecewaan masih lagi menyapa maka terimalah kekecewaan dan kegagalan itu seadanya. Ingat, hidup bukan sahaja untuk menang walaupun sememangnya kita mengimpikan kemenangan.
Lagi satu, jangan sesekali kita lupa bahawa Allah sentiasa mengetahui segala sesuatu termasuklah nasib malang yang menimpa kita. Mungkin kita kurang berjaya dari segi harta dunia tetapi itu tidak mengapa asalkan Allah redha kepada kita.
Saya suka menyeru diri saya dan juga para pembaca, carilah Allah dalam setiap penyelesaian hidup. Amalkan 2 rakat sembahyang sunat, setiap kali menghadapi masalah dalam hidup ini. Inilah amalan para anbia dan orang2 soleh. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang lebih sabar dan lebih diredhai Allah dikalangan hamba-hambanya.
Ingat, hidup bukan sentiasanya untuk menang…!!!
Salam hormat

P.s. Contest di blog ini hampir tamat..tetapi masih ada yang belum membuat subscribe sebagai prasyarat menyertai contest tersebut.
P.s.s Duit mudah by Payloadz. Setiap minggu pasti dapat…














Tarikh lahir aku 28 July..so, ada tuah besar la hari ini? Hehe..betul Dapat payment dari Widgetbucks. Antara tuah besar aku hari ini kot. Hehe..:D
titan’s last blog post..WidgetBucks VS Payloadz
Hm aku lahir bulan Disember lah….
zool’s last blog post..Boss Baru
Mana2 bulan pun tak kisah Zool
Menarik jugak cerita mengenai tarikh ni tapi tapi aku sipi2 pun tak kene tarikh tu… yang cantiknya tu suami isteri kene pulak tarikh tu ye… ada aura bagus ni.
Menarik jugak projek abg Afzai punya projek offline kalau ada projek yang dah siap taruh a gambar kat blog masih ramai lagi yang berminat…
Maizul’s last blog post..Kaedah mencari pasaran menguntungkan
same ar kite zool
afham’s last blog post..Kenangan 2007
Ya, Solat 2 rakaat Dhuha untuk mendapatkan keberkatan dari Allah s.w.t bagi melapangkan rezeki kita dan 2 rakaat solat hajat setiap kali urusan akan memudah & melapangkan urusan kita tersebut, Insya-Allah.
Semoga anda AA dan kita semua lebih aktif, inovatif, kreatif, positif, produktif dan semua yang tif,tif lagi pada tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang, dan menjauhi segala yang pasif dan negatif agar kita lebih maju dan berdaya saing. Amin!!!
Abooain’s last blog post..2 YANG MEMBINASAKAN!
Maizul : tersenyum dan tergelak aku, bila ko sebut aura bagus suami isteri
InsyaAllah nanti kalau projek ok,aku akan ambil gambarnya.
Aku lahir 10 bulan 2. Cabaran besar juga untuk aku dan nampak gaya aku pun dh dpt 2 projek offline aku alhamdulillah
megat’s last blog post..Youth 08 : Traffic Jam Blogger Party
sipi sipi je tarikh tu.. hehe.. any way semuga berjaya dalam bidang apa saja yg di ceburi ..
zino’s last blog post..sekolah berasrama vs sekolah biasa…
Aku lahir 11 hb januari. Alamak! lebih sehari.. hehe takpe.. itu tidak menghalang aku untuk berusaha dan terus berjaya dalam hidup.
Aizat’s last blog post..Free Ebook From DiariAdsense
Terima kasih Zino
Insyaallah berkat doa kengkawan…
Aizat : sama-samalah kita mengejar dan memburu impian
Aku lahir 26hb 5 kalau ikut kalendar masihi. 28hb kalu ikut kalendar islam…hehe…
p/s : tahun 2008 aku ditimpa musibah apabila rumah dipecah masuk 1hb 1 hari tu
fahmi’s last blog post..RUMAH DIPECAH MASUK
Fahmi…lama tak komunikasi ngan ngko..:) apa yg berlaku tu dah tentu banyak hikmahnya.
Semoga rezeki ngko n famili semakin bertambah
Thanks atas nasihat yang amat berguna tu.Berusaha untuk dunia dan akhirat
starline’s last blog post..Celcom Broadband hanya RM68?
hidup kalo nak menang selalu memang tidak disuka oleh orang laa…
Salam… jangan marah.. merah sangat mak ngah… payah nak baca macam saya yang mata empat ni
halimdanga’s last blog post..TERBARU ! AKAN DILANCARKAN KESELURUH DUNIA…PERCUMA….
merah tang background belakang ngan sidebar kanan jer kan..tapi utk post n sidebar kiri sy gunakan white background.
sorilah bro..thanks for teguran
ada juga golonan yg mengamalkan perjuangan untuk hidup yang kini membawa kebinasaan kepada dunia…
mereka beranggapan yang kuat akan sentiasa menang…