Home » Perayaan, Peribadi, Semasa, Sosial

Mentaliti Tidak Berubah

Written By: AfzaiAfandi on January 2, 2008 15 Comments

Salam Tahun Baru dan salam hormat..

Semalam merupakan hari pertama kita berada di tahun 2008. Hari ini pula kita melangkah ke hari kedua. Ini bermakna masa begitu cepat berlalu dan apa yang penting untuk saya nyatakan di sini adalah tinggal 13 hari lagi maka “contest blog saya” akan tamat.

Namun begitu, saya tidak akan panjangkan post saya dengan cerita contest tersebut. Memadai sebagai tanda ingatan untuk diri saya dan anda yang menyertainya. Terima kasih juga saya ucapkan atas sokongan anda semua.

 

Bila munculnya tahun baru, maka sudah pasti adanya sambutan bagi meraikannya. Semalam telah membuktikan dan di serata negeri ada diadakan sambutan bagi meraikan tahun baru ni. Disebalik sambutan itu, sudah tentu acara yang tidak boleh dilupakan dan merupakan acara wajib bagi negara kita adalah pesta dan hiburan serta diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

Dalam masyarakat membicarakan tentang keruntuhan akhlak golongan remaja hari ini, di manakah kesesuaian dan kewajaran acara2 sebegitu diadakan? Bukankah ianya akan mengundang banyaknya unsur2 negatif yang akan timbul. Namun begitu, hendak tak hendak kita terpaksa akur walaupun ianya mendukacitakn kita. Sejarah telah membuktikan acara2 sebegini seolah2 memberi satu platform untuk golongan remaja dan muda-mudi menyempurnakan tabiat2 buruk mereka.

Apakah mentaliti kita masih tidak lagi berubah?? walaupun tahun demi tahun, generasi demi generasi..namun mentaliti dan pemikiran kita masih ditakuk lama. Pandangan daif saya pun nampak akan tiadanya kebaikan acara2 sebegini. Alangkah baiknya, jika acara tersebut ditukarkan kepada satu majlis yang memberi pengisian kepada jiwa dan minda golongan muda ini.

Lokasi seperti KLCC, Dataran Merdeka, Bintang Walk, Pusat2 Disko dan Pub dipenuhi lautan manusia yang tidak mahu ketinggalan meyertai sambutan tahun baru ini. Bak kata seniman agung P.Ramlee ” Jiwa kosong tak berharga, dunia bukan syurga”.

Selain tentang isu sambutan tahun baru, 010108 turut menyajikan berita sensasi dan panas sebagai pembuka tirai tahun ini. Kenaikan harga minyak dan kenaikan harga bagi 6 tol juga turut memberi kesan sensasi kepada kita. Disebalik isu ini, tiba2 satu lagi isu yang lebih sensasi yang melibatkan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek juga selaku Mentei Kesihatan membuat pengakuan terbuka bahawa beliau ialah orang yang terlibat dalam aksi hubungan seks bersama seorang wanita yang salinan cakera video digital (DVD) perlakuan itu diedarkan secara meluas di Johor sejak tiga hari lalu.

Sayalah orangnya…

Tiada ulasan lanjut untuk ketiga2 topik sensasi tersebut. Cukup sekadar saya mengetahui dan isu ini tidak memberi apa2 kesan jika sekalipun saya membuat ulasan yang panjang lebar di sini.

Kesimpulan yang saya boleh takrifkan di sini. Keluarlah daripada kepompong kebiasaan. Ubah mentaliti kita semoga kita akan terus berada pada tahap yang menggembirakan semua pihak. Jika mentaliti kita masih tidak berubah sudah tentu kita akan sentiasa berada di takuk lama.

Justeru, sebagai golongan berpendidikan kita sewajarnya mengubah mentaliti kita dengan membuat satu anjakan paradigma semoga apa yang telah kita rancangkan dan tetapkan membuahkan sesuatu yang tinggi nilainya buat diri sendiri, keluarga, negara dan agama Islam.

Sebagai penggiat dunia online, inilah masanya untuk kita bangkit setapak demi setapak agar segala perancangan kita dipermudah, diperkenan dan yang lebih penting mentaliti kita telah berubah.

Salam penuh takzim

 

 

p.s. Model terbaru Proton BLM dapat sambutan menggalakkan.

p.s.s. Alangkah baiknya jika, masa terbuang di tempat2 sambutan tahun baru dipergunakan untuk mempelajari tentang perniagaan intrnet.

Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Artikel Lain yang Menarik

Pelajari Teknik Advance Menjadi:

rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini

15 Responses to “Mentaliti Tidak Berubah”

  1. SyawaL says on: 2 January 2008 at 11:47 am

    Kita tak dapat dipisahkan dari hiburan. Cumanya hiburan yang berbentuk bagaimana?
    Tahun baru, kita konsert, raya pun kita konsert, kena tsunami pun kita konsert, kutip derma banjir pun kena konsert…
    Semuanya konsert.. Itu dulu…

    2008 plak mcmana? Sama jugak kot. harap berubah sikit. Kalau semuanya baik belaka, hambar pulak kehidupan kita.

    SyawaL’s last blog post..Jangan Bersedih, Bersolatlah…

  2. kuasadua says on: 2 January 2008 at 11:49 am

    Entah apalah nak jadi negara kita sekarang ini..setiap kali menyambut apa2 sambutan,mesti disajikan dgn hiburan yg melampau..Apalah salahnya kalau kita menyambut tahun baru dgn doa atau majlis2 ilmu utk menyedarkan kita yg Allah masih bg kita peluang utk hidup di dunia ini lagi…

    Semua ini harus diperbetulkan oleh kepimpinan negara, kalau pemimpin pun tak dpt tunjuk akhlak yg baik, mcmana rakyat nak ikut..Kalo di negara US yg bukan Islam sana pun akan memilih pemimpin berdasarkan akhlaknya dr muda hingga hendak dipilih sbg pemimpin, inikan pula kita yg dipanggil negara umat islam

    Apa pun selamat tahun baru 2008 kpd saudara AfzaiAfandi dan rakan2 semua..

    kuasadua’s last blog post..Tahun Baru & Azam Baru 2008

  3. afham says on: 2 January 2008 at 3:03 pm

    pasal kes DVD .. biarla..diakan Cine..bukan satu kesalahan!!

    afham’s last blog post..Perjumpaan Mini blogger Perak

  4. megat says on: 2 January 2008 at 3:31 pm

    Rasanya bukan menjadi perkara mudah apabila budaya kita sendiri telah menerapkan budaya moden sekian lama. Perubahan tidak akan nampak ketara kepada sekelompok sahaja.

    Sebagai penulis blog yang bakal punyai kekuatan tersendiri untuk menyahut anjakan paradigma, kita harus bekerjasama dan punyai matlamat yang sama!

    megat’s last blog post..Selamat Tahun Baru 2008

  5. kuasadua says on: 2 January 2008 at 5:36 pm

    Tak kiralah dia bangsa atau agama apa, sbg pemimpin mestilah mempunyai akhlak yg baik kan?

    kuasadua’s last blog post..Tahun Baru & Azam Baru 2008

  6. AfzaiAfandi says on: 2 January 2008 at 11:28 pm

    Pemimpin hari ini untuk generasi akan datang. bak kata megat, buat anjakan paradigma…baik dalam dunia semasa dan juga dunia berblog

  7. titan says on: 3 January 2008 at 7:38 pm

    Aku tak gi mana-mana sambutan hari raya. KAt Morib pun aku tak pegi. Waktu tepat jam kul 12 tu. Aku dapat payment dari paypal. Hoho..

    Pasal menteri kesihatan tu. Nak wat camna. Dah kantoi. Dah benti pun hari ni. So, lepas ni pepandaila hidup. Nasib bini tak lari..Harap2 dia leh wat anjakan paradigma yg lebih berbaloi..

    titan’s last blog post..Malaysia Dotcom Youth Search 2007

  8. zino says on: 4 January 2008 at 12:15 am

    dulu rajin jugak cari pot pertunjukkan bunga api ni..(tengok dari jauh je..) tapi sekarang ni dengar dentam dentum je dari rumah hehe..

    zino’s last blog post..alam persekolahan..

  9. webringnet.com says on: 4 January 2008 at 1:02 am

    apa yang saudara tuliskan disini ada kebenarannya, tidak kurang juga kezutan di akhir2 tahun. hemm… saya hampir tidak percaya terhadap apa yg berlaku tetapi merenung kembali bahawa orang yang terlibat cuma manusia biasa.
    walaubagaimana pun perkara itu masih boleh dielakkan sekiranya ada kesedaran terhadap diri ,keluarga dan agama.

    salam maju jaya.
    edwin u.

    webringnet.com’s last blog post..Cool Gadgets Part 1

  10. Abooain says on: 4 January 2008 at 7:01 am

    Sesungguhnya kita lupa bahawa setiap kali datangnya tahun baru, itu bermakna semakin bertambah umur kita, semakin banyak rambut putih di kepala, semaking berkedut urat-urat di tubuh, semakin kurang keupayaan pancaindera kita, semakin meninggkat dewasa anak-anak dan semakin dekat kita dengan KUBUR!

    Ibnu ‘Atho Illah pernah berkata :

    “Jika engkau mengetahui bahawa syaitan itu tidak pernah lalai terhadap engkau maka janganlah engkau lupa terhadap (ubun-ubunmu) yang berada di genggaman-Nya”

    Tidak berguna sesen pun jika tahun saja yang baru tetapi akhlak dan fikiran kita masih di takuk lama malah semakin teruk dari tahun ke setahun.

    Yazid bin Muawiyah berkata :

    “Tiga perkara yang menunjukkan kurangnya akal seseorang itu dan terdapat padanya bukti-bukti kelemahan :

    1- Terlalu cepat menjawab (tanpa berfikir)
    2- Panjang angan-angan
    3- Terlalu banyak ketawa

    Abooain’s last blog post..SESI PERSEKOLAHAN 2008

  11. Aizat says on: 6 January 2008 at 8:28 am

    Tahun Baru 2008 ada jugak majlis ilmu diadakan di masjid klcc. TV kita pon memang untuk hiburan. tapi sekarang dah melampau hiburan nya. pandai2 lah memilih. hiburan tak salah asalkan tahu batas2 nya Aizat’s last blog post..Free Ebook From DiariAdsense

  12. humbleandmodest says on: 7 December 2008 at 1:26 am

    kadang2 manusia mahu mengubah dunia tanpa mengubah mentaliti mereka terhadap diri mereka sendiri terlebih dahulu…
    jadi bagaimana mahu mengubah dunia jika diri sendiri tidak ubah?

  13. farahaznil says on: 7 December 2008 at 11:24 am

    ho ho ho..anak muda skrng ni mmg…perangai tak senonoh..mungkin dah nak akhir zaman kot..tu sbb jd mcm tu..tp mak apak dorang pun salah gak..takkan la tak sedar perangai anak tu dah berubah..haizz..lg satu time anak2 masih sekolah lagi..bg pendapat aku la..tak payah le nak bagi motor sebijik…nnt anak2 merewang sana sini..huhhuu…

    p/s – aku dah donlod video bks menteri kesihatan tuh..hahhaa..tp panjang gila dowh duration dia..dlm 30 minit gitu..mls plak aku nak tgk..hahha

    farahaznil’s last blog post..Contest 4 : Buat duit dgn join Contest di Blog Uncle Afzai Afandi..

  14. humbleandmodest says on: 7 December 2008 at 12:55 pm

    bukankah ko juga seorg anak muda??
    hohoh…..

    usah menuding jari pada sesiapa.
    ia terletak pada diri seseorang itu sendiri untuk mengubah.
    apa guna jika ibu bapa beri didikan tetapi jika hati keras?

  15. farahaznil says on: 7 December 2008 at 3:47 pm

    disebabkan aku seorang remaja dan anak muda lah aku ckp mcm tu..huhhuu

    1st skali..apa yg aku ingin katakan ialah..ibu bapa tu sndr..ko tgk la bdk2 skrng ni pg skolah..kain singkat mcm nak pg sawah..seluar ketat kat kaki…mak apak dorang xkan la xprasan tu suma..tutup mata je ke?pastu ada anak yg pg skolah siap pki make up..haizzz..mak apak masih diamkan lg..org suruh pg skolah..bkn melawa..huhhuu..smpi tu..ada yg suka klu anak2 mereka ni kwn rmi2..ada bf ke..kononnya bangga la anak ada rmi yg terpikat..padahal tu merosakkan anak sebenarnya..bkn apa..kadang2 anak pun salah juga..tp ibu bapa le kena pandai mainkan peranan semasa anak tu kesil lg..huhhuu

    farahaznil’s last blog post..Contest 4 : Buat duit dgn join Contest di Blog Uncle Afzai Afandi..

Trackbacks/Pingbacks

  1. Selamat Tahun Baru 2008. | Asblogger.com, your resource blog...

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog: Perkongsian Maklumat Pandangan Peribadi, All rights reserved.| Powered by WordPress