Home » Peribadi, Perniagaan, Produk

Projek Pertama Aku di Kuala Lumpur

Written By: AfzaiAfandi on December 31, 2007 22 Comments

Pembaca yang saya raikan..

Hari ini merupakan post terakhir aku. Ya…post terakhir aku untuk tahun 2007. Ini kerana, hari ini adalah hari terakhir bagi tahun ini. Begitu cepatnya masa berlalu dan yang pastinya, usia aku juga akan bertambah. Tinggalkan buat sementara cerita tahun baru dan azam baru kerana sebelum ini aku telah berceloteh tentang hal itu.

 

Gambar di atas merupakan lakaran yang aku buat untuk projek pertama aku di Kuala Lumpur. Sebelum ini, untuk projek offline aku ini aku tumpukan di sekitar Ipoh sahaja. Alhamdulillah, tanpa disangka dan diduga berlaku pengiklanan secara “mouth to mouth”. Jadi pada minggu lepas ( Khamis dan Jumaat) aku ke lokasinya di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi.

Apa itu Pergola?

Perkataan pergola berasal dari bahasa Itali, iaitu pergere yang bermaksud berjalan atau melanjutkan dan biasanya, pergola selalu significant dengan tanaman hiasan.


Lazimnya pergola didirikan di bahagian depan halaman rumah. Dalam hal ini, kehadiran pergola dimaksudkan sebagai peneduh suasana. Tujuannya agar mampu memancarkan kesan lembut kepada halaman rumah kita dan sekaligus memberi kelainan pandangan kepada halaman rumah kita.

Untuk makluman semua, selain perkhidmatan membina pergola @ landskap..aku juga ada membuat pemasangan wallpaper dan rasanya tidak perlu aku perjelaskan dengan lebih mendalam apa itu wallpaper kerana aku pasti anda semua tahu.

Baiklah, projek pertama aku ini ..aku namakan “Car Porch Pergola” dan aku amat bersyukur kerana selepas selesai membuat pengukuran client aku memberitahu rakannya juga ingin berbuat demikian. Lantas selepas itu, aku bergegas pula ke Bandar Tun Hussein Onn untuk membuat pengukuran.

Jadi, untuk minggu ini..aku kena lebih tumpuan untuk projek aku ini. Aku juga berharap, agar pembekal kayu yang selalu aku berurusan mempunyai stock yang mengcukupi untuk projek aku ini. Biasanya, aku akan suggestkan kayu cengal untuk pergola kerana ianya tahan lama dan tak reput dek hujan dan tak lekang dek panas.

Jadi, kepada tetamu-tetamu aku yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini boleh lah menghubungi aku :)

Besar harapan aku, semoga projek pertama aku ini menjadi pemangkin untuk projek2 seterusnya.

Salam hormat

 

 

P.S. Payloadz still memberi pendapatan untuk aku. Statement untuk minggu lepas.

 

Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Artikel Lain yang Menarik

Pelajari Teknik Advance Menjadi:

rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini

22 Responses to “Projek Pertama Aku di Kuala Lumpur”

  1. zino says on: 31 December 2007 at 2:35 am

    den memang cayo.. dah pernah tengok dulu kek ipoh hehe..

    zino’s last blog post..satu pengalaman..

  2. Abooain says on: 31 December 2007 at 8:00 am

    Wah, nampaknya perkhidmatan anda sudah ke luar negeri ni, AA! Permulaan yang baik untuk tahun 2008 ni. Semoga anda berjaya di dalam projek “Car Porch Pergola” ni.

    Tak ada harga ahli ke untuk perkhidmatan ni? :) Mana le tau kot-kot ada harga istimewa bagi Subscriber blog AA ni……. wakaka!

    Abooain’s last blog post..2007 –> 2008 = AZAM??

  3. megat says on: 31 December 2007 at 9:30 am

    Menarik dan tahniah untk projek baru!

    Nampaknya dah nampak jalan untuk tahun baru 2008. Semoga anda akan lebih berjaya di masa akan datang.

    megat’s last blog post..Tips : Anda Dan Blog

  4. afham says on: 31 December 2007 at 1:14 pm

    ooooooo……
    bro ni kontraktor rupanya!!

    afham’s last blog post..Perjumpaan Mini blogger Perak

  5. AfzaiAfandi says on: 31 December 2007 at 1:54 pm

    Bukan kontraktor afham…….itu antara sumber pendapatan saya.

  6. titan says on: 31 December 2007 at 3:24 pm

    Waa..Dasat gak offline ko ye afzai. Memang kencang la poket 2008 nanti. Hoho..:D

    titan’s last blog post..Malaysia Dotcom Youth Search 2007

  7. AfzaiAfandi says on: 31 December 2007 at 4:27 pm

    titan…apasal blog ngko dr semalam aku try bukak tp tak dpt2

  8. kuasadua says on: 31 December 2007 at 5:20 pm

    Wahh..banyak projek afzai ni yg masyuukkk yer..Anyway, satu hasil kerja yang menarik.Saya pun tak pernah tgk lagi design mcm tu..bukan senang nak buat tu :-)

    kuasadua’s last blog post..Tinggalkan perkara yang membazir

  9. zool says on: 31 December 2007 at 9:22 pm

    Cayalah afzai…
    lepas ni boleh buat rumah aku plak

    zool’s last blog post..Kenangan 2007

  10. AfzaiAfandi says on: 31 December 2007 at 11:30 pm

    Terima kasih kawan2…sokongan korang juga membuatkan aku lebih bersemangat mengejar impian aku.

    zool : hehe..boleh ajer :)

  11. silentleo says on: 1 January 2008 at 5:20 pm

    Waa..tahniah. KOntraktor rupaya dia. Apapun. Banyak la income tahun 2008 ni. Bisness online aku baru nak jalan..:D

    silentleo’s last blog post..Pasar Malam Terakhir Tahun 2007!

  12. Amir says on: 1 January 2008 at 8:01 pm

    Tahniah lah Afzai, dah mengorak langkah nmpak, semoga maju jaya yer..

  13. SyawaL says on: 2 January 2008 at 12:37 pm

    hahaha…..masin jugak mulut depa AA…

    SyawaL’s last blog post..Jangan Bersedih, Bersolatlah…

  14. Aizat says on: 6 January 2008 at 8:23 am

    Wah! Banyak betul tempahan untuk bro.. Tahniah.. Semoga makin berkembang bisnes.. Kalau boleh nak tengok jugak car porch pergola yang dah siap.. mesti cantek

    Aizat’s last blog post..Free Ebook From DiariAdsense

  15. AfzaiAfandi says on: 6 January 2008 at 12:30 pm

    InsyaAllah kalau semua berjalan lancar tak de keberatan untuk saya paparkan car porch pergola yang dah siap tu.

  16. MUS 016 2438369 says on: 11 January 2008 at 4:26 pm

    SALAM HIJRAH…..

    Wah brader ni creative dan kencang ..rekaan macam Jepun pun ada tu…macam samurai…….kalau nak kayu cengal kita pun ada supply untuk pergola other woodworks. harap semua kencang 2008 ni…

    ALBAB JV WOODWORKS
    JERAM SELANGOR

    MUSTAIN 016-2438369
    EEJAL 017-6575883

  17. humbleandmodest says on: 7 December 2008 at 1:28 am

    hohoh…
    setelah sekian lamanya aku tidak ke kuala lumpur…
    akhirnya aku berkesempatan untuk ke sana..
    kesibukan menghalang berbuat semikian..
    ***aku sesat untuk ke annexe studio..

    humbleandmodest’s last blog post..Tajuk: 2 Jam

  18. farahaznil says on: 7 December 2008 at 11:27 am

    ish…ko ni keja arkitek ke afzai?hmm..tak sangka plak aku..hohhoo..

    farahaznil’s last blog post..Contest 4 : Buat duit dgn join Contest di Blog Uncle Afzai Afandi..

  19. humbleandmodest says on: 7 December 2008 at 12:57 pm

    hohoh…
    aku pon bakal arkitek jugak..
    hahah!!

  20. farahaznil says on: 7 December 2008 at 3:48 pm

    uih..betul ke ni?hmm..hahhaa..aku pun minat nak jd arkitek ni…tp tak tahu la mcm mn..huhhu..weh..apa kata ko add aku kat ym..ekekekekek

    YM – farah_ao6

    farahaznil’s last blog post..Contest 4 : Buat duit dgn join Contest di Blog Uncle Afzai Afandi..

  21. fadzllina says on: 3 May 2009 at 6:12 am

    hai plz give ur website i nak buat pargola

  22. AfzaiAfandi says on: 3 May 2009 at 7:59 am

    Salam,

    Terima kasih atas pertanyaan saudari.

    Berkenaan dengan website pergola, maaf saya takder menyediakan website
    khas tentang pergola.

    Ini kerana, kerja2 pergola ini saya lebih tumpukan pada offline. Jika inginkan sebarang nasihat atau khidmat saya untuk pembinaan pergola…..boleh hubungi saya di talian 019.406.0770

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog: Perkongsian Maklumat Pandangan Peribadi, All rights reserved.| Powered by WordPress