Home » Blogger, Peribadi, Perkongsian Maklumat, Sosial

Perjumpaan Mini Blogger Perak

Written By: admin on December 26, 2007 17 Comments

Pembaca yang dihormati..

Pada mulanya pertemuan mini ini bukanlah ada dalam perancangan saya. Cadangan seloroh tetapi akhirnya menjadi realiti. Memandangkan tiada persediaan dibuat dan tiada program diatur untuk pertemuan mini ini, maka hasilnya, perjumpaan mini ini lebih kepada santai sahaja sambil mengeratkan silaturrahim sesama blogger.

Secara tidak rasmi, saya selaku tuan rumah telah menjemput Maizul, Awqi Zar, Afham, Syawal dan Amir Hakimi. Maizul tidak dapat datang kerana ada majlis perkahwinannya kawannya manakala Si Awqi Zar telah pulang ke kampusnya UKM. Selain saya, itulah wajah macho ketiga2 blogger yang dapat menghadirkan diri.

Pertemuan mini ini bermula pada jam 5.30 petang di sebuah restoran berhampiran Tesco Xtra dan hidangan petang kami roti naan ayam tandori ditaja oleh CEO Syawal dot net. Terima kasih kawan….lain kali leh belanja lagi.

Objektif Pertemuan Mini Blogger Perak

1. Mengeratkan silaturrahim sesama blogger.

2. Bertukar2 pendapat dan pandangan tentang blog dan perniagaan internet.

3. Pencetus untuk mewujudkan satu komuniti blogger perak.

Topik – topik Perbincangan

Setelah selesai sesi suai kenal antara kami,peruntukan masa 2 jam kami manfaatkan untuk perbincangan tentang dunia blog, program2 internet dan juga perniagaan online. Pada mulanya, kami bercerita tentang blog iaitu berkenaan dengan themes, plugin dan juga coding.

Perkara kedua yang dibincangkan adalah berkenaan dengan Google Adsense. Kami bersembang tentang bagaimana untuk mendapatkan klik daripada pelawat.

Seterusnya pula, saya membuka topik untuk satu lagi program internet iaitu Payloadz. Untuk makluman, semalam saya telah menerima satu lagi payment daripada payloadz. Hingga ke hari, payloadz tidak mengecewakan…kerana setiap minggu saya mendapat payment payloadz ini. Sekarang, saya masih lagi “study” bagaimana untuk mendapat lebih klik daripada program ini. Kepada rakan2 blogger yg belum meyertainya, bolehlah berbuat dengan segera :)

Seterusnya, kami berbual tentang ebook dan program affiliate. Program ini menarik namun memandangkan kami semua masih lagi baru dalam dunia blog, mungkin sedikit kesukaran untuk mendapat pembelian daripada affiliate yang kami sertai. Namun begitu, alhamdulillah untuk bulan lepas, saya telah berjaya membuat 3 jualan melalui link affiliate saya.

Perjumpaan kami berakhir pada pukul 07:15 petang. Besar harapan kami semua agar pertemuan ini bisa berterusan dan menjadi pemangkin untuk perjumpaan seterusnya dan diharap agar lebih ramai blogger dapat menyertainya pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih buat semua.

Salam hormat

 

 

 P.S. Saya akan berada di KL bermula besok hingga Jumaat.

Artikel Lain yang Menarik

Digg this!Add to del.icio.us!Stumble this!Add to Techorati!Share on Facebook!Seed Newsvine!Reddit!Add to Yahoo!

17 Responses to “Perjumpaan Mini Blogger Perak”

  1. Afham says on: 26 December 2007 at 11:20 pm

    Tak puas…
    Terlalu kejap..
    Hehe.. :P Harap siri 2 lagi meriah kn?

    Afham’s last blog post..Gambar awek di E-Jodoh

  2. Abooain says on: 26 December 2007 at 11:26 pm

    Wah, best korang ni dapat berjumpa. Memang apabila dah berjumpa sesama IM ni banyak perkara yang berlaku

    Pertama – hubungan persaudaraan semakin erat.
    Kedua – Dapat berkongsi pengalaman dan ilmu masing-masing
    Ketiga – Mungkin boleh JV

    Betul tak AA? Tapi paling best kalau dapat buat Gath bagi seluruh IM Malaysia kan?

    Dalam gambar kaorang tu yang paling menarik perhatian aku ialah benda yang di atas meja kaorang kekeke :) Terliur lak aku

    Semoga perjumpaan anda semua memberikan pulangan yang besar nanti kepada perkembangan Perniagaan Internet kalian

    Abooain’s last blog post..TEKNIKNICHE

  3. Amir says on: 26 December 2007 at 11:38 pm

    Mak oi.. ajenye cepat ajenye tak menyabo kata orang perak..hehe :) apa2pun seronok dapat bertemu dengan kalian semua, tp terasa kejap sangat pertemuan nie, hrp dapat bertemu dilain kali malah lebih ramai lg..

    Amir’s last blog post..Jimatkan Bil Telefon Anda Dengan Skyetel..

  4. Maizul says on: 27 December 2007 at 12:38 am

    Rugi rasanya tak dapat join. Member kawin pulak hari krismas tak dapat nak join. Kalau bawak anak aku kat tesco tu tepuk tangan la dia nak main permainan kat kat delam tesco tu. AA terima kasih jemput saya harap boleh joint lain kali. IM kelantan boleh IM perak pun boleh ;)

    Maizul’s last blog post..Kaedah mencari pasaran menguntungkan

  5. SyawaL says on: 27 December 2007 at 8:40 am

    Semalam tak boleh nak cencentrate sgt sbb anak kacau…

    SyawaL’s last blog post..MLM dan Saya (part II)

  6. megat says on: 27 December 2007 at 8:52 am

    Aku rasa patut eratkan sesama region dulu. Apabila dah agak harmoni dapatlah kira nya kita berkumpul blogger se Malaysia.

    Senang kalau dah setiap region dah ada lead derang sendiri. Antara-antara boleh berbincang bersama lead region lain untuk jadikan gath besar. Rasanya lebih teratur dan tersusun.

    megat’s last blog post..Newbies!?

  7. Afham says on: 27 December 2007 at 4:09 pm

    syawal..sian kt ko la..tp thanks 4 the menu!!..

    Afham’s last blog post..Free Theme to You

  8. Afham says on: 28 December 2007 at 11:29 am

    wawawa…sume cam layout sifoo je Afham tgk….
    takpe2 ade rezki nanti beli domain sendirik…baru kemah!!

    Afham’s last blog post..Free Theme to You

  9. Aizat says on: 28 December 2007 at 7:01 pm

    huhu.. best gile gie gathering aka pertemuan macam ni.. boleh jugak belajar dari sifu macam abg afzai afandi ni

    Aizat’s last blog post..Taszara Stats For November and December

  10. AfzaiAfandi says on: 29 December 2007 at 5:53 pm

    Memang best sesekali dapat jumpa camni….dapat collect ilmu dan kongsi ilmu.

    Kalau lagi ramai dapat kumpul..lagi meriah rasanya dan lagi banyak ilmu boleh dikongsi.

  11. zool says on: 30 December 2007 at 12:12 am

    Wah menarik lah korang dapat kumpul blogger kat sana..
    Ni yang kena carik blogger Melaka ni…

    zool’s last blog post..Kenangan 2007

  12. naem says on: 30 December 2007 at 6:14 pm

    Bro afzai, jumpa dalam mimpi je la saya ni. :-)

    naem’s last blog post..???:Komen Lebih Bermakna Dengannya

  13. AfzaiAfandi says on: 30 December 2007 at 6:43 pm

    Jumpa dalam mimpi……?? Kalau ada jodoh secara realiti pun boleh jumpa..yang penting ada kemahuan :)

  14. am says on: 1 January 2008 at 11:08 pm

    am agak suka dengar topik2 yang dibincangkan waktu gath macam ni… maknanya ada pengisian dan jumpa bukan untuk suka-suka saja…

    am’s last blog post..Apa Azam Anda Tahun Ini Yang Sudah Di Laksanakan??

  15. vangardx says on: 2 January 2008 at 1:13 am

    huhu..tak dapat aku merasa ayam tandoori tu.. :(

    vangardx’s last blog post..Health Minister and Batu Pahat DVD sex scandal

  16. zaidievo says on: 3 January 2008 at 3:24 pm

    Tahniah…dapat juga blogger perak berkumpul,walau hanya 3 org namun langkah pertama inilah yg akan menjadi pemangkin kepada langkahan cemerlang yg akan datang.Sayang saya hanya tahu melalui chat box di blog saya.Lagipun,pada tarikh tersebut saya masih dalam jadual ‘jalan2 cari diri’.Insya Allah dimasa yg lain saya akan berusaha menghadirkan diri.

    zaidievo’s last blog post..Jalan2 Mencari Diri

  17. AfzaiAfandi says on: 3 January 2008 at 9:11 pm

    Thanks Zaidi…syawal n amir ada jugak sebut nama ngko. Tapi aku tk tahu sebelum ni :)

    apapun aku ucapkan terima kasih dan selamat dtg ke blog aku. Sure utk 2nd perjumpaan kita orang akan jemput ngko dan yang lain2

Trackbacks/Pingbacks

  1. Catatan Amir Hakimi - Isu Semasa | Perkongsian Maklumat | Perniagaan Internet
  2. Perjumpaan Mini Blogger Perak | afham abdul rahman
  3. Hari tu jumpa.. « Sesuatu Untuk Semua

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
CommentLuv Enabled
  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog, All rights reserved.| Powered by WordPress