Home » Blog, Hosting, Pendapatan, Peribadi, Perniagaan Internet, laman web

Konsep SOHO

Written By: AfzaiAfandi on December 17, 2007 23 Comments

Bertemu kembali pembaca budiman..

Minggu lepas adalah minggu yang agak sibuk untuk aku. Banyak kerja yang perlu disetelkan sebelum hari ini. Post ini pun agak terlewat aku siapkan dan sepatutnya post ini hadir tepat jam 00.01 pagi. Dek kerana terlalu letih menyebabkan aku kebuntuan untuk meneruskan post ini. Alhamdulillah, pada pagi ini aku berjaya siapkan sepenuhnya post untuk hari ini.

 

Apa yang saya lakukan?

Tiga hari yang lepas hingga semalam, aku bertungkus lumus menyiapkan satu projek online yang dipertanggungjawabkan kepada aku. Projek apa tu?? Aku telah mendapat 1 projek untuk set up blog dan satu set up untuk full web. Selama 3 hari yang lepas, aku telah berjaya menyiapkan blog komuniti smukinta [dot] com. Aku diminta pihak pengurusan Komuniti SMUKinta untuk menyiapkan daripada proses pembelian hosting, domain dan setup blog. Dan itulah hasil kerja aku. Untuk ketiga2 perkhidmatan tersebut, aku mengenakan caj sebanyak RM150.00. Jadi kesempatan ini, seandainya ada diantara newbie yang inginkan perkhidmatan setup blog, bolehlah menghubungi aku untuk keterangan lanjut.

Untuk tugasan full web pula, aku mendapat tawaran membina laman web daripada bekas artis yang kini giat berlakon teater dan drama TV. Mungkin anda ingin tahu, siapakah gerangan yang aku maksudkan?? Untuk hari ini, aku rahsiakan dahulu namanya, memandangkn laman webnya belum lagi aku siapkan.

Klue: pernah popular dengan kumpulan KGB :)

Konsep SOHO. Apakah itu konsep SOHO??

SOHO adalah akronim bagi Small Office Home Office. Konsep ini adalah alternatif bagi kita semua dan juga bagi yang berkerjaya. Namun tidak ramai yang tahu cara untuk mewujudkan ruang pejabat di rumah. Walau apa pun pekerjaan yang anda lakukan dari rumah, lebih2 lagi pekerjaan berteraskan online….. sepatutnya anda perlu wujudkan satu ruang kerja yang selesa, tersusun pada anda agar ianya dapat memainkan peranan penting dalam perlaksanaan kerja kita seharian.

Faktor keluasan tidak memainkan peranan penting kerana sempit atau luas ianya bergantung kepada kita dalam menggunakan ruang dan menata hiasnya.

Sedikit tips daripada saya tentang mewujudkan ruang kerja di rumah anda:

1. Pilih ruang atau tempat yang selesa pada anda. Bilik atau ruang terbuka, terpulang kepada anda. Apa yang penting, anda dapat keselesaan, ketenangan dan boleh menambahkan produktif kerja anda.

2. Jangan memilih ruang yang agak gelap dan terlalu sempit kerana ianya pasti mengundang mood bosan anda. Ruang yang anda pilih tadi, mestilah ada sedikit dekorasi dan tidak semestinya perabot yang mahal2.

3. Pilih tempat yang hampir dengan soket…Tujuannya, supaya wayar2 tidak berserabut dan sakit mata memandang serta mengganggu penghuni rumah anda yang lain.

4. Setelah lengkap kesemua yang anda lakukan untuk mewujudkan konsep SOHO di rumah anda…mulakanlah pekerjaan anda. Apakah bentuk pekerjaannya? Terpulang pada anda…dan jika ditanya kepad saya, tentulah perniagaan berteraskan internet.

Pasti ada di antara anda yang mengamalkan konsep ini ?? Sudah tentu ilmu yang ada pada anda jika dikongsi bersama ianya akan membawa banyak kebaikan.

Sekian, salam hormat

Afzai Afandi

P.S. Anda semakin menghampiri untuk mendapat hadiah bagi kategori ” komen ke-50″ Teruskan komen2 anda. Selain mendapat hadiah yang ditawarkan, sebenar apa yang lebih penting kepada saya adalah komen2 anda itu telah mewujudkan hubungan persahabatan antara kita.

Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Artikel Lain yang Menarik

Pelajari Teknik Advance Menjadi:

rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini

23 Responses to “Konsep SOHO”

  1. megat says on: 17 December 2007 at 11:04 am

    Thanks Afzai! Sedikit sebanyak dapat juga tips untuk setup SOHO. Masih jauh perjalanan aku untuk setup SOHO dirumah kerana beberapa kebarangkalian yang perlu aku fikirkan. Tapi aku mesti usaikan seberapa segera… insya allah.

    Tips sebegini perlu untuk newbie macam aku… eheh. Boleh ke aku dapat komen ke 50 uhuhu

    megat’s last blog post..Anda Genius!?

  2. zool says on: 17 December 2007 at 12:22 pm

    Wah hebat lah loo..
    Lepas nie mesti dapat projek kencang2 punya…
    Er kalau aku teka boleh ??
    Kalau salah jangan kutuk..
    Shajiry ke nama dia???

    zool’s last blog post..Tak Tahan Lagi..

  3. SyawaL says on: 17 December 2007 at 3:22 pm

    Kalau ada laptop, duduk di kedai mamak yang ada wifi, ini pun dikira SOHO jugak ke?

    SyawaL’s last blog post..Korban Berpandu Sunnah

  4. Aizat says on: 17 December 2007 at 7:00 pm

    Konsep soho wujud kot kat bilik aku nie memandang aku aku duduk kat hostel. haha tapi aku bukak bisnes printing je untuk budak2 kat sini nak print assignment ke. haha. boleh lah gak support aku bulan2. elaun pon tak usik. Wah! bisnes lagi. banyak betul income. semoga murah rezeki.

    Aizat’s last blog post..P1 Beyond Broadband Hot in Town

  5. titan says on: 17 December 2007 at 7:50 pm

    Bagus tu wat business. Teringat aku masa kat kolej. Rindu pun ada. Aku pun penah jual prepaid dan bisnes printing.

    Tak leh jadi nih. Kene kemas sikit tempat aku nih. Cam dah tongkang pecah 100 tahun nih..

    titan’s last blog post..Sori. Aku sibuk..

  6. AfzaiAfandi says on: 17 December 2007 at 8:35 pm

    buat cepat2 SOHO ni megat…nanti bertambah syok bila ngko buat kerja :) Komen ke 50…tunggu dan maybe milikmu ;)

    Syawal,kalau dk kat kedai mamak…tu bukan soho :)

    Cerita ngko Aizat mengimbau kembali zaman aku belajar, masa duk kat hostel…aku menjalankan perniagaan produk2 pantai timur serta menyediakan perkhidmatan membuat T-shirt :)

    Semoga ngko juga dimurahkan rezeki

    Tepat sekali tekaan ngko zool… :) hanya yang seusia ngan aku jer kot yang dpat mengagaknya..heheh

  7. Abooain says on: 17 December 2007 at 9:29 pm

    Salam,

    SOHO satu tajuk yang menarik untuk dikongsikan ni :)

    Di rumah, saya telah mengkhususkan satu bilik untuk bilik komputer yang dilengkapi dengan semua peralatan komputer, sekarang ni saya cuba untuk mendapatkan Printer Laser Color dan Fax je lagi untuk melengkapkan “Pejabat Rumah” tersebut.

    Semua urusan kerja saya memerlukan kepada bilik pejabat ala-ala SOHO gitu. Jadi saya mempunyai 2 pejabat satu di tempat kerja dan satu lagi di rumah jadi ini akan memudahkan urusan semua kerja saya.

    Memang apabila kita dapat mewujudkan SOHO, maka kerja kita akan lebih teratur dan sistematik gitu…saya apabila mengadap PC untuk sesuatu urusan kerja tidak suka diganggu atau terganggu lebih-lebih lagi apabila menumpukan kepada kerja-kerja penulisan atau pembikinan grafik seperti logo, ecover dan sebagainya yang memerlukan aku menumpukan sepenuh perhatian pada kerja-kerja saya tersebut.

    Oleh itu saya telah mewujudkan SOHO dibilik berukuran lebih kurang 8×8 dirumah saya untuk memwujudkan satu semangat kerja yang tinggi walaupun berada dirumah sekalipun. Tambahan pula apabila saya mengadap PC sekurang-kurangnya saya akan mengadap 8 jam sehari, dan memerlukan kepada persekitaran yang bersih, wangi, cerah dan sedikit luas.

    AA Selamat Hari Raya!!! Juga untuk semua :)

  8. Maizul says on: 17 December 2007 at 11:49 pm

    Cantik la blog komuniti tu. Mengenai SOHO bagus jugak kalau pakai laptop kalau ada kerja tak siap ke nak buat kat kedai mamak ke pun best jugak. Kalau macam PC ni kat rumah je la leh buat kerja pun.

    Maizul’s last blog post..Direktori Blogger Malaysia

  9. AfzaiAfandi says on: 18 December 2007 at 12:36 pm

    Many thanks Maizul…hehe

    tu lah kelebihan laptop…boleh diangkut ke mana sahaja.

  10. Amir says on: 18 December 2007 at 3:38 pm

    konsep SOHO nie memang bagus, aku pun dah buat lama dlu, tp SOHO tk semestinyelah berteraskan internet sahaja. Aku register company aku pun memang beralamat di rumah sebb dirumah semua peralatan yg diperlukan ada, contoh, telefon, mesin fax dan lain2.

    Kelebihannye pun banyak, sambil2 buat kerja tu boleh minum secawan kopi ke nescafe ke what everlah…kalau sakit perut sekalipun senanglah nak tunai hajat tu..hehe..

    Semoga apa yang kita lakukan mendapat kebaikkan dan kejayaan, buat orang2 yg kita sayangi..amin…

    P/s: lepas nie gerenti ko tak tidur sebb dapt projek byak2..:-)

    Amir’s last blog post..Tips2 Mencuci Kereta Dengan Selamat..

  11. Amir says on: 18 December 2007 at 4:00 pm

    lagi satu, bagus aku tengok hasil kerja ko afzai, blog smukinta tu, cantik, menarik, tertarik.. hehe.. end thanks atas tips2 tu jugak…

    Amir’s last blog post..Tips2 Mencuci Kereta Dengan Selamat..

  12. AfzaiAfandi says on: 18 December 2007 at 4:30 pm

    SOHO ni memang terbukti banyak kelebihannya..tak yh pening2 nak cari lokasi strategik utk bukak opis, tak yah nak pakai pekerja..nak mantainance bulanan pun tak tinggi..

    Many thanks sahabt.. ;)

  13. naem says on: 18 December 2007 at 11:26 pm

    salam bro afzai, waaa..semakin kencang bro sekarang ni. Tahniah! Nak join jugak la contest ni. Kalau menang boleh gak tampung mana-mana kos yang ada.

    Bercakap mengenai SOHO, saya ni kurang layak lagi. Hohoho. Saya belum ada ruang utk SOHO. Small Office Home Office sedangkan saya Small Office Bedroom Office..hehehe.

    naem’s last blog post..Nah,Percuma Squeeze Page Template!

  14. AfzaiAfandi says on: 18 December 2007 at 11:31 pm

    Lama yer ngko tak mai sini ekk.. Salam kembali :)
    Contest masih lagi terbuka, dan naem masih lagi berpeluang memenangi hadiah dari saya.

    Kalau dulu saya pernah menang di contest naem..maybe kali ini tuah naem di sini :)

  15. Afham says on: 21 December 2007 at 4:57 pm

    OIC..SMUK rupenye..

    Afham’s last blog post..Mari menguji mata

  16. kuasadua says on: 23 December 2007 at 1:43 pm

    Tq bg tips yang menarik ni. Saya pun baru nak setup satu ruangan untuk SOHO ni..Memang tgh pikir mcmana nak buat satu ruangan yang selesa dan ada mood yang baik utk buat kerja2 online ni..

    Menarik blog SMUKinta tu..Grafik yang menarik perhatian

    kuasadua’s last blog post..Report Percuma Mengenai Enjian Carian

  17. awqi_zar says on: 1 January 2008 at 7:03 pm

    sebelum nie penah dgr ape tue SOHO tp tak berapa jelaz..trima kasih kerana beri penjelasan ringkas tapi menyeluruh..bak kate naem,sy juz ade Small Office Beedroom Office..Yg pnting,SOHO perlukan ruang kerja yang ‘selesa’ dan dilengkapi kelengkapan yg diperlukan utk melakukan kerja2 kita..

    awqi_zar’s last blog post..Aku,dia dan bersama selamanya the album…

  18. +fnajiha says on: 28 July 2008 at 4:03 pm

    wow!thanks foe the info! me and my husband are doing this kind of business.. alhamdulillah more time for family. flexible jugak. ape2 kecemasan, they can count on us, iAllah.

    more info : http://multimediaconcept.biz/mysoho/index.htm

  19. BuahKranjiDalamPerahu says on: 18 August 2008 at 12:58 pm

    SOHO n DOHO..rumah yang aku nak beli kat selayang pun buat konsep ni..Aku x tau pun apekebende tu SOHO ..aku main beli jek..

    BuahKranjiDalamPerahu’s last blog post..Stupid Japan Jokes..

  20. buahkranjidalamperahu says on: 24 September 2008 at 12:02 am

    Zaman sekarang ni macam macam konsep dan idea orang reka. Mengenai SOHO ni bagus jugak, kalau pakai laptop ada kerja tak siap ke, boleh buat di kedai mamak ke kat kopitiam ker… ala portable la..Kalau macam PC ni kat rumah je la leh. SOHO ni memang terbukti banyak kelebihannya..tak yh pening2 nak cari lokasi strategik utk bukak opis, tak yah nak pakai pekerja..nak mantainance bulanan pun tak tinggi..Save jek..

  21. shahrul nizam says on: 14 October 2008 at 10:34 pm

    waaaaa, sudah ada kemajuan yek. ingat aku lagi tak ? x mai kuarters alam damai jalan-jalan hari raya ? aku pung nak gak belajar bab2 website nih. bute kayu aku pasal ni. rudy, ada masa call le aku 019 2510841. shahrul nizam sk taman maluri.

  22. ashuk says on: 30 October 2008 at 10:16 pm

    SOHO? Eh…. K juge. Thanks friend.

  23. atie says on: 3 January 2010 at 7:38 pm

    Konsep SOHO memang manarik masa kini … krn bole cut budget berbanding kerja di luar sekiranya fokus.

    atie’s last blog post..MAKLUMAT NUTRISI

Trackbacks/Pingbacks

  1. Sori. Aku sibuk.. -- EarnCent.com

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog: Perkongsian Maklumat Pandangan Peribadi, All rights reserved.| Powered by WordPress