Home » Blog, Pertandingan, Semasa

Tuah Anda Mungkin Di sini

Written By: AfzaiAfandi on December 11, 2007 31 Comments

Pembaca yang dihormati

Seperti yang saya maklumkan pada anda semua, pada minggu ini saya ingin maklumkan sesuatu yang istimewa untuk anda. Perkara ini telah lama saya fikirkan dan minggu inilah rasanya waktu yang sesuai untuk saya maklumkannya. Hal ini adalah untuk menghargai anda semua yang selalu mengunjungi blog ini. Tanpa kehadiran anda, blog ini pasti tidak meriah seperti hari ini.

Apa yang istimewa itu?

Baiklah, saya akan “straight to the point”. Saya akan memberi wang percuma dan hadiah percuma kepada anda. Semua ini adalah sebagai penghargaan kepada anda. Tapi….tunggu dulu. Baca sehingga habis, untuk mengetahui caranya.

Bagaimana untuk memperoleh wang percuma dan hadiah percuma ini?

Kata pepatah“Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima”. Jadi untuk menerima anda juga perlu memberi terlebih dahulu kepada saya.

Caranya mudah sahaja dan tidak memerlukan banyak tenaga untuk melakukannya.

1.Pertama sekali apa yang perlu dilakukan adalah mendaftarkan email anda di sini.

2.Ini kerana, hanya yang berdaftar sahaja akan layak dinilai untuk menerima sesuatu yang istimewa itu.

3.Kepada yang telah subscribe RSS Feed, anda tidak perlu membut pendaftaran lagi kerana secara automatik anda layak untuk dinilai sebagai penerima hadiah tersebut.

Syarat-syarat yang perlu diikuti:

1.Terbuka kepada semua pengunjung yang berdaftar sahaja.

2.Bermula hari ini dan berakhir pada 15 Januari 2008. Keputusan akan diumumkan seminggu selepas tarikh tersebut.
3.Selepas anda membuat pendaftaran, anda hanya perlu membuat komen pada setiap post di blog ini.

4. Pemenang akan dinilai berdasarkan komen terbaik. 3 pengkomen terbaik akan diumumkan sebagai pemenang.

5. Satu pendaftaran bertuah pula akan menerima hadiah misteri daripada afzaiafandi.com

6. Keputusan adalah muktamad dan sebarang komen tidak akan dilayan :)

Hadiah2 yang ditawarkan.

1. Hadiah utama akan diberikan kepada 3 pengkomen terbaik yang akan menerima RM30.00 setiap seorang

2. Hadiah misteri pula akan diberikan kepada 1 pengunjung berdaftar yang bertuah yang akan menerima sebotol EPA (Produk Kesihatan untuk Jantung, Minda, Sendi dan Kolesterol)

3. Pengunjung berdaftar yang membuat komen ke-50 pula akan menerima top up prepaid bernilai RM10.00.

Jadi, rebutlah peluang mudah ini. Ingat hanya untuk hari ini sehingga 15 Januari 2008. Sebar-sebarkanlah berita baik ini kepada rakan-rakan anda yang lain.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian. Tuah ayam nampak di kaki, tuah anda mungkin di sini….

Salam hormat,

AfzaiAfandi

Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Artikel Lain yang Menarik

Pelajari Teknik Advance Menjadi:

rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini

31 Responses to “Tuah Anda Mungkin Di sini”

  1. titan says on: 11 December 2007 at 9:07 am

    Aiseh. Setat sama ke? Tak apalah. Aku try ko punye contest gak. Matlamat sama, cara pun lebih kurang sama. Hadiah sangat berbeza. Janji rock. So, ada banyak plak contest hujung tahun nih..hohoho!!

    titan’s last blog post..Top Commentor Contest 2007

  2. zool says on: 11 December 2007 at 1:52 pm

    Wah buat contest ke afzai…
    caiyok2..

    zool’s last blog post..PC Fair Melaka

  3. Maizul says on: 11 December 2007 at 2:03 pm

    Wa ada contest rupanya kat sini. Hadiah menarik aku pun joint. Kene bagi komen pada setiap post ye okeh. Walau pun banyak jugak contest yg aku join untuk komen blog tapi satu pun belum berjaya lagi menang. Insyallah boleh menang kat sini kot.

    Maizul’s last blog post..Direktori Blogger Malaysia

  4. AfzaiAfandi says on: 11 December 2007 at 2:57 pm

    Korang juga berpeluang memenangi lebih daripada satu hadiah…layannn

  5. afham says on: 11 December 2007 at 3:13 pm

    bagus nie..mari kita mencube!!

    afham’s last blog post..Lets taekwando with me

  6. AfzaiAfandi says on: 11 December 2007 at 4:08 pm

    Panjang2kan kepda rakan2 ngko sekali..afham :) Mana tahu tuah anda di sini..hehehe

  7. SyedHafidz says on: 11 December 2007 at 5:04 pm

    wahhh…menarik2x..
    nak join sekaki..
    huhu

    SyedHafidz’s last blog post..Cuti Panjang Yang Pendek…

  8. Aizat says on: 11 December 2007 at 5:55 pm

    hehe.. macam best je peraduan ni. tapi busy sikit lah. takpe aku cuba

  9. awqi_zar says on: 11 December 2007 at 6:20 pm

    wah,bguz nie..teknik menambahkan jumlah subscriber feed yg berkesan..

    awqi_zar’s last blog post..Sebabnya tiada post 7-9 Disember 2007.

  10. titan says on: 11 December 2007 at 9:09 pm

    Ini antara salah satu cara cepat nak dapat subsriber dan traffic. Aku pun suka cara nih. Hehe. Nampak gaya selalu la aku usha sini..

    titan’s last blog post..Top Commentor Contest 2007

  11. AfzaiAfandi says on: 11 December 2007 at 9:42 pm

    Actually perkara contest2 ni, banyak jugak blogger kita yang dah applykan..cuma caranya jer yang pelbagai.

    Apapun..sememangnya kaedah ini mmpu menjana trafik ke blog kita

  12. musnaz says on: 11 December 2007 at 10:26 pm

    oh…. tak de masalah nih! bereh! ho ho :D

  13. megat says on: 12 December 2007 at 1:55 pm

    uiks bestlah dapat duit. nanti aku nk wat cenggini gak boleh tak!? eheh

    megat’s last blog post..Tema Indah WordPress (WP)

  14. AfzaiAfandi says on: 12 December 2007 at 3:07 pm

    Megat…takder salahnya nak wat cenggini pun :)

    Ingat: Buat pendaftaran di RSS Feed dulu untuk join this contest kengkawan

  15. Amir says on: 12 December 2007 at 3:11 pm

    Ho ho..ada contest rupa yer rakan kita nie, teman pun nak join jugak Afzai..satu cara yg bagus..

    Amir’s last blog post..Lega..Nama Domain Berjaya Di Pindah..

  16. Abooain says on: 12 December 2007 at 4:04 pm

    Wah, ada pertandingan nampaknya, Saya nak join le ….mana tau ye tak tuah kita :)

    P.s – saya pun sedang dalam proses untuk buat contest bagi blog baru saya nanti.

  17. SyawaL says on: 12 December 2007 at 5:09 pm

    Hohoho..Nak kena belajar komen pulak lepas ni…

    SyawaL’s last blog post..Jom bagi komen kat mereka…

  18. AfzaiAfandi says on: 12 December 2007 at 5:17 pm

    Amir, Abooain, Syawal…sy mengalu-alukan korang join contest ni. Boleh panjang cerita ni kat blog memasing.

    Masih ada yang belum membuat pendaftaran di RSS Feed. Berbuat demikian untuk nama anda disenaraikan sebagai peserta

  19. titan says on: 12 December 2007 at 8:46 pm

    Aku rasa aku dah daftar RSS feed ko kan? Hehe..tak apa ke aku join sekaki peraduan ko nih. Saje buang masa nih..Hehe :D

    titan’s last blog post..Bagus Sangat Ke Pergi Bengkel atau Seminar?

  20. abdfatah says on: 13 December 2007 at 5:27 pm

    ish ish ish…. nampak gayanya kena dapatkan 3g celcom broadband dengan N73 baru bleh online kat mana2. time rehat lepas kerja bleh online… hahaha…

    takpe tunggu dan lihat aje laa… taknak daftar laa sebab takleh nak komen panjang lebar… boleh buat kunjungan aje … hihii… banyak kerja daaa. sibuk nanti bermula bulan januari 2008 nanti… huhuu… ruginya…

    abdfatah’s last blog post..petronas semakin menggila

  21. azwan says on: 13 December 2007 at 9:58 pm

    wooo! contest! duit! wooo!

    azwan’s last blog post..What’s Up Azwan

  22. kita says on: 14 December 2007 at 4:55 pm

    kalau tak berdaftar tak boleh ler :(

    kita’s last blog post..Jadikan Windows XP Sebagai Mesin Fax

  23. Leeza says on: 14 December 2007 at 5:50 pm

    bestnyer ada contest … bole cuba kan apa salahnya … lagipun inilah caranya menarik traffic yg amat digemari oleh blogger kini …

    Leeza’s last blog post..Regular Health Mistakes

  24. AfzaiAfandi says on: 14 December 2007 at 6:44 pm

    Azwan, kita dan leeza…thanks for coming. daftar jer mana tahu kok salah satuhadiah tu jadu milik korang :)

  25. JimieRay says on: 14 December 2007 at 9:57 pm

    Wahh..ini kira hadiah untuk tahun baru ler ni. Tahniah Afzai! Yang pasti saya terpaksa tunda tarikh cabaran di blog saya pada minggu lepas raya. Nanti bole ler Afzai join sama…

  26. AfzaiAfandi says on: 15 December 2007 at 6:05 am

    Selamat datang Jimie…dan thanks for coming. InsyaALLAH..saya kalau contest2 ni, memang gemar :)

    Jika berkesempatan sampaikan hal ini juga buat rakan2 blogroll Jimie.

    Many thanks.

  27. abdfatah says on: 21 December 2007 at 7:41 am

    nampaknya kena buat komen yang terbaik untuk menang. kalo sekadar ala kadar aje bermakna tak ada kadaran apa-apa laaa. hohohooo…

    abdfatah’s last blog post..petronas semakin menggila

  28. Afham says on: 21 December 2007 at 4:01 pm

    best among the best !! > winner of this commentators

    Afham’s last blog post..Mari menguji mata

  29. ajacx says on: 21 December 2007 at 7:05 pm

    nk join cmne ni?

    ajacx’s last blog post..Medical Assistant Training Schools

  30. awqi_zar says on: 1 January 2008 at 5:47 pm

    wah..baru sempat join..internet ade probs kat u nie..

    awqi_zar’s last blog post..Aku,dia dan bersama selamanya the album…

  31. market-oil.ru says on: 18 October 2008 at 7:35 pm

    ????? ?????????.

Trackbacks/Pingbacks

  1. Jom bagi komen kat mereka… | Blog Syawal dot Net
  2. Catatan Amir Hakimi - Isu Semasa | Perkongsian Maklumat | Perniagaan Internet
  3. Tawaran menarik oleh AfzaiAfandi.Com. | Asblogger.com, your resource blog...
  4. Alhusna Gallery » Blog Archive » PERTANDINGAN DI BLOG AA!
  5. top komentator contest
  6. Blog Keusahawanan dan Catatan Peribadi ModelNiaga Dot Com » Apa sudah jadi kepada Opt-In modelniaga.com
  7. 3 Harapan Yang Tidak Kesampaian.. -- EarnCent.com

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog: Perkongsian Maklumat Pandangan Peribadi, All rights reserved.| Powered by WordPress