Home » Perkongsian Maklumat, Semasa, kisah Teladan

Dadah,Wanita,Cepat Kaya atau Teraniaya

Written By: AfzaiAfandi on December 5, 2007 21 Comments

Para tetamu yang dimuliakan

Tentu korang ada terbaca atau terdengar tentang berita 2 wanita rakyat Malaysia yang ditangkap atas cubaan menyeludup dadah di negara orang. Kedua2nya adalah wanita yang berpendidikan. Awas, dadah tidak pernah mengenal siapa anda? sebaliknya anda yang tahu menilai sejauh mana bahayanya dadah.

Hujan emas di negara orang, lebih baik hujan batu di negara sendiri…

Bagi kes pertama, Raja Munirah Raja Iskandar, telah ditahan kerana cuba membawa masuk 690 gram syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa di Tokyo, tahun lalu. Dalam kes tersebut, sabit kesalahan Raja Munirah boleh dijatuhi hukuman penjara 7 tahun 4 bulan. Semalam, sebuah Mahkamah Tinggi Jepun telah menolak rayuan beliau yang mendakwa dianiaya oleh lelaki Iran, Milad. Ini kerana pihak mahkamah tidak menerima keterangan forensik siber iaitu laporan data khidmat pesanan ringkas.

Bagi kes kedua pula, Umi Azlim Mohamad Lazim, 24, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-undang Jenayah Guangzhou republik itu pada 15 Mei lalu atas kesalahan menyeludup masuk heroin seberat 2,983 gram. Hukuman bagi kes ini adalah lebih berat daripada kes pertama tadi.

Umi Azlim yang baru beberapa bulan bekerja selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Malaysia Sabah dalam jurusan Sains Biologi dilaporkan bekerja dengan sebuah syarikat menjual alat mengurut kaki milik seorang yang hanya dikenali sebagai ‘Datuk Anas’ di ibu negara.

Dadah itu ditemui tersorok dalam baju sejuk di bagasi Umi Azlin sebaik dia tiba di Shantou. menurut berita, dimaklumkan dadah itu untuk diserahkan kepada seorang rakyat Nigeria yang bernama ‘UG’ sebaik tiba di Shantou (China) apabila menerima satu bungkusan di Bangkok (Thailand)…lagi ada kaitan dengan lelaki bangsa asing.

Terkini: Kerajaan Pas Kelantan ingin menanggung semua kos keluarga Umi Azlin ke China bagi membuat rayuan dan membuktikan Umi Azlin adalah teraniaya

Kita yang hanya membaca berita tentang 2 wanita tersebut tidak tahu sejauh mana kebenaran berita tersebut. Apakah benar yang diperkatakan dalam berita, kedua2 wanita ini adalah “mangsa penganiayaan”. Jika benar, maka sudah tentulah keluarganya juga turut merana.

Selain daripada penganiayaan, ingat, jangan sesekali mencuba cara ini untuk bermewah dengan nikmat dunia!! Jangan cuba cara ini, untuk cepat kaya tetapi boleh cuba cara ini untuk langkah menjadi kaya
Apapun, kedua2 kes tersebut berlaku dengan izin ALLAH. Apakah hikmah disebalik kejadian itu dan semua ini hanyalah dugaan ALLAH untuk umatnya.

Jadi, bagaimanakah langkah kita untuk mengelak daripada menjadi mangsa penganiayaan sama ada di dalam negara ataupun di luar negara? Mari kita bincangkan di sini, sebagai menunjukkan tanda korang adalah seorang blogger yang bukan sahaja mengetahui hal2 yg membabitkan wang semata2 tetapi punyai juga sikap keprihatinan terhadap isu2 kemasyarakatan.

Ayuh…..!!

Salam hormat

AfzaiAfandi

P.S. Doakan juga agar rayuan mereka diterima nanti

Artikel Lain yang Menarik

Digg this!Add to del.icio.us!Stumble this!Add to Techorati!Share on Facebook!Seed Newsvine!Reddit!Add to Yahoo!

21 Responses to “Dadah,Wanita,Cepat Kaya atau Teraniaya”

  1. abdfatah says on: 5 December 2007 at 10:38 pm

    oh… inilah dia cinta kasanova dadah. atau friendshipping drugs …

    sebenarnya menda macam nih boleh dielakkan secara totalnya… kenapa mesti berlaku kepada mereka yang punya pendidikan dan menjadi mangsa keadaan pulak.

    nampaknya begitu mudah terpedaya… menda dadah nih kalo ada yang membuat penganiayaan sememangnya kita takkan terlepas … memang sukar nak lepaskan diri…

    kalo kena jel 7 tahun… itu dah kiranya bernasib baik. kalo dah mendapat hukuman mati memang sah takleh nak buat apa-apa dah. hukuman tetap hukuman…

    moga-moga rayuan mendapatkan hukuman lebih ringan sedikit dapat diterima dengan sepenuhnya. sama-samalah kita berdoa dan mengharapkan ia berjalan lancar…

    walau apapun jadikan ia sebagai pengajaran buat semua…

    abdfatah’s last blog post..kepupusan network marketing

  2. titan says on: 5 December 2007 at 11:08 pm

    susah mahu cakap. Tapi beringatla sket. Dadah tu. Bukan dada atau dadih..bukan leh wat main. Tu la. Kawan lagi dengan manusia yg pelik2. Pelik aku, camna leh tak check dulu..

    titan’s last blog post..Santasal Pun Macam IM-Myth Report dan The Death..

  3. AfzaiAfandi says on: 5 December 2007 at 11:13 pm

    Nampaknya macam tu lah Fatah… aku melihat kes kedua tu agar sukar untuk diringankan hukumannya. Jadi apa yang perlu kita lakukan sentiasa berhati2 dengan orang asing kerana musuh sememangnya sntiasa bersedia memerangkap kita yang sentiasa leka.

    awasi beg dan juga pakaian anda selalu jika ke mana2

  4. AfzaiAfandi says on: 5 December 2007 at 11:16 pm

    dada??? macam pernah ku dengar ayatnya tapi di mana ya.. :)

  5. zool says on: 5 December 2007 at 11:24 pm

    Hm.. itu lah kena hati2..
    bagi mereka yang rajin oversea…
    Pastikan beg anda selamat sebelum dicheck….

    zool’s last blog post..Kolestrol

  6. Afham says on: 6 December 2007 at 2:28 pm

    aku tk dapat byangkan kal kena kt aku..
    nayala…………

    Afham’s last blog post..Planning on Sem Break

  7. AfzaiAfandi says on: 6 December 2007 at 6:35 pm

    Afham.., jgn dibayangkan yg tak elok2 ni. Kalau terjadi pada ngko, kecoh lah satu Tambun :)

  8. abdfatah says on: 6 December 2007 at 7:37 pm

    kenapa mereka yang berpendidikan mudah terpedaya begitu aje…?

    abdfatah’s last blog post..kepupusan network marketing

  9. april_rhapsody says on: 6 December 2007 at 7:42 pm

    sebenarnya bukan 2 tapi 3 wanita kita yang di tangkap kerana dadah. Salah seorang, di amerika selatan. Tak tahu apa nasibnya sekarang.
    Kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tolong jadikan ini sebagai teladan dan extra carefull. Even saya sendiri, selalu menerima kiriman orang, tak pernah saya check apa dalam bungkusan. Now, saya kena hati hati and maybe I have to say no.
    Saya yakin, 3 orang gadis di tangkap kerana dadah sebab kes teraniaya.

  10. abdfatah says on: 6 December 2007 at 11:03 pm

    kisah gundah gulana lantaran terperangkap dengan kasanova cinta dadah. mereka dah tentu licik memainkan peranan yang lebih ligat lagi untuk memperdayakan mereka yang termakan pujuk bicara pengedar dadah tersebut. yang terpedaya terus menderita dan yang lepas bebas terus gelak ketawa tak dapat di kesan…

    lepas nih boleh laa menda macam nih dijadikan dokumentari atau dinovelkan atau diblogkan atau difilemkan sebagai pengajaran…

    kalo dah tujuh tahun kena jel pulang nanti atau sekarang pun bolehlah kongsikan pengalaman teraniaya tersebut sebagai pengajaran kepada yang lain… itupun kalo ada yang nak ambil iktibar… kalo masih berdegil lagi nak terperangkap…tak tau nak kata apa…

    nampaknya dadah tidak mengenal mangsa untuk beredar ke luar negara tanpa mengenali pengedarnya yang sebenar.

    sepatutnya pihak yang berkenaan kena cari siapakah dalangnya yang sebenar. adakah beliau berseorangan dalam misi membawa barangan yang dibawa tersebut ke luar untuk diserahkan kepada seseorang… takkanlah mudah2 nak bawa dadah ke luar negara kecuali melalui pos yang dapat dikesan dengan mudah tanpa sebarang tangkapa mana-mana individu… tidakkah ia sesuatu yang pelik untuk difikirkan sebelum menghukum secara terus mereka yang tidak bersalah.

    kalo nak ditengokkan dari segi logiknya… bawak bersama tanpa rasa takut2… tatkala dah kena tangkap baru tersedar ia adalah dadah…

    lepas nih bolehlah kementerian keselamatan ataupun duta malaysia diluar negara buat iklan

    ‘jangan terpedaya dengan helah kasanova cinta dadah…”

    abdfatah’s last blog post..petronas semakin menggila

  11. AfzaiAfandi says on: 6 December 2007 at 11:40 pm

    Saya juga merasakan hal ini ada unsur penganiayaan. Bertambah malang hal ini berlaku dinegara orang yg sama sekali sistem kehakimannya berbeza dengan negara kita.

    Disebalik penganiayaan itu, mungkin ada kaitan dengan cinta kasanova yg diperkatakan oleh Fatah.. bila dah suka, turut apa dikata, tak membantah walau sekata, ikut rasa tanpa usul periksa, akhirnya diri sendiri yg merana dan terseksa..dan jantannya pula giat berusaha mencari siapakah mangsa seterusnya…. :)

    Fatah.. dahsyat juga knowledge ngko pasal cinta kasanova ni ekk..Pernah pegang jawatan tu ker dulu ;)

  12. tinta_kudus says on: 29 December 2007 at 9:09 pm

    Salam..

    Yang peliknya apa dah jadi dengan sistem imigresen Malaysia ni?? Macam mana dadah tu boleh TERLEPAS KELUAR di imigresen Malaysia tapi tak lepas masuk negara-negara terbabit? Kalau di imigresen Malaysia lagi dah dapat detect tak lah terlepas Umi Azlim dan Raja ke sana. Ini satu aspek yg kena kaji juga. Sekurang2nya org2 yg dianiaya tu terselamat la sikit sbb hukuman di negara sendiri…

  13. Jason says on: 17 April 2008 at 1:25 pm

    Good luck to you girls!

    Hopefully these are the best example for all the rest of us.

    Getting rich by drug trafficking is just too stupid!
    By putting in your jackets or Bags? Come on Girls?

    If you jackets or bags are heavier than usual, obviously you will know right? Almost 3 kgs there!

    There is a lot of ways to be rich in this world.
    Please always weight the consequences and profits before you do anything. Even 100 billions are not worth for life!

    May God Bless Both of YOU!

    Malaysia Boleh!

  14. pak long says on: 18 May 2008 at 11:41 pm

    nampak kes ni macam bukan terinaya…kan dia ni yang gatal kerja senang duit banyak…kenapa tak nak kerja kilang kat malaysia yang terang sah jenis kerjanya…
    ni bila dah kena tangkap cakap terinaya…dah tersepit mula la nak mintak simpati…
    masa kerja tak nak tanya masyarakat tentang kerja tu…
    sendiri salah sendiri tanggung la…..

  15. Labu says on: 30 June 2008 at 4:31 pm

    Banyak dah kita dengar berita org yg
    teranaya, cuma kita mesti berhati2 semasa di lapangan
    terbang atau semasa besiar2 di nenaga orang.
    (1) Seorang kawan saya menceritakan kawan nya
    di tahan oleh saorang pegawai polis
    semasa berada di luar negara konon nya
    mengesaki sesuatu dan meminta nya membuka
    bag nya untuk di periksa. Apabila bag
    dibuka malang sekali diberitahu ada dadah
    didalamnya. Pendekan cerita kawannya telah
    di beritahu kalau ingin menyesaikan kes ini
    perlu di beri duit, Beliau kesempitan wang
    tidak dapat memberikan duit sogokan akhirnya
    di penjara dan selepas dibebaskan beliau hilang
    perkerjaannya apabila kembali ke tanah airnya…
    Jadi perlu hati2

  16. Zam says on: 18 July 2008 at 4:51 pm

    Hai! Nasi dah jadi bubur.At least boleh lagi dimakan tapi perkara yang berlaku kepada beberapa rakyat Malaysia kebelakangan ini jangan dipandang ringan kerana melibatkan individu yang pada pandangan saya tidak bersalah atau lebih tepat lagi mangsa keadaan.

    Mereka yang terperangkap didalam jerat yang telah dirancang terlebih dahulu ini kebanyakkan terdiri
    dari golongan cerdik pandai lulusan pusat pengajian tinggi.Mungkin disebabkan oleh faktor desakan hidup dan didorong oleh keinginan serta naluri ingin mengecapi kesenangan hidup dengan jalan pintas.Tanpa berfikir dengan panjang lagi secara sedar atau tidak sedar mereka dengan sendirinya menjerumuskan diri mereka ke lembah kehancuran hidup.Oleh itu,ingatlah semua! terlajak perahu dapat diundur terlajak tindakan buruk padahnya.

  17. labu says on: 1 August 2008 at 5:01 pm

    Apa kah langkah2 yang perlu kita ambil
    supaya penganayaan seperti di atas dapat dielaknan?
    Mari kita sama2 fikirkan cara2 yg boleh kita konsi bersama

    1) Beg pakaian, pasti kan dikunci, dan kalau boleh
    cari jenis yang tiada berpoket, ini kerana sesiapa yang
    ingin menaniaya kita boleh memasukan dadah ke dalam poket
    beg kita,

  18. Firdaus says on: 18 September 2008 at 4:54 am

    Bagi saya baik jangan kutuk doakan mereka kita cuma was was dan berjaga jangan biarkan kita terperangkap dengan duit panas ( duit haram nie) Ingat Allah sebelum berbuat sesuatu

  19. humbleandmodest says on: 7 December 2008 at 12:50 am

    manusia bila dah pk pasal duit sanggup buat apa je tanpa berpk panjang….
    ketamakan mempengaruhi minda…

  20. SUZIE says on: 3 March 2009 at 3:31 pm

    JANGAN SESEKALI MENCUBA DADAH!!!KITA HARUS BERHATI-HATI.DAN JANGAN SALAH GUNA DADAH,KALAU SALAH GUNA PASTI KAMU AKAN TERBANG KE ATAS LANGIT!!!INGAT PESANAN SAYA!!!!

  21. elva says on: 16 August 2009 at 5:55 pm

    saudara,saudari…hal yang sedemikian,kita tidak boleh lah bercakap sedap mulut kite aje..sebab kita sendiri pun tak tau pangkal cerita kisah pun…jgn lah kutuk…kita doa kan lah agar rayuan mereka dapat dterima. kita bercakap memang lah tidak merasa kesakitkan yg mereka alami. cuba bayangkan lah..andai kes2 seperti ini terjadi pada ahli2 keluarga kita..apa kita rasa? tentu kita juga minta doakan agar rayuan dapat diterima..kehilangan orang yg kita syg,kehilangan ahli keluarga bukan lah seperti kita kehilangan baju kesayangan kita yg boleh di cari ganti….saya simpati ke atas keluarga ke2,2 pihak…saya doa kan agar TUHAN lembut kan hati pihak berkuasa. Agar ULIM & RAJA diberi peluang utk kehidupan baru..& saudara,saudari..kita JGN sesekali mempercayai org luar…kdg2 KWN JUGA BOLEH MAKAN KWN DARI BELAKANG… Hati hati lah….

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
CommentLuv Enabled
  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog, All rights reserved.| Powered by WordPress