Penabungan dan Penjimatan
Salam Sejahtera
Sebenarnya, bukan sedikit manusia yang menghadapi masalah kewangan tetapi ramai yang berhadapan dengan krisis kewangan ini. Malah, mengikut laporan yang tersiar pada akhbar, ramai rakyat Malaysia yang belum mencecah usia 30 tahun telah diisytiharkan bangkrup….
Janganlah anda cuba untuk menjadi salah seorang penyumbang kepada statistik bangkrup di negara kita.
Seperti mana yang telah saya janjikan, hari ini saya akan ceritakan ‘Supaya Poket Tidak Kosong’ untuk bab 1 hingga bab 2. Bagi kedua2 bab ini, bolehlah saya simpulkan kandungan isi ceritakan berkisar kepada penabungan dan penjimatan.
Semenjak dahulu lagi wang dan kestabilan ekonomi kita tidak dapat diasingkan lagi. Ramai yang beranggapan 2 perkara itu adalah sama. Tentu sekali ianya adalah perkara yang berbeza. Tidak semestinya individu yang mempunyai pendapatan yang besar mempunyai kewangan yang stabil berbanding individu yang berpendapatan kecil dan begitulah juga sebaliknya.
Dalam kedua2 bab ini, ada menceritakan tentang penjimatan. Mengapa kita perlu berjimat? Ingat….saban tahun kenaikan taraf hidup pasti berlaku dan sudah tentu punca ekeonomi kita akan terganggu. Siapakah kita untuk menidakkan kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak dan pelbagai lagi kenaikan. Jadi, berjimat adalah langkah awal sebagai mengawal ekonomi peribadi kita.

Apa itu Penjimatan?
Agama kita juga menuntut umatnya supaya berjimat dan sesungguhnya membazir itu adalah amalan dan sahabat syaitan. Ingat, penjimatan mudah dibincangkan tetapi sukar untuk dilakukan. Jadi, untuk berjaya melakukan penjimatan perlu dengan pemerhatian dan konsisten.
Dengan langkah berjimat cermat, kita pasti akan dapat mengumpul lebihan wang ini dengan lebih terancang. Dengan terkumpul lebihan wang ini pula, pelbagai perkara dapat dilakukan sama ada bagi penabungan, perbelanjaan keperluan hidup ataupun membayar hutang tertunggak.
Apakah yang boleh kita jimatkan? Semestinya penggunaan elektrik, telefon, internet dan pelbagai cara lagi yang akan diceritakan pada minggu berikutnya.
Apa pula Penabungan?
Korang ingat tak lagi dengan tabung ayam warna merah suatu ketika dahulu..Itulah tabung yang selalu diberi kepada kita semasa kecil dan tersiratnya harapan ibu bapa kita supaya mengamalkan amalan menabung.
Penabungan perlu dibahagikan kepada beberapa bahagian tertentu:
1.Penabungan wang pendidikan
2.Penabungan wang pada waktu kecemasan
3.Penabungan wang untuk hari tua
4.Penabungan jangka masa panjang seperti menunaikan haji, membeli rumah,modal bisnes dll
5.Penabungan jangka masa pendek seperti melancong, beli laptop dll
Namun begitu, mungkin terdapat pelbagai cara untuk anda melakukan penabungan. Yang penting penabungan perlulah bersesuaian dengan matlamat dan rancangan kita.
Jumpa lagi untuk review topik2 seterusnya pada minggu akan datang. Apa kata anda melanggan RSS untuk membolehkan anda tidak terlepas review topik2 yang lebih menarik daripada buku “Supaya Poket Tidak Kosong Lagi” pada minggu akan datang
Salam hormat
Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!
rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini













perancangan awl penting sebelum berbelanja..
gaji masuk awal…jadi perbelanjaan tak stabil terutama time hari raye!!
afham’s last blog post..Simple tips to clear URL blacklisted
salam bro,
menabung bukan sahaja untuk masa hadapan tetai juga untuk masa2 tak terduga..mungkin tiba2 kita diberhentikan kerja atau kita menjadi kurang-upaya atau tiba2 ekonomi negara meleset seperti tahun 1997..jika kita lihat ekonomi negara kapitalis iaitu Amerika,ekonomi mereka semakin menurun..dengan penurunan nilai Dollar dan kenaikan nilai ringgit..bukanlah satu petanda baik walaupun ada kebaikannya..mengikut apa yang saya baca..ekonomi kapitalis pasti akan jatuh..negara2 dunia pertama seperti US atau UK mempunyai kitaran ekonomi sekitar 30tahun sebelum ia jatuh dan naik semula..dan bagi negara dunia ketiga(kalau tak salah saya),negara kecil biasanya seperti Malaysia..tempoh kitaran ekonominya adalah sekitar 10tahun sahaja..ini daripada pembacaan saya..ekonomi Malaysia mengalami kemelesetan kali terakhir pada tahun 1997 dan kini sudah sepuluh tahun berlalu..mungkinkah tahun 2008 sekali lagi negara akan mengalami kemelesetan ekonomi?sejarah telah membuktikan bahawa ia sama-sekali tidak akan pernah untuk gagal berulang..sejarah mungkin berulang seperti tajuk lagu kumpulan New Boyz..apa2pun,sediakan tempat berteduh itu lebih baik daripada menyediakan payung sebelum hujan..jadi,menabunglah sebelum terlambat..pesan ini untuk diri sendiri terutamanya dan kemudian kepada orang lain..wassalam..
p/s:sori broAA,pjg beno komen sy..heee..
awqi_zar’s last blog post..Revealed:Why Big G hate buy/sell text-links and paid posts.
Sebenarnya tak ramai yang suka menabung. BIla takde duit, mulala setat wat pinjaman. Pastu lupa plak bila nak bayou..
merah’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
Bagus info ngko Awqi..panjang dan bermaklumat.
Afham: Perancangan awal memang penting bagi mengelakkan kesesakkan di akhir bulan… sekali sekal terbabas jugak
Merah : memang bukan senang utk amalkan budaya menabung dalam diri kita sendiri, bila ada duit terasa cam berat jer nak gi saving kat bank
terima kasih bro..posr broAA makin lama,makin cantik tertarik menarik memang Da-Boom la..heee..itu yang rse nak contribute by commenting..heee..
awqi_zar’s last blog post..Revealed:Why Big G hate buy/sell text-links and paid posts.
Thanks…
Nantikan pengumuman sesuatu yang menarik untuk anda semua pada minggu depan sebagai menghargai kunjungan dan komen korang
mmm..sy rasekan bro..selain penabungan dan penjimatan..lg satu perkara ialah recycle money..contohnye,wat investment ker..perkara pokoknya ialah,’make money work for us’ not ‘we work for money’..mgkin buku Robert T. Kiyosaki berjudul ‘Rich Dad,Poor Dad’ boleh jadi rujukan..post di blog saudara naem diariadsense.com sedang membincangkan perkara ini..check it out..heee..
awqi_zar’s last blog post..Compact Calendar 2008.
Yer awqi…betul tu, investment adalah salah satu cara untuk money work for us but at this post sy cuma membicarakan tentang perkara asas bagaimana supaya poket tidak kosong lagi. ini kerana, penabungan dan penjimatan bukanlah memerlukan duit lain untuk dilakukan sebaliknya hanya menggunakan duit daripada pendapatan bulanan.dan semua orang pasti boleh lakukan jika ada kesungguhan dan ketetapan keazaman.
Apabila sudah punyai tabungan atau simpanan..barulah boleh dibicarakan tentang pelaburan kerana pelaburan tidak menggalakkan pendapatan bulanan sebagai taruhan sebaliknya wang tabungan adalah taruhan terbijak.
ooit..terpanjanglah pulak. Bagus adikku ni, banyak membaca ekk
yang banyaknya menabung lepas tu hambik semula. lepas tabung semula dan kemudian hambik semula… lepas tu mengeluh tak ada duit… wuahahaha… terutamanya tengah bulan….
untung jugak kalo dapat keuntungan dari affiliate dan dapat bayaran tengah bulan… hihii
abdfatah’s last blog post..petronas semakin menggila