Just Forward Only,Try Ur Luck Here…
Salam hormat pembaca budiman
Sekadar topik santai untuk hari ini. Amacam kawan-kawan? Teruja ke dengan tawaran tu.. atau korang dah tahu dengan ‘trick’ ayat tersebut. Mungkin korang juga sama seperti aku. Menjadi mangsa “spam”. Boleh dikatakan setiap hari, aku menerima tajuk email dengan menggunakan ayat tersebut.
Just forward this email, within 2 weeks Microsoft will contact u for ur adrress and send u a cheque..
Microsoft will pay u $245 each person u forward to..
Every person u forward it to that forward this email, Microsoft will pay $243..
Every third party which recieve it, u will be paid $241.. and so on
As long it is HALAL no harm trying..
Daripada isi email itu, yang peliknya ada kaitan dengan Bill Gates pengasas Microsoft. Siapakah yang punya angkara mencipta email sebegini..dan yang peliknya lagi ramai juga yang percaya dengan isi email sebegini.
Pada aku, lebih mudah create sendiri email banyak2 kemudian forwardkan. kalau dapat create 100 email…bermakna $24,5000 akan Microsoft akan bayar. Fuyohh, banyak tu dan berhati mulianya si Bill Gates ini. Sanggup menyerahkan duitnya begitu sahaja semata2 dengan yang hanya menghantar email. kalau semua rakyat Malaysia lakukan, perghhhh….boleh jatuh bangkrup Si Bill Gates ni.
Itu kata aku…tetapi tidak kepada testimoni2 yang terdapat dalam email SPAM tersebut.
Ya its true..
They had already deposited in my bank a/c..
kite try, test, tengok….. X rugi pun….
tu la masalah dia sekarang nie wan, aku baru je balik dari bank in cheque USD13k++ dlm FCY a/c kat bawah tadi. Ade 3 day float…… aku yg jadi confuse…biar betul beb duit nie…..
kita tunggu dulu, kalu clear duit tu, aku habaq kat smua nooo…..
Nie betullah 4 tahun lalu aku dapat email nie..aku forward lah..masa tu masih bute IT lagi kan , so percayalah..tup tap tup tap..6 bulan kemudian aku dapat email memohon alamat aku..terkezut aku biler 2 minggu kemudian aku dapat cek bernilai $16, 456.32..giler babi nye seronok dalam US Dollar..biler aku covert, masa tu 3.8juta kirelah..
Nama testimoni di atas tidap dapat aku sertakan demi menjaga privasi mereka. Persoalannya sekarang, mengapa masih ada insan yang mempercayai dengan perkara2 sebegini? Daripada korang melakuakn SPAM yang menyakiti hati orang lain, adalah lebih baik korang baca rahsia ini.
Bagaimana pula dengan korang.? ingin try ur luck here
atau korang telah dapat habuan daripada Bill Gates
Atau korang juga salah seorang mangsa SPAM
Salam hormat.
AfzaiAfandi
Nota tapak tangan: nantikan review “Supaya Poket Tidak Kosong Lagi” pada selasa ini.
Just forward this email, within 2 weeks Microsoft will contact u for ur adrress and send u a cheque..













Itu la AA, kerja sampingan aku ialah men’delete’ email-email SPAM seperti ini setiap hari. Mereka ini memang menyusahkan betul la….sekarang ni tak pasal-pasal ada kerja lak aku.
salam broAA
mmm,mmg teruja kalau tengok..haha..tapi pejam mata sajalah sebab itu SPAM..dalam outbox,penuh SPAM..tapi sekarang SPAM bukan untuk benda yang mengarut2 macam itu bro..kadang2 SPAM untuk program affiliate pun berlambak dalam outbox itu..sejak akhir-akhir ini,outbox penuh dengan progran affiliate Viral Url..mereka menggunakan Akta Spam untuk menhalalkan kerja dieorg..tiap2 hari ada lebih 40spam tentang Viral Url..geram pun ada..kalau nak buat pemasaran pun beretikalah..macam mana dierong dapat e-mail tak tahulah..saya ada baca satu post tentang aduan seseorang tentang spam dalam Social Network..jika dahulu,kita join friendster/facebook/myspaca untuk mencari kawan..jika dahulu kita dapat e-mail daripada Social Network daripada seseorang untuk ADD kita sebagai kawan..tapi sekarang penuh dalam peti inbox e-mail yang bukan nak ADD kita sebagai kawan tapi banyak yang mengajak join benda itu,benda ini..kalau hari2 penuh e-mail macam itu,bengang pun ada..itu kita nak panggil spam atau teknik pemasaran?saya pun tak tahulah,mungkin teknik pemasaran bagi sesetangah orang..mungkin broAA boleh baca lebih lanjut tentang post itu di laman web kegemaran saya, http://mashable.com/2007/11/08/facebook-bacn-and-spam/ ..maaf;ah bro,panjang sangat komen saya..hihi..wassalam..
haha..kire ok la 2
aku tiap2 ari menang loteri…juta-juta plak tuh
kalau hitung2 aku rasa dah lebih dari multimillionaire dah aku nih..
hahahaha…
bodo punye spammer..haha
kalau forward email tu bukan dapat duit free tapi kena bagi duit free kat diorang sebab kita kena tipu.huhu.tak nak la.
Kalau saya,email camni delete jer..
aku dah fwd dari tahun lepas lagi..satu sen pun tak dapat
leh caya ke ni..
pasti tak!!
Lawak pulak bila baca benda-benda macam ni. Dahla nombor akaun apa pun tak mintak, tetiba nak bagi duit. Tak ke pelik? Kat office saya banayk kali gak la dapat. Semua macam dah excited. Bila bagitau yang tu SPAM, ada gak yang tak puas hati. Kata dengkila, apala. Lantak korang la…
Memang SPAM ni menyusahkan kita.
biasala tu. SPAM kat email aku hari-hari. Wat sakit kepala je..
merah’s last blog post..My best journey at Kinabalu Mount!
hahaa… bleh buat link tambahan nih…
kalo gitu laa saya pun nak try forward untuk diri sendiri. lagi banyak saya forward untuk email saya dan blog saya sendiri dah tentu lagi banyak ribu2 yang saya dapat. … itulah cara yang paling mudah.
dah kalo forward aje buat apa backword laa kena buat… huhuu… pakcik kayo laa lepas nih jadi jutawan segera…! nak hambik for-in-ward nih…
abdfatah’s last blog post..petronas semakin menggila