Apa Cerita Mahu Diceritakan
Pembaca yang dihormati
Dalam minggu ini, banyak juga isu2 gempak yang berlaku kat negara kita. Belum reda dengan isu Perhimpunan Haram, datang pulak Perhimpunan Hindraf. Disebabkan isu ini blog aku mendapat rating tertinggi untuk carian “perhimpunan haram” pada enjin carian yahoo. Mungkin ini juga antara penyebab bandwidth limit tempoh hari.
Untuk kali ini aku tidak hendak bercerita tentang Perhimpunan Hindraf tu, sebaliknya aku akan panjangkan post aku kali ini dengan aktiviti aku hujung minggu baru2 ini. Hampir 2 bulan, aku tak ke Popular Book… jadi kesempatan yang ada aku ajaklah ‘mem’ aku sekali. Langkah kanan kali ini, kerana Popular Book ada menawarkan diskaun untuk ahli dan bukan ahli. Selain daripada membeli buku2 latihan untuk anak2 aku, aku sempat memilih satu buku untuk santapan minda aku. Buku yang berjudul “$upaya Poket Tidak Kosong Lagi” ini, memberi banyak tips berguna untuk kita mengemudi pendapatan kita dengan belanja hangus kita dan juga kehidupan seharian kita.
Apabila dah baca buku ini, walaupun baru bab 2 aku selesai membacanya….rasanya banyak jugak kesilapan yang aku buat
InsyaALLAH, nanti apabila aku dah selesai membaca keseluruhan isi kandungan buku ini..aku akan buat review topik by topik kat blog aku ini.
Apa cerita lagi yang mahu diceritakan!!
Terbaru, sahabat cyber aku Abooain atau Otai Web Tools Malaya telah memperkenalkan produk terbarunya 30 Hot MiniSite Niche Template dan juga Quick Web Creations
Sesungguhnya, produk2 keluaran beliau tidak pernah menghampakan pelanggan baik dari sudut harganya mahupun kualiti produknya.
Cerita terakhir aku kat sini adalah berkenaan dengan Program Payloadz. Secara umumnya, program ini membenarkan ahli menjual perisian dan juga produk elektronik secara percuma . Setelah anda mengupload, anda akan diberi kod HTML dan paparkan kod tersebut pada laman wen atau blog anda. Apabila berlaku pembelian melalui link daripada akaun kita, maka pihak Payloadz Inc akan membuat pembayaran terus kepada akaun paypal kita.
Untuk setiap sign up ahli baru di bawah affiliate kita pula, Payloadz juga akan membuat pembayaran terus ke akauan paypal kita. Payloadz akan membayar sebanyak $0.40 atas setiap keahlian.

Sekiranya korang baik hati untuk memberikan aku $0.40, bolehlah membuat pendaftaran sebagai ahli payloadz dengan basic akaun..Terima kasih pada yang sudi mendaftar
Ada maklumat yang baik untuk dikongsi ataupun korang ada respon tentang post aku ini, bolehlah kita hangatkan di sini.
Salam Hormat
AfzaiAfandi
Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!
rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini












tak sabar nak tunggu review yang dimaksudkan. sebagai ‘orang baru’, peluang seperti ini perlu aku ‘grab’.
cepat lah habiskan baca buku tu bro! he he
InsyaALLAH, minggu depan aku akan buat review untuk 3 topik pertama dahulu..
ini komen saya yang pertama kot.. salam perkenalan afzai…
Niat awal saya buat trackback kat blog noorizam adalah untk melihat samada sudi ke tidak meninggalkan komen kat blog sy….almaklumlah noorizam ni dah kira salah seorang blogger popular
Alhamdulillah…berjaya
Salam perkenalan juga, Janganlah serik ke sini lagi ekk
eii, macam best jer payloadz tu..camner leh bikin duit tu? Daftar dia free ke berbayar?
Macam menarik je buku tu…. mesti tengah asyik membaca… dah habis baca nanti leh buat ulasan sikit … boleh la kita orang gi beli.
Program payloadz macam menarik je.
hahaa… ada jumpa buku tu di toko buku muda osmang. tak terbeli cuma tengok aje dulu… mungkin lepas dapat gaji nanti akan saya dapatkannya satu bijik… cuma sekarang ni nak selamatkan duit satu per sepuluh dari rm seringgit yang ada… hahahahaa…
dapat rm500. kena simpan rm100. rm400 lagi boleh belanja apa yang kita nak… hihiii…
Program Payloadz tu ada yang free dan berbayar….Yang bestnya kita boleh upload program kita kat situ dan iklan kita akan tertera. So kalau ada ebook boleh promosi percuma kat situ
InsyaALLAH Isnin nanti saya akan buat sedikit review ttg buku tu bagi topik2 awal.
Bagus tu fatah..untuk ilmu kita tak perlu lokek. Amalkan selalu kalau 10 bulan duk ada 1k dalam akauan kan
Terima kasih. Sudi juga datang blog saya yang tak seberapa tu. Baru je start blogging. Sebelum ni guna blogspot je.
Boleh juga sign up payloadz tu..
Terima kasih juga daripada saya. Tahniah juga atas domain sendiri
Semalam dapat lg 2 refferal under program payloadz
nampaknya nak kena daftar juga payload to… takpe laaa kena tunggu pemindahan server baru best dengan hosting yang lebih besar dan bandwith yang lebih banyak…
ataupun tumpang server lain seketika dengan blog percuma… hahah…
Fatah..nape ngko punya blog tu suspended ekk?? Payloadz tu dah sekarang pun orait jugak
Lantak diorang la hindraf tu. Tak suka gi balik India..Aku pun dapat gak duit layan payloadz. hoho..:D
titan’s last blog post..Nak dapat Duit MACAM IM-Myth Lagi? The Death..