SmartKlamp dan Cuti Sekolah
Pembaca dan tetamu budiman
Sekarang bermulalah musim cuti sekolah. Jadi, musim ini kanak2lah yang paling gembira selain daripada para guru. Kebiasaannya, pada musim cuti sekolah ini banyak agenda akan dirancang terutamanya oleh mereka yang telah berkeluarga. Pada musim ini juga, ramai pasangan yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis perkahwinan.
Bagi aku pula, perancangan pertama adalah untuk mengadakan majlis berkhatan anak kedua aku “Muhammad Aliff Haiqal” yang berumur 9 tahun. InsyaALLAH, majlis berkhatan itu akan diadakan pada hari Sabtu ini 24 November 2007.
Kesempatan aku bercerita tentang berkhatan ni , sebenarnya aku ingin berkongsi sedikit informasi tentang cara terkini untuk berkhatan. Kalau dahulu, caranya mungkin agak menyeramkan di mana kanak2 duduk di atas batang pisang dan Tok Mudim pula tersenyum
sambil mengasah2 pisaunya. Kemudian, apabila dunia semakin moden, maka cara berkhatan pun bertambah moden termasuk menggunakan laser.
Di sini aku ingin memperkenalkan satu kaedah baru dalam berkhatan. Kaedah berkhatan ini menggunakan sejenis alat yang dipanggil SmartKlamp.
Apa itu SmartKlamp?
* Alat berkhatan bagi lelaki
* Alat pakai buang yang canggih
* Kecil dan amat ringan
* Dibuat daripada Tiub/Corong plastik lutsinar dari bahan polycarbonate dan Mekanisma Kekunci plastik atau ‘klamp’ dari bahan nylon
Kelebihan Smartklamp
* Memberi perlindungan sepenuhnya kepada penis semasa prosidur berkhatan dilakukan.
* Memberikan keputusan kosmetik yang dapat dijangkakan.
* Prosidur berkhatan dapat dilakukan tanpa atau sedikit pendarahan sahaja.
* Prosidur ini juga dapat secara langsung membantu mengelakkan jangkitan yang bahaya seperti AIDS atau Hepatitis.
* Memberi perlindungan sepenuhnya kepada penis semasa proses berkhatan.
* Tiada pendarahan, jadi mengurangkan risiko penyebaran dan pemindahan Hepatitis atau HIV.
* Proses berkhatan dapat dilakukan dengan mudah.
Smartklamp dan aku tiada apa2 hubungan perniagaan. Sekadar berkongsi maklumat dengan anda semua. Aku tidak dibayar untuk menyampaikan maklumat ini, cuma menyampaikan apa yang aku rasakan baik untuk kita semua.
Teruskan membaca maklumat yang lebih lanjut tentang SmartKlamp. Jangan lupa untuk kongsikan pengalaman korang sewaktu berkhatan dahulu. Mesti menarik pengalaman korang ekk
Nota Kaki: Tahniah buat Syawal kerana telah memiliki Syawal dot Net , dan tahniah juga buat adik perempuan aku yang telah memulakan perniagaan restorannya di Balok Makmur berhadapan dengan Petronas.
Salam Hormat
AfzaiAfandi














fuh, sekarang dah makin mudah berkhatan. Zaman aku dulu, punyala takut,hehe
Tu la… kata doktor lagi, lepas jer potong terus boleh pakai seluar
aku bersunat thn 1985, seminggu sebelum bersunat, ada keluar dlm paper pasal anu sorang budak hampir putus masa bersunat…alahai seramnye aku time tu…
aku bersunat ramai2 kat sekolah…punyala ramai org sekeliling termasuk awek2 skodeng celah tingkap bilik darjah…tu yg terpaksa kontrol macho tu
wlpun dah ada teknologi moden mcm smart klamp ni, tapi majlis berkhatan biarlah dibuat secara tradisi; diusung keliling kg dgn paluan kompang, kalau ada sungai rendam la dulu …bla bla…barulah seronok.
Yesss, sekali-sekala berpeganglah pada adat..
Emph, dah mudah dah sekarang ni…. nak bersunat pun dah ada alat yang canggih, kurang la sikit kegerunan tu
Aku ingatkan Smart Camp (aku baca di RSS aku) rupa-rupanya Smart Klamp
salam BroAA,
heee..sihat ka?sy generasi terakhit kot sunat pakai tok mudim..haha..tue pun tok mudim moden,pakai ubat bius..tp die balut luka dengan kaen..perit btol..haha..tue la pengalaman..adik2 sy,smer senang2..kejap jek..budak2 sekarang la katakan..heee..
SmartCamp…demo baca tak pakai spek kot!!
Awqi.. dah cuti ker belum ?
salam broAA,
huhu..hari nie,jam830 pagi..paper akhir..pas2 dh boleh cuti dh..ngeee..tp kali ini,xblik la kot..msuk makmal utk tesis..kalau blik pun,blik kjap jek..nape broAA,nk wat perjumpaan blogger Perak ker?boleh2..heee..
Persoalan tu bagus jugak
dan memang ada dalam perancangan. kalau support bagus anytime boleh on jer..
Yang ni, cadangnya nak jemput ke rumah Sabtu petang, ada buat doa selamat sempena berkhatan anak bujang teman. kalau boleh datang sms teman kat 019.406.0770
blogger perak yg lain teman dah jemput, cuma mike jer belum pasal tak tahu phone num.
heee..kalo jadi AJK boleh nie..heee..ble tlg carikkan blogger Perak..heee..
mmm,maaflah broAA..xdpt nk dtang rsenye..ape2pun, trma ksih byk2 yek sbab sudi m’jeput..krim slam kat bdak bujang tue..hihi..xskit nyer la..haha..
Assalamualaikum,
Thank bro
aku dulu sunat masa umo 12thn.yg klkar tu sepupu aku nye dah kuar bulu .. malusiottt
tp aku tgk benda ni dah mcm lain lak dlm pikiran aku..dah mcm rupa benda lg satu tu..hahhaa..nasib baik penggunaan dia lain..hohhoo
p/s – aku ingtkan post ni psl gi kem mcm anak omputih tu pg je td..haha..rupa2nya psl sunat!!cis!!hi hi hi
farahaznil’s last blog post..Malunya aku kalau……
menda nih boleh buat duit jugak nih. buat duit dengan alatan berkhatan… cara bijak untuk berkhatan masa kini… hahahaa… mudah alih jadinya. boleh berkhatan di mana juaaa…
boleh berkhatan di mana juaaa fatah??…ekekekeke..mn boleh dow
farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!