Pemaaf bukan Pendendam
Assalamualaikum pembaca budiman

Terlebih dahulu aku nak ucapkan setinggi tahniah kepada pelajar2 yang memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR yang baru diumumkan semalam. Selain daripada cikgu2 dan pihak sekolah yang berasa bangga sudah tentu ibu dan ayah merekalah insan yang paling gembira dan bersyukur dengan kejayaan itu. Aku sendiri juga bangga kerana negeri kelahiran aku Terengganu berjaya mengekalkan kegemilangan peratusan tertinggi peringkat kebangsaan selama 7 tahun berturut2. Satu kejayaan yang luar biasa hebat. Tahniah! Tahniah!
Pemaaf bukan pendendam
Mengapa? Sedangkan orang itu banyak berbuat salah kepada kita? mengapa perlu dimaafkannya.
Kalau kesalahan lain, aku boleh maafkan. Tapi yang ini dah melampau.Tak boleh! Tak boleh!
Apa yang perlu kita ketahui dan perlu sedar dengan kewarasan minda kita adalah ALLAH maha pengampun. Allah mengampun tanpa mengira sebesar mana dosa makhluk kepada-NYA dan juga tanpa mengira sejahat mana orangnya selagi mana makhluknya mengakui akan kebesaran ALLAH dan sentiasa menginsafi akan kesalahannya.
Tetapi, mengapa kita yang hanya bergelar manusia kerdil tidak mampu untuk berbuat demikian. Hanya kesalahan ‘kecil-kecil’ sahaja yang mampu kita maafkan. Jika kesalahan yang ‘besar-besar’ amat berat untuk kita maafkan termasuklah saya sendiri.
Berdendam pula bukanlah satu sikap yang baik untuk kita praktikkan dalam kehidupan kita. Berdendam akan menjadikan jiwa dan hati kita sentiasa tidak tenang apabila bersua muka dengan orang yang kita dendam. dari situ, pelbagai gerak badan akan wujud. Mungkin kita akan tunduk kerana tidak ingin melihat wajahnya. Mungkin juga kita akan berdiam diri kerana tidak ingn bercakap dengannya dan mungkin juga kita akan mengelak daripada berjumpa dengannya.
Jadi, bersikaplah pemaaf. Jangan takut dan buangkan sikap ego kita. Kita perlu bangga dan tidak perlu takut orang mengata… jika apa yang kita lakukan itu selari dengan kehendak ALLAH.
Ingat dan yakinlah…setiap perkataan yang terkeluar atau terucap oleh lidah kita akan diperhitungkan di Padang Mahsyar kelak.
Pengalaman anda dan pandangan anda, bagaimana??
Salam Hormat
AfzaiAfandi
Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!
rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini












Salam,
Sangat bersetuju dengan anda wahai AA. Bertepatan dengan firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Baqarah 237 yang bermaksud :
“Dan jika sekiranya kamu memaafkan, itu adalah lebih mendekati ketakwaan.”
dan selari dengan Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Merendahkan diri itu tidak menambahkan seseorang itu melainkan ketinggian darjatnya, maka merendah dirilah kamu semua, Allah pasti akan mengangkat darjat kamu. Memaafkankan itu tidak menambahkan seseorang melainkan kemuliaan, maka berilah kemaafan, pasti Allah akan memuliakan kamu semua. dan bersedekah itu tidak menambahkan seseorang itu melainkan semakin banyak, maka bersedekahlah, Allah pasti memberikan kerahmatan pada kamu semua.
Terima Kasih
saya setuju sangat dengan topik kali ni. Pendapat Abooain pun sangat2 betul. Rasulullah sendiri terkenal dengan sifat pemaaf yang tinggi. Sehinggakan lawan yang mula2 menentang ajaran baginda akhirnya menjadi pengikutnya…
Sama2lah kita mengamalkan sikap yg baik sangat dituntut ini.
Zuhairy: gaya bahasa cam tokoh ustaz jer
topik menarik seperti tertariknya aku setelah membaca ‘ayat-ayat cinta’. percaya atau tidak, sebenarnya kita sudah jauh lari ajaran silam yang sebenar!?
kdg2 tu da jadi habit masyarakat untuk berdendam…
mulut kata maaf hati kata sebaliknya…
humbleandmodest’s last blog post..Tajuk: 2 Jam
hahhaa..aku br je tgk cerita sedih td..tatapan ilahi ke apa tah tajuk dia..huhhuu..sedangkan allah boleh maafkan hambanya..inikan kita pula sbgi manusia biasa..huhhuu..aku bab2 maaf org ni..payah nak ckp sikit..haizzz..kena berubah ni..hahhaa
farahaznil’s last blog post..Contest 4 : Buat duit dgn join Contest di Blog Uncle Afzai Afandi..
hahaha…
kesimpulannya..
ko memang pendendam…
hohohoh~
mana ada..simpan dlm hati je dowh..huhhu
farahaznil’s last blog post..Contest 4 : Buat duit dgn join Contest di Blog Uncle Afzai Afandi..
sebab ko simpan dalam hati la ko jadi pendendam..
haha!
hahhaa..simpanje dowh..biar kasi terbuku sikit..huhhuu
farahaznil’s last blog post..Contest 4 : Buat duit dgn join Contest di Blog Uncle Afzai Afandi..
tak elok cam tu..
haha…
sekali terkeluar..
abes org sekitar ko…
hohhoo..
penah dowh skali aku mengamuk..
nmpk je pendiam kat skolah..
penah skali..aku tnya lain dia bebel lain..
amik ko..hati dah terkeluar..hehehehe
hangin puting beliung suda mari..ekekeke
suma diam..hohhoo
farahaznil’s last blog post..Contest 4 : Buat duit dgn join Contest di Blog Uncle Afzai Afandi..
bukankah ia kurang elok?
mengakibatkan pelbagai masalah…
hahah…
sesi kaunseling…
xpayah..hu hu hu…apa kaunseling2..
dah abis skolah suda..hehe
farahaznil’s last blog post..Contest 4 : Buat duit dgn join Contest di Blog Uncle Afzai Afandi..
kalau ditakdirkan ko sambung blajar lagi…
ko akan tahu segalanya…
sekolah bukan penamat…
hohhoo…bunyi mcm seram je..hahaa..
farahaznil’s last blog post..Contest 4 : Buat duit dgn join Contest di Blog Uncle Afzai Afandi..
agak menyeramkan gak la…
heheh…
aiyooo..!!