Home » Petikan Akhbar, Semasa

Perhimpunan BERSIH Perhimpunan HARAM

Written By: AfzaiAfandi on November 11, 2007 27 Comments

Pengunjung yang dihormati

Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih buat AmirHakimi & Famili atas layanan baik sepanjang menerima kunjungan balas aku ke rumahnya,lewat petang semalam. Post untuk hari ini sememangnya aku dah rancang sebelum ke rumahnya. Ini kerana, isu yang ketengahkan ini adalah isu paling sensasi untuk minggu ini. Isu yang berkaitan dengan politik negara dan disamping itu aku ingin menarik traffik ke laman aku ini :)

Isu tentang perhimpunan rakyat yang diadakan pada 10 November 2007 bermula jam 3:00 petang. Di sini aku paparkan 2 berita daripada akhbar utama negara kita iaitu Berita Harian dan Harakah

Lebih 100,000 sertai himpunan, 30 ditahan
Wan Nordin Wan Yaacob
Sat | Nov 10, 07 | 5:32:45 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) – Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar memaklumkan BERSIH berjaya mengumpul lebih 100,000 peserta dalam perhimpunan aman yang bermula sejak jam 2.00 petang tadi di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, khususnya di kawasan Istana Negara walaupun terpaksa mengharungi pelbagai sekatan polis.


Beliau yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi berkata, PAS dan pakatan dalam Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berjaya mengawal perhimpunan dan membuktikan tiada unsur ganas atau sebagainya seperti yang diuar-uarkan Umno-BN sebelum ini.

Bangga dengan sikap yang ditunjukkan peserta perhimpunan, beliau menyifatkan ia cukup berjaya menyampaikan mesej kepada kerajaan bahawa rakyat menuntut pilihan raya yang bersih dan adil……baca berita penuh

Peserta perhimpunan haram agresif
Oleh Ifwan Tun Tuah

KUALA LUMPUR: Polis terpaksa menggunakan semburan air serta gas pemedih mata bagi menyuraikan peserta perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang bertindak agresif di ibu negara semalam.

Tindakan itu terpaksa diambil kira-kira jam 2.30 petang selepas arahan bersurai tidak diendahkan, sebaliknya peserta perhimpunan yang sebelum itu berkumpul di Masjid Jamek, Kompleks Beli-Belah Sogo dan Masjid Negara mula menolak anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) yang menyekat laluan ke Dataran Merdeka.

Perhimpunan terbabit diharamkan selepas polis menolak permohonan permit oleh penganjurnya, kerana faktor keselamatan dan ketenteraman awam di ibu negara.

Polis juga mengadakan sekatan jalan raya di pelbagai lokasi untuk memeriksa kenderaan yang masuk ke pusat bandar dan keadaan sesak di beberapa jalan utama.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis membebaskan 245 orang yang ditahan kerana menyertai perhimpunan haram di sekitar pusat bandar semalam selepas keterangan mereka diambil.

Mengikut anggaran polis, katanya sekitar 4,000 orang berhimpun secara haram di sekitar pekarangan Dataran Merdeka sehingga ke Masjid Jamek dan polis berjaya meleraikan mereka dengan menggunakan gas pemedih mata dan penyembur air….berita penuh

Apa pula pandangan ini tentang perhimpunan ini? Lontarkan pendapat anda sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara. Adakah ianya BERSIH atau HARAM pada penilaian mata hati anda???

Nota kaki: Lihat dunia dari mata burung bukannya dari dalam tempurung.

Salam Hormat

AfzaiAfandi

Artikel Lain yang Menarik

Digg this!Add to del.icio.us!Stumble this!Add to Techorati!Share on Facebook!Seed Newsvine!Reddit!Add to Yahoo!

27 Responses to “Perhimpunan BERSIH Perhimpunan HARAM”

  1. Abooain says on: 11 November 2007 at 7:02 am

    Satu tektik yang sama digunakan dinegara-negara Islam Timur Tengah samada rejim Mubarak dari Mesir, Rejim Butoflika dari Algeria, Rejim Asad dari Syria, Rejim Saddam di Iraq, Rejim Gaddafi di Libya dan yang paling femos ialah TURKI dsbnya, mereka ini menggunakan tektik dan teknik yang sama bagi menghadapi kebangkitan Parti Islam di negara-negara mereka sehinggakan parti-parti islam dilabelkan sbg pencetus keganasan sedangkan parti-parti liberal / sekular didakwa membawa keamanan.

    Masalahnya orang pertama yang mengiyakan fakta-fakta sebegini ialah orang Islam itu sendiri tanpa menyelidiki terlebih dahulu khabar dan fakta tersebut……

  2. AfzaiAfandi says on: 11 November 2007 at 10:26 am

    Pada aku sendiri, BERSIH menjadi HARAM pada undang2 dunia sahaja. Yang lebih mngetahui dan pernilaian terbaik adalah daripada ALLAH yang maha besar.

    Lebih malang, Banyak perkara yang HARAM menjadi BERSIH pada undang2 dunia.

  3. Abooain says on: 11 November 2007 at 6:32 pm

    Betul AA, dunia dah berada di akhir zaman ……!

  4. Amir says on: 11 November 2007 at 10:10 pm

    hehe..sama2 Afzai, wah cerita pasal politik nie..betul kata abooain tu..

  5. SyawaL says on: 12 November 2007 at 9:47 am

    Assalamualaikum wbt

    Semalam tertengok 3R kat TV3…
    Mempromosikan sistem in islam…

  6. AfzaiAfandi says on: 12 November 2007 at 1:41 pm

    Syawal : Aapa maksud yang mempromosikan sistem in islam?? kurang ngerti :)

  7. SyawaL says on: 12 November 2007 at 2:57 pm

    sister in islam daaa…mcmana boleh tersilap…

  8. SyawaL says on: 12 November 2007 at 3:18 pm

    Apa yg ada dlm 3R smlm berkaitan kawin paksa kot…
    Tak tengok pun, tapi terpampang banner ttg Sisters in Islam dan rujukan melalui web SIS ni…

    SIS ni kan ke anak didik aminah wadud jugak kan?

  9. AfzaiAfandi says on: 12 November 2007 at 4:46 pm

    ooooo sister in Islam. Islam yang di bawa oleh Rasulullah tu tak cukup lengkap lagi ker??

  10. SyawaL says on: 12 November 2007 at 5:50 pm

    Assalamualaikum wbt

    Baru je byr utk syawal.net.Nanti nak kena sembang lagi la utk buat blog..

  11. AfzaiAfandi says on: 12 November 2007 at 9:53 pm

    Tahniah!Tahniah!…dah ada hosting ngan domain sendiri :) Hello jer, takder masalahnya

  12. soulof99 says on: 16 November 2007 at 3:57 am

    Saya tak dapat pergi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Rasa rugi gak hehe…

    Memanglah jadi haram @ illegal sebab tak bagi permit. Kalau bagi permit barulah dikatakan halal @ legal. Sbnarnya takde beza pun kalau pihak polis beri permit atau tidak. Contoh terbaik spt program2 anjuran Pas. Sdah brp byk ceramah & rapat umum terutama yg dianjurkan Pas, oke je tanpa apa2 kekecohan. Kekecohan berlaku bila event tu diganggu oleh pihak berkuasa. samada dari luar atau dalam.

    Kelakah tgk Zainudim maidin jawab temuramah Al-jazeera. Kenyataannya dlm satu temuramah pun saling contradict, ada hati nak tipu rakyat ttg kejadian sebenarnya.. Kesian sungguh…

  13. zuhairy says on: 17 November 2007 at 3:23 am

    saya setuju dengan pendapat kalian.Seharusnya perhimpunan ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya kerajaan menunaikan beberapa permintaan yang sepatutnya dilakukan. Pada saya, permintaan mereka adala relevan dengan prinsip2 yang ditekankan dalam demokrasi. Contohnya askes kepada media. Media yang ada sekarang lebih cenderung kepada parti yang memerintah sahaja.

    Konsep pilihanraya ialah rakyat sebagai hakim untuk membuat keputusan (memangkah). So, sebagai ‘hakim’, kenalah dengar hujah dari kedua-dua belah pihak sama ada pembangkang atau pemerintah. Jadi, kalau media asyik laporkan tentang parti yang memerintah je, camne hakim nak buat keputusan yang betul!

    Bagi saya pilihanraya ni ibarat gelanggang pertarungan dua orang pendekar. So, kalau nak bertarung biarlah secara anak jantan. Jangan yang sorang ikat tangan, yang sorang lepas bebas. Confirm yang lepas bebas menang! Tu bukan anak jantan namanya walaupun asyik duk cium keris jer!

  14. zuhairy says on: 17 November 2007 at 3:26 am

    lagi satu pasal sister in Islam, hati-hati lah! mereka tu adalah salah satu bentuk Islam Liberal.Islam Liberal adalah bahaya..

  15. zuhairy says on: 17 November 2007 at 3:29 am

    Syawal,
    Sister in Islam ni adalah salah satu jelmaan Islam liberal. Ia sangat merbahaya jika kita termakan dengan ideologi sesat mereka.Contohnya, wanita leh jadi imam la….

  16. AfzaiAfandi says on: 17 November 2007 at 11:24 pm

    Sister in Islam ini perosak agama jer.. bercerita menyampaikan Islam, tapi tang kepala tak bertutup pun!!

    Aku suka ayat ngko Zuhairy “asyik duk cium keris jer!” :)

    Demokrasi sebetulnya begitulah. Sekurang2 memberi satu saluran TV @ Radio kepada parti pembangkang supaya deme ni dapat menyampaikan apa yg ada di pihak mereka. Barulah tak timbul perhimpunan haram kerana masing2 dah ada saluran sendiri.

  17. zuhairy says on: 18 November 2007 at 2:52 am

    yealaa, ada la sorang hulubalang dari johor tu. Dari tahun lepas asyik cium keris je. Ada sorang pendekar dari kelantan dah lama ajak berdebat. Tapi asyik mengelakkkkkkkkk je. Setakat cium keris jer tak guna!Betul tak?hehe

  18. SyawaL says on: 19 November 2007 at 4:49 pm

    Sister in Islam ni pengikutnya bukan calang-calang orang jugak. Berpendidikan hebat, nak debat pun nak kena penuh ilmu di dada…

  19. MohdAmir says on: 20 November 2007 at 3:04 pm

    Fuh..boleh tahan jugak post ni :-) Masa hari perhimpunan tu, helikopter Polis terbang rendah sesangat kat rumah saya kat Taman Melewar. Baru teringat markas ‘Hijau’ kat sana :-P Dasyhat betul penangan BERSIH ni…

  20. Sang Bersih says on: 23 November 2007 at 8:05 pm

    Assalamualaikum sahabat2,

    Pada saya inilah kemuncak bagaimana rakyat nak menunjukkan protes terhadap pemimpin UMNO yang sememangnya diketahui umum pemimpin yang tidak boleh ditegur.

    Perhimpunan BERSIH ni nak tuntut pilihanraya yg adil, kerana pilihanraya yg ada memang tak adil. Terbukti dgn kes2 yg telah terbukti wujud pengundi hantu mcm di Likas Sabah.

    Tapi dek kerana nak menutup penyelewengan mereka, media dan POLIS digunakan untuk menggagalkan perhimpunan. Walaupun perhimpunan ni dah berlalu, marilah kita sama2 meneruskan perjuangan BERSIH dgn memakai baju kuning setiap sabtu dan menyebarkan maklumat2 pd kaum keluarga dan kawan2 kita…

  21. nik says on: 25 November 2007 at 8:40 am

    sy suka laman ini..

  22. nik says on: 25 November 2007 at 8:46 am

    sy bangga dpt berhimpun pada 10 Nov lepas..Nyata pihak media buta warna..kata 4000 org sja..dorang x nampak yang b’baju kuning.pada hari tu,ibu kota bagaikan di limpahi sungai manusia bwarna kuning..

  23. Hamid says on: 26 November 2007 at 2:52 pm

    Maaf, sebab sebelum ni saya tak tahu tujuan sebenar perhimpunan ini..
    Kerana terpengaruh dengan Media dan TV.

  24. syed alhafidz says on: 29 November 2007 at 12:48 pm

    assalamualakum warahmatullahiwabarakatuh kepada semua penyokong gerakan agama Allah ini.Ana mendoakan semoga gerakan-gerakan Islam ini tidak akan lumpuh walaupun ditohmah dengan pelbagai fitnah dan bermacam-macam lagi.semoga HUKUM ISLAM dapat ditegakkan di muka bumimu ini ya Allah.ya Allah,terangilah hati2 mereka yang masih enggan menggunakan hukuman mu ini.

  25. Hamid says on: 30 November 2007 at 2:32 pm

    InsyaAllah.

  26. AHMED says on: 11 January 2008 at 4:53 pm

    Assalamualaikum w.b.t.

    Blog ni cukup bagus..cukup perihatin dengan masalah rakyat kebanyakan yang selalu kena tindas oleh org yang diberi mandat..begitulah perjuangan Islam…falsafah perjuangan tetap sama sejak Islam wujud…untuk membuka cahaya kebenaran berpuluh-puluh Nabi & Rasul diturunkan untuk menegakkan syiar Islam….yg degil tetaplah degil ..lebih teruk lagi tapi kini org Islam yang menganiaya org Islam.. facts manipulating, provokasi….itu memang kerja depa ….blog ni sememangnya dipenuhi oleh bloggers yg bijak……patutnya AZAM tahun baru bukan setakat hijrah minda, hijrah dari segi pekerjaan.etc…..kita patut HIJRAHkan govt sekali…..takbir..3x

  27. farahaznil says on: 31 December 2008 at 10:48 pm

    skrng khir toyo plak slalu buat perhimpunan n protes2..ekekekeke

    farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
CommentLuv Enabled
  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog, All rights reserved.| Powered by WordPress