Home » Blog, Motivasi, Peribadi, Perkongsian Maklumat, Semasa, Sosial

Tujuan Berblog dan Lambakan Blog

Written By: AfzaiAfandi on October 24, 2007 18 Comments

Bertemu lagi dan Salam Sejahtera

Kalau dahulu, blog tidak begitu popular di kalangan kita rakyat Malaysia. Kalau ada pun, rata-rata yang menulis blog ketika itu berkisar pada perihal peribadi penulis blog itu sendiri. Cerita tentang cinta, cerita tentang apa yang dilakukan setiap hari dan macam-macam lagi. Selain itu, kebanyakan blog-blog dahulu menggunakan laras bahasa yang agak puitis serta syahdu mahdu.

Kini, berblog cukup popular di internet. Pelbagai tema blog boleh kita temui. Ada yang menulis tentang perjalanan diri sendiri, tentang pandangan peribadi, tentang muzik, tentang isu semasa, tentang produk dan yang paling popular adalah tentang pendapatan dari internet….termasuk akulah tu!!

Sehingga kini, seolah-olah dunia internet telah diserang oleh demam blog….terbaru, isteriku menyuruh aku “create” satu blog untuk menyenangkan proses interaksi bersama rakan2 sekolahnya suatu waktu dahulu. Kiranya nak kumpul buat reunion lah ni.

Bila semakin banyak blog, maka akan timbullah lambakan blog. Dari satu sudut, ada bagusnya kerana ini menunjukkan telah ramai yang celik IT dan menjadikan blog sebagai satu medium tambahan sama ada untuk berinteraktif atau pun menjana pendapatan.


Namun disebalik itu,  ada sedikit kekurang enakkan. Apa yang aku perhatikan lambakan blog terutamanya blog tentang pendapatan dari internet ini menyebabkan banyak blogger yang menyertai program affiliate. Resultnya, maka tidak ramai yang membeli ebook/produk kerana masing2 hanya  mempromosikan sahaja. Akhirnya,  laman affiliate itu tidak berjaya membuat jualan sebaliknya yang ada hanyalah refferal sahaja. Ini hanyalah pandangan 5 sen aku. Aku pun tak pasti akan kebenaran apa yang aku tulis ini.

Walaupun berlaku lambakan blog, perkara ini ada positifnya. Ini kerana secara tidak langsung lambakan blog akan menjadikan wujudnya persaingan. Persaingan yang sihat. Hal ini demikian kerana tujuan utama kita berblog bukanlah semata suka-suka dan tidak ada blogger yang suka jika blognya tidak dikunjungi dan hasil tulisan di blognya tidak dihargai. Lagipun saja suka2 berblog, hanya membuatkan penat badan aje, buat letih urat leher, buat sakit tulang belakang dan buat membazir bil internet. Adapun tujuan kita berblog adalah untuk mempopularkan blog kita agar diketahui ramai, dikunjungi ramai, mendapat feedback dari orang ramai dan mendapat income dari orang ramai :)

Jadi, dengan lambakan blog ini, maka tugas kita adalah bersaing dan fikirkan apakah langkah yang perlu diambil dan diperbaharui agar blog kita sentiasa mendapat rating dan traffik yang tinggi atau dengan lain perkataan sentiasa popular…macam mohdismail dot com.

Secara keseluruhannya, apa yang dapat aku kongsikan adalah praktikkan  beberapa langkah mudah untuk mencapai tujuan anda dalam berblog disebalik lambakan blog.

1.Semestinya sentiasa berfikiran positif dan tetapkan matlamat anda ( ngko orang dan aku )

2.Sentiasa berusaha untuk menambah ilmu. hanya dengan ilmu sahaja, matlamat kita akan tercapai.

3. Sentiasa kemaskini blog. Pastikan setiap minggu, ada post2 terbaru sebagai tanda kesungguhan anda dan komitmen anda dalam menuju impian anda

4. Sentiasa menghargai blog orang lain..jika inginkan blog kita dihargai.

Apa kata ngko orang kongsikan apa tujuan anda berblog dan apa pandangan anda tentang lambakan blog. Lontarkan, curahkan agar kita sama2 beroleh manfaatnya. Saya sudahi dengan lafaz yang mulia. Sekian, terima kasih

Salam Hormat dari Saya

AfzaiAfandi

Artikel Lain yang Menarik

Digg this!Add to del.icio.us!Stumble this!Add to Techorati!Share on Facebook!Seed Newsvine!Reddit!Add to Yahoo!

18 Responses to “Tujuan Berblog dan Lambakan Blog”

  1. soulof99 says on: 25 October 2007 at 1:43 pm

    Setuju sangat2 dgn apa yang diperkatakan bro tu. Byk juga blog yang hidup segan mati tak mahu. Lihat saja brp byk blog dibiarkan tanpa berupdate tanpa sebarang notis.

    Satu lagi kewujudan ‘blog tak ikhlas’ bak kata bro Affuan menyumbang kepada perlambakan blog2.. :P

  2. AfzaiAfandi says on: 25 October 2007 at 8:55 pm

    Soulof: Bukan sesuatu yang mudah juga untuk mengekalkan komitmen dalam berblog ni. tambahan lagi kalau memiliki banyak blog..

  3. megat says on: 26 October 2007 at 2:36 pm

    memblog ni ikut kepopularan sesebuah blog yg dicipta juga. sesetgh blogger mungkin rasa spt x dihargai atau x dikenali maka mereka akan putus asa. bg aku blog bergantung kepada kerajinan seseorang utk mempromosi blog kita sendiri, baru lah dikenali dan punyai ramai rakan-rakan blog tul tak!?

  4. AfzaiAfandi says on: 26 October 2007 at 3:13 pm

    Megat: ada benarnya apa yg ngko kata tu megat

  5. musnaz says on: 26 October 2007 at 4:08 pm

    sebab tu tengok pada niat seseorang tu berblog….. saya ada senaraikan 7 niat saya berblog di blog saya di bawah tajuk ‘niatku berblog’…. kalau time-time lemah semangat ke, tak de idea sangat, saya akan baca balik resolusi saya tu, insyaAllah setakat ni tak pernah lagi ia menggagalkan saya dalam memberi semangat saya berblog, syukur….. he :)

  6. AfzaiAfandi says on: 26 October 2007 at 4:24 pm

    Biasanya niat yg baik dipermudah urusan dan juga disudahi dengan perkara yg baik juga. Teruskan dgn resolusi tu..musnaz :)

  7. awqi_zar says on: 27 October 2007 at 3:04 am

    salam bro AA,
    selamat hari raya..lame dh xjenguk blog..sekarang makin byk blog kat malaysia,apatah lg dunia…cuma yang membezakan blog2 nie ialah kelainan yg dibawa..kelainan tue la yg dicari oleh pembaca..tpi jgnla lain yg ngarut2..kelainan yg menarik minat pembaca utk terus melawat blog..kelainan tue bole jadi tajuk blog yg dipilih..cara penyampaian post..design blog..dan sebagainya..

  8. AfzaiAfandi says on: 28 October 2007 at 11:43 am

    Terima kasih Awqi. Tunggu gak, kot2 ada datang umah raya baru ni. Mungkin belum rezeki kita nak jumpa.

  9. zool says on: 29 October 2007 at 4:12 pm

    Tujuan aku berblog macam2 ada…

    1) nak cari member….
    2) nak cari duit…
    3) nak cari ilmu..
    4) nak dapat pendapat…
    5) nak mengasah skill menulis..

  10. AfzaiAfandi says on: 29 October 2007 at 6:49 pm

    Zool : kelima2 tujuan ngko ada persamaan dengan tujuan aku :)

  11. Hamid says on: 1 November 2007 at 8:16 am

    Ana pun sama gak :)

    tapi sekarang ni masih duk asah skill menulis lagi, bukan senang yer… dok pikir sana pikir sini, last² delete sebab tak puas ati hehehe

  12. titan says on: 2 November 2007 at 4:17 pm

    Ehm. Sampai bini suruh wat blog. Okla tu..

    Memang sekarang memang ramai orang buat blog. Untuk sendiri atau business dah tak kesah. Janji ada blog..

  13. AfzaiAfandi says on: 2 November 2007 at 9:45 pm

    Hamid : aku punya stail apa yang aku tulis aku publishkan tanpa mengedit. Bila aku baca semula, kalau rasa nak edit baru aku edit, kalau tak aku biarkan begitu shj. Teruskan mengasah skill menulis :)

    Titan : Selamat datang :) jangan serik ke sini lagi ekk!! Syang bini katakan hehehe…

  14. vangardx says on: 6 November 2007 at 12:58 pm

    aku sekadar suka2 :D

  15. Cikgu Azleen says on: 30 June 2008 at 1:33 am

    Kalau lambakan blog itu berkualiti apa salahnya kan.. Seronok lah juga.. Tapi bila blog jadi hidup segan mati tak mahu.. Itu yang payah..
    Apapun saya berblog untuk membina kredibiliti.. Agaknyalah kot kot boleh jadi e-lebriti.. :D

  16. AfzaiAfandi says on: 30 June 2008 at 1:59 am

    setuju2…. saya pun sama, bertujuan membina kredibiliti.

  17. humbleandmodest says on: 7 December 2008 at 4:15 pm

    mahu mengubah mentaliti belajar bukan sekadar menghafal tetapi lebih kepada pemikiran…

  18. farahaznilf says on: 7 December 2008 at 5:05 pm

    bkn tu je..yg penting pemahaman tu.klu xde..payah le..huhhu

    farahaznilf’s last blog post..Contest 4 : Buat duit dgn join Contest di Blog Uncle Afzai Afandi..

Trackbacks/Pingbacks

  1. Jangan Biar Blog Mengendur | Blog Afzai Afandi dot com

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.
CommentLuv Enabled
  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog, All rights reserved.| Powered by WordPress