Berita Baik, Ajak Berbuat Kebaikan
Assalamualaikum, Salam sejahtera
Semoga ngko orang semua sihat sokmo dan sentiasa diberi kekuatan dalam menyempurnakan ibadah puasa yang tak lama lagi akan meninggalkan kita. Sebelum tu, aku nak berongsi ngan ngko orang tentang berita baik kepada penggiat internet di Malaysia. Cerita tentang Adsense dan juga cerita tentang paypal. Aku takkan ulas dengan lebih lanjut kat sini, kerana berita baik ini pun aku dapat dari blog badruzamani. Kalau ngko orang nak tahu lebih lanjut, pergi ke blog beliau sekarang. Tapi jangan lupa patah balik kat sini ekk
Secara ringkasnya, apa yang ingin aku kongsikan dengan ngko orang adalah berkenaan dengan berbuat kebaikan. Ramai yang tahu buat baik dibalas baik…itulah hukum alam. Ingat, jika kita ingin mengajak orang lain melakukan kebaikan tentulah kita sendiri harus memulakannya dulu…betul tak?? kata pepatah “Kepimpinan Melalui Teladan “
Orang yang berbuat baik, jika perbuatan baiknya itu dicontohi oleh orang lain pula, maka dia akan beroleh ganjaran yang berlipat kali ganda. Jika sebaliknya, maka besarlah azab yang akan menantinya samada di dunia dan di akhirat.
Sabda Rasulullah
Sesiapa yang memberikan contoh melakukan perbuatan baik dalam Islam, kemudian perbuatan baiknya itu diikuti orang, maka dia akan dapat pahala sebanyak pahala orang yang mengikutinya. Begitu juga sesiapa yang mengajak melakukan kejahatan, kemudian diikuti oleh orang lain, maka ditulis dosa terhadapnya sebanyak dosa orang yang mengikutinya, tidak terkurang sedikit pun…”
Sama-samalah kita mempraktikkannya. Yang baik datangnya dari ALLAH dan semestinya yang dhaif dan tidak baik itu datangnya dari saya..
Salam Hormat
Afzai Afandi














yup..betul tu…sama2lah kita melakukan kebaikan..sesungguhnya Allah itu maha adil dan berkuasa!
farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!
tapi sesetengah manusia berbuat baik kerana ada perkara tertentu disebalik kebaikan yg dilakukan….
musykil..
humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda
itu manusia plastik!!
farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!
ia tidak pelik bagi aku…
sudah ramai berperangai seperti itu…
humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda