Tag Lagi..Tag Hari Raya
Salam buat semua
Amacam persiapan hari raya ngko orang semua? Aku punya alhamdulillah, cuma untuk anak2 jerlah yang beriya2 sikit. Untuk hari ini aku cuba balas tag daripada blog AbdulFatah. Terima kasih fatah. Sekurang2nya ada jugak benda yang boleh aku muatkan untuk post kali ini. Tag ini, aku taktahu dari mana asalnya. Apapun tag ini sebenarnya boleh merapatkan lagu ukhwah sesama blogger. Berikut adalah soalan-soalannya:
Sejak bila saya berpuasa penuh?
Aku mula berpuasa semasa darjah 1. Waktu ini aku berpuasa separuh hari saja. Balik sekolah aku terus makan. Tapi apabila aku memasuki darjah 2, barulah aku mula berpuasa penuh hingga sekarang. Sekarang ..anak2 aku pun, aku latih berpuasa seperti aku dilatih oleh ibu dan ayah aku suatu ketika dulu. Alhamdulillah, anak2 aku pun sejak mereka darjah 2, mereka dah mula berpuasa penuh…cuma bezanya aku dulu takder imbuhan tapi anak2 aku dapat imbuhan kalau berpuasa penuh :)
Pernah ponteng puasa dan apakah alasannya?
Pernah sekali..sebab sakit kerana terpaksa makan ubat. kalu tak silap aku pada tahun 1998.Apapun, lama dah aku gantinya.Lagipun bulan Ramadhan ni kalau sesiapa yang tak berpuasa tu bukannya seronok sangat. Nak makan susah..nak kena sorok2. Cuma aku cukup berbulu dengan umat Islam yang cukup bermegah dan tanpa segan silu menghisap rokok sambil menunggang motosikal atau memandu kereta.
Pernah bermain bunga api dan mercun
Rasanya kalau bunga api tu pernah ler…cuma mercun tu aku tak berani sangat.Banyak kesan buruk jika tersilap langkah semasa bermain mercun ni. jadi aku mengambil keputusan tak ingin mencuba main mercun.
Juadah apakebenda yang hang suka masa berbuka?
Aku kalau waktu berbuka, aku cukup suka makan ‘ketupat goreng’ dicicah dengan ikan goreng/rendang. Pergh..sedap giler.Tapi malangnya kat Ipoh ni takder juadah tu.nanti balik ke Terengganu aku pasti akan dapatkannya.
Lagu raya mana yang paling suka?
Peberet aku lagu ‘Dendang Perantau’. Syahdu dan kena dengan aku sebagai anak perantau.
Nak beraya kat mana tahun ini?
Tahun ini adalah giliran aku balik beraya di Dungun, Terengganu pasal tahun lepas aku beraya di Ipoh. Aku akan balik semula ke Ipoh pada hari raya kelima.Kepada Amir Hakimi, Awqi Zar, Maizul dan yang lain2, kalau nak datang ke rumah aku tunggu hari raya keenam yer..
Pernah anda bertugas pada hari raya?
Uhhhh…tak pernah.Pasal aku bukannya polis, aku juga bukan tentera, bukan DJ radio, bukan pekerja tol atau apa2 kerja yang memerlukan khidmat di hari lebaran.Cuma tak balik beraya hari pertama di kampung pernah ler..
Kenangan paling manis pada hari raya?
Paling manis selain dapat duit raya masa kecik2, aku paling syok masa kali pertama berhari raya sebagai suami dan ayah. Paling lucu..masa tahun pertama beraya ngan mertua, aku siap praktik kata2 yang akan aku ucapkan pada mereka semasa nak bersalam
Baiklah, ngko orang dah baca apa yang aku tulis tentang tag raya ni. Jadi tag ini akan aku passskan kepada penama2 blog berikut. kalau dah kena tag tentang raya ni, abaikan dan kalau belum silalah ambil tindakan sebelum hari lebaran. Bukan paksaan.
Blog2 yang akan aku tag ialah :
1.Blog Zuhairi - selamat hari raya, cikgu!
2.Blog Zool - berwawasan orangnya
3.Blog AwqiZar - student UKM tingal kat Ipoh
4.Blog SihatSokmo - Aku ingatkan orang Terengganu dia ni..
5.Blog Souluf99 - Rakan blog semasa free wordpress
6.Blog NagaMadu - Aku suka naga madu yang purple colour..
Sekian, Salam hormat dari saya
Afzai Afandi
Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!
rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini












Alamak saya kena tag ni ke? Saya dah jawab tag ni baru2 ni. Dpt dari kelabsahabat.blogspot.com (kak G). Ini urlnya – http://www.newbreeder.com/blog/2007/09/27/tag-virus/
Er.. saya cadangkan letak url post mereka yg kena tag tu, bukannya url blog mereka. Sbb wp akan trackback post ni di blog mereka tu
Kena tag?? oklah lambat sikit…
berwawasan ye.. Insyallah.. sedang cuba mengejar wawasan yang satu tu.. susah nak capainya
kena tag? ehehe lambat skit la kot afzai.
org tganu? perkataan sokmo digunakan oleh org phg, tganu & kelate. Koi org pahang. tapi org rumah asal ipoh.
laa raya kat tganu? aku thn ni raya kat ipoh sampai raya ke 3-4, tak dpt la nk beraya umah ko yerk.
Soulof:dah kena tag…takper abaikan.nanti lain kali aku tag ngko lagi. Terima kasih atas maklumat tu
Zool: Lambat sikit takper, asalkan buat..hehehe
anak -anak dh tentunya nak raya sakan. mereka yang paling gembira sebb na kira duit raya… hihiiii
hohohooo… kena tag dan oh… dah tentunya ada yang akan bertanya apakah maknaya tag itu, kena cari laa makna tag dan buat entry apa makna tag dan kenapa perlunya tag kpd para bloggers… perlukah ia…?
Fatah : kalau aku dapat info tentang tag ni..nanti aku maklumkan kat sini. pernah cari kat enjin carian “Apa itu tag” tapi takder yang bersesuaian..hampeh. Apa kata ngko buat pengertian sendiri apa itu tag?
msti vangardx bg nie…
huehue..akhirnya,pecah jgk rekod xpenah kne tag..isk2..s’blum nie asyik nk melarikan diri..muahaha..ok bro,nnti sy jawab ye..tggu turn post..heee..tQ..
Tag lagi yer Afzai, hehe.. mike balik terengganu ker tahun nie, emmm…teman tahun lepas dah raya ipoh, tahun nie balik bagan datoh, sebelah wife..slmt menyambut hari raya, hati2 semasa memandu pulang…
Lamanya balik Terengganu…. Semoga selamat sampai ke destinasi nanti… mungkin boleh datang hari raya ke 7 ke 8 ke insyallah. Boleh la tengok rumah ustaz rock ye tak. Afzai jumput datang ke rumah saya jugak…
En. Amir balik ke bagan datoh ke? Jangan lupa singgah jeti bagan datoh tu.
Amir & Maizul : terima kasih atas peringatan. Mungkin raya ni akan mempertemukan kita
Tengah merangka ayat-ayat yang sesuai…
Seronok lah raya tahun nie.. Selamat beraya semua
Afzai, begitulah harapan kita, pertemuan yg amat bermakna, aku tunggu ko balik..
Maizul: dah jd kemestian, kalau balik bagan datoh mesti singgah jeti tu, menikmati udara nyaman kat situ. maizul raya dimana?