Jualan Murah…Nafsu Anda
Bertemu kembali dan salam hormat
Demam jualan murah telah menjelma. Pelbagai promosi dilangsungkan oleh para penjual sempena menyambut I’dul Fitri tidak lama lagi. Hypermarket, supermarket, pasaraya, pasar malam, kedai runcit, peniaga internet dan pelbagai jenis market mengmabil kesempatan ini untuk mempromosikan barangan masing-masing dengan memperkenalkan pelbagai tawaran harga yang menarik.
kebiasaannya pelbagai istilah digunakan untuk menarik pengguna membeli barangan mereka ini. Beberapa istilah popular yang selalu diguna pakai dn sering disajikan kepada pancaindera mata dan telinga kita. “Tawaran Istimewa”, “Jualan Gudang”, “Jualan Tutup Kedai”, “Penghabisan Stok”,“Jualan Hebat”, “Harga Runtuh”, “Jualan Murah Giler”,“Murah Sakan”,“Beli Satu Percuma Satu” dan macam-macam istilah lagi.
Apapun istilah yang digunakan, ini hanyalah taktik untuk mengaburi mata dan kewarasan kita sebagai pengguna supaya berbelanja habis-habisan.
Teringat aku kat lagu raya Senario
Hari Raya semua bagai nak gile
Bila puasa buat2lah lupa….
Adalah tidak menjadi kesalahan untuk kita mengambil kesempatan berbelanja ketika jualan murah ini. Selain bertujuan meningkatkan kegiatan perdagangan di negara kita, kita juga berpeluang memperoleh barangan yang sama dengan harga yang lebih murah berbanding kebiasaan.
Apa yang penting elakkan diri kita daripada menjadi mangsa muslihat penjual sehinggakan merugikan diri sendiri. Berbelanja dengan cermat agar membawa berkat dan jangan sampai berhutang untuk memenuhi kehendak nafsu sendiri.
Berhati-hatilah ketika membeli. Gunakanlah pelbagai tips yang anda sedia guna pakai bagi mengelakkan nafsu menguasai diri anda. Jom, kita kongsi tips yang ngko orang guna semasa membeli-belah pada musim perayaan ini.
Salam dari saya
Afzai Afandi
P.S. Kata Amir Hakimi, praktikkan doa ini untuk lebih mudah mebdapat parking semasa pergi ke pusat membeli-belah














wah… mega sale? raya sakan belanja sakan laaa…
doa mudahkan dapat traffiklight hijau… mudahkan perjalanan dengan lampu hijau…. mudahkan dengan traffik hijau2 hijau2 hijau2…
wah..mega sale..ape2 sale lah..tp kebiasaannya nk bli baju ikut bajet family..tp sy besey xble..heee..3thun skali baru bli kot..nk pki bju raya pun bkan lme..raya pertama jek..so,klu bju tue dh 3thun..xperasan la sgt..hehe..
Awqi : sy baju melayu 2 tahun sekali.
Fatah : takder doa utk permudahkan perjalanan ker
kena target apa nak beli dulu..
jangan terlalu ghairah dalam membeli sesuatu..
nak mega sale hari-hari shopping kat kelantan lah, memang berbaloi, ho ho
Saya macam biasa le, pakai baju yang lepas-lepas sebab masih elok, belum koyak atau lusuh lagi. (Baju yang 4 tahun dulu tu
ho ho ho..lum lg msk prmpn tu..prmpn klu bab shopping no 1!!..huhhuu..mengabihkan duit jo..
farahaznil’s last blog post..Malunya aku kalau……
pompuan ke… lelaki ke semuanya mempunyai minat shopping yang berbeza. dan yang pastinya kalo dah shopping moping duitnya sudah tentunya banyak hangus daaa… nama lagi shoping, jangan membazir sudah laaa…
apa maknanya jualan murah sekiranya jualan murah itu mempunyai agenda yang tersembunyi…. kalo yang biasa pergi ke satu2 pasaraya dah tentu biasa dengan harga tetap yang biasa dilihat… kena tanya promoter kat situ laa betul ke tidak jualan murah yang dibuat tersebut… hahahahaa…
jangan tipoo yeaaa…
hahah..!!
pompuan kalau dgr ade sale je..
phm2 je laa..
heheh….
btol kan????
bak kata orh..pki 2,3 hari dah berkecai..hohoo..tu la namanya sale..prmpn juga mudah tertipu!!huhhuu
farahaznil’s last blog post..Contest 4 : Buat duit dgn join Contest di Blog Uncle Afzai Afandi..
uiks, pakai 2 3 hari da berkecai???
dan mudah tertipu boleh dielakkan jika kurang berbelanja ketika sale…
hee~
kadang2 brng salle tu adalah brng reject..tu sbb dia jual murah..yelah..benda dah buat..xkan le xnak jual..rugi le..jd masa sale la dorang jual benda tu.haha
farahaznil’s last blog post..Contest 4 : Buat duit dgn join Contest di Blog Uncle Afzai Afandi..
tidak semestinya barangan riject…
ia lebih kepada jualan penghabisan stok…
ye ke?hahhaa..mn2 le labu..tp murah ke mahal ke..duit ttp kuar tu dow
farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!
saya mencari jualan gudang tapi ape yang saya nampak tidak ada pun barang2 yang u pmerkan dalam webside u barang2 nye apa bolih u bantu saya barang ape yang ada pada u yang di kata kan jualan gudang?
Izora: Rasanya dalam entry di atas, sy tidak ada menyatakan bahawa yang saya ada menjual barang2 dari gudang.