Petua Untuk Murah Rezeki dan Dijauhkan Kesulitan
Salam penuh keceriaan buat semua..
Seperti kebiasan, setiap hari Jumaat saya akan cuba postkan satu topik yang berkaitan dengan keagamaan. Topik ini biasanya saya adaptasikan daripada pembacaan saya melalui majalah2, buku2 ilmiah, email2 daripada rakan akrab saya dan segala apa yang saya rasakan sesuai untuk dikongsi atau bersesuaian untuk mengisi slot jumaat pada blog saya.
Untuk kali ini, saya akan berkongsi dengan ngko orang semua tentang satu cerita yang saya kira banyak unsur2 tersurat dan tersirat.
Abu Yazid Al Busthami ialah pelopor sufi, jadi pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,”Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”
Sang Guru menjawab sederhana, “Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.” Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.
Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh
kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Raut mukanya berseri.
Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.
Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, InsyaAllah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang di dalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.
Anda ingin beramal soleh…?
Tolong kirimkan kepada rakan-rakan muslim lain yang anda kenal ataupun hebohkan pada blog anda ![]()
Salam hormat
Afzai Afandi
Don’t walk in front of me, I may not follow.
Don’t walk behind me, I may not lead.
Just walk beside me and be my friend.














Satu peringatan yang menginsafkan!
Teringat kata-kata Sufyan Ath-Thauri : “Apabila sama sifat luaran dan dalaman, itu merupakan keadilan. Apabila sifat luaran lebih baik baik daripada sifat dalaman, itu adalah kezaliman. Apabila sifat dalaman lebih baik daripada sifat luaran itu adalah kelebihan.”
terima kasih kerana memberi petua ini..
Alamak..nape baru arini aku jumpa pos nie..kalu tak dah lama berseri dah muka nie..hehe..
Bagus skali peringatan sedara afzai paparkan nie. Alhamdulillah.
Penampilan mencerminkan peribadi. Bersih penampilan bersih la hati.
Tp skarang nie org muda kita suka pakai cam rockers…kononnya, janji ati baik..
wallahualam.
kotaro’s last blog post..Membeli PC Terpakai?!
Kan lebih baik kalau penampilan menarik dan hati juga menarik. Kenapa perlu disorokkan hati yang menarik dgn penampilan yang tidak menarik.
Wallahua’lam
KDG2 DI SEBABKAN MSLH YG MENDTG TLH MENGHILANGKAN MOD SESEORNG UTK SENYUM..
bagus pe2e nih..leh aply.. tp da x pe2E nk bg orang balas senyum kt… dah ler kt senyum kat dia tp leh dia wat xtau je.. cam ner ek..