Home » Hadis, Keagamaan, Perkongsian Maklumat

Penyakit Umat Islam

Written By: AfzaiAfandi on September 14, 2007 6 Comments

Salam penuh kerahmatan buat semua

Hari ini adalah hari kedua kita berpuasa. Ini bermakna lagi 28 hari kita semua akan meraikan kemenangan berpuasa…apalagi, hari raya ler!! Memandangkan hari ini adalah penghulu ketua kampung segala hari, seperti biasa blog ini akan berkongsi ilmu dengan kalian. ilmu yang sedikit jika dikongsi adalah lebih baik daripada ilmu yang banyak.

Cerita bermula di sini. Semalam, imam kat surau aku solat tarawih, surau mana? Surau bt 4 Tambun..ada memberi tazkirah tentang penyakit umat islam samada umat Islam terdahulu dan kesinambungannya umat Islam sekarang.

Menurut beliau, sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah, manusia tidak terlepas daripada segala korupsi, tamak haloba dan juga hasad dengki (Phd) Dengki sememangnya sinonim dengan bangsa kita. Hatta dalam dunia blog ni pun banyak yang dengki ( kata aku…bukan kata imam tu :) ) Kalau dengki yang positif alangkah baiknya, semakin majulah bangsaku.

Tambah beliau lagi, selepas Islam berkembang,gejala yang diwarisi daripada zaman jahiliah ini masih belum tersingkir. Mengapa???? kata beliau, kerana manusia masih bernama manusia dan selagi itulah mereka akan terus berperang antara nafsu dan agama.

 


Keadaan ini pernah diceritakan oleh Abu Hurairah yang berkata, Rasulullah pernah bersabda:

Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat2 terdahulu. Sahabat lalu bertanya, Apakah penyakit-penyakit terdahulu itu? Rasulullah menjawab, penyakit itu adalah…

1.Terlalu banyak bersenorok
2.Terlalu mewah
3.Menghimpunkan harta sebanyak mungkin
4.Tipu menipu dalam merebut harta dunia
5.Saling marah-memarahi
6.Hasut menghasut sehingga zalim menzalimi
Riwayat Hakim

Semoga kita semua dijauhi daripada penyakit yang dinyatakan di atas…Amin

Salam hormat

Afzai Afandi

Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Artikel Lain yang Menarik

Pelajari Teknik Advance Menjadi:

rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini

6 Responses to “Penyakit Umat Islam”

  1. megat says on: 14 September 2007 at 9:51 am

    itu la manusia, sebaik-baik manusia dan seburuk-buruknya manusia eheh. tanggungjawab kita sentiasa berpesan-pesan

  2. abooain says on: 14 September 2007 at 2:36 pm

    Imam Al-Ghazali menggolongkan manusia jenis ini sebagai “Asnaf Maghrurin” atau ‘Golongan yang Tertipu’ kerana mereka ini telah ditipu oleh Syaitan, Sesama Manusia, Duniawi dan Hawa Nafsu.

    Jauhilah sifat-sifat Mazmumah….!!!!

  3. zool says on: 14 September 2007 at 10:46 pm

    Ye memang penyakit itu makin berleluasa pada manusia akhir zaman ini..
    Semoga kita dijauhkan dari penyakit ini..

  4. shutterspeaks says on: 15 September 2007 at 2:17 am

    adakah ini membawa maksud hanya umat islam yang ada penyakit ini? skang nih mmg macam2 penyakit ada… x tahulah apa nak jadi…

    selamat berpuasa ;-)

  5. musnazdotnet says on: 15 September 2007 at 2:06 pm

    penyakit hati sumer tuh….. kena la pegi berubat! :)
    but how? hu hu….

  6. AfzaiAfandi says on: 15 September 2007 at 10:33 pm

    Shutterspeaks : aku rasa bukan umat Islam jer.. moga2 kita semua dijauhi daripada penyakit ini

    Musnaz: Ngko terer ker mengubat penyakit hati ni :) Lama tak muncul kat sini…heheh

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog: Perkongsian Maklumat Pandangan Peribadi, All rights reserved.| Powered by WordPress