Home » Perkongsian Maklumat

Ramadhan Al Mubarraq

Written By: AfzaiAfandi on September 13, 2007 8 Comments

Salam penuh kerahmatan buat semua

Pertama sekali teman nak ucapkan “selamat menjalani ibadah puasa” buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia, walaupun ku tahu bukan seluruh dunia yang datang jengok blog aku :) dan yang sebenarnya teristimewa buat anda yang telah sudi mengunjungi dan memberi komen kat sini.. sekali lagi selamat menjalani ibadah puasa.

Doa Ramadan: Hari Pertama
“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa.”

Amacam semua? bagaimana menghadapi hari pertama berpuasa? Dah siap ker menu untuk berbuka puasa? …….Sebagai satu ibadah wajib, sebenarnya berpuasa memberi banyak manfaat kepada tubuh badan kita. Dengan syarat, betul cara kita mengamalkannya dan betul mengikut tata tertibnya.

Jadi, pada hari pertama berpuasa ni….. aku nak kongsi sedikit ilmu tentang amalan dan cara sihat ketika berpuasa. Ilmu melalui pembacaan dan aku pun sedikit sebanyak dah praktikkan cara ini. Yang pasti ngko orang pun mesti dah praktikkan cara ini juga. Baiklah, kepada yang dah mengetahui teruskan dengan cara ini dan kepada yang belum boleh mencuba untuk puasa kali ini.

Nak tahu apa caranya??? macam biasa pergi pada ‘page’ berikutnya.



Terima kasih kerana sudi untuk mengetahuinya :)

Ada enam cara yang boleh anda amalkan untuk mendapat puasa yang sihat.

1. Jangan tinggal sahur

Ngko orang suka makan apa waktu sahur? Aku cukup suka makan buah timun cina (tembikai) ngan nasi. Kira macam ulamlah tu. Dalam sebuah hadis disebutkan bhawa“Bersabda Rasulullah SAW:Bersahurlah kamu, kerana dalam sahur itu terdapat berkat yang besar.”

Kenapa sahur penting? kerana tubuh badan kita mendapatkan bekalan zat hampir 14 jam. Sebaik2nya pilih makanan berserat dan berprotein tinggi dan elakkan makan terlalu banyak makanan manis….nanti cepat lapar, beb!!

2. Jangan tunda berbuka

berbukalah dengan makan makanan berkabohidrat sederhana yang terdapat dalam makanan manis….contohnya buah kurma. Makanan yang menganduni gula akan cepat mengembalikan tenaga kita. Jangan asyik duk layan ais tebu ker, ais kelapa ker, sunquick ker..tapi aku suka gak layan ais waktu berbuka..kadang2 3 gelas sekaligus..hehehe. Ingat minuman berais akan membuatkan sistem penghadaman tidak berfungsi dengan normal.

3. Makan secara bertahap

Jangan terus terpa nasi 2/3 pinggan…bang. terkejut perut dan beruk. ini bukan gaya yang baik untuk kesihatan. Cukup sekadar makanan manis dan segelas air.Lepas tu, gi bilik air ambil wudu’. Solat maghrib terlebih dahulu kerana ketika solat inilah perut kita akan menyesuaikan diri denagn makanan manis yang baru kita makan tu.Ok, selepas sembahyang, bolehlah meneruskan acara makan. Makan berat tetapi jangan terlalu kenyang.Simpan untuk lepas terawih pulak :)

4. Lakukan senaman

Tak payahlah aku buat ulasan..kerana ngko orang lagi terrer daripada aku  dalam bab2 bersenam, terutamanya si Zool.

5.Minum cukup air

Pastikan minum lapan gelas sebelum menjalani ibadah puasa keesokan harinya.

6. Kawal emosi

Janagn kawal makan dan minum sahaja pada bulan puasa. Kawalan emosi amat penting. Belajar bersabar dan berusaha mendekatkan diri dengan ALLAH. Secara tidak langsung akan mempengaruhi mental dan spiritual kita. Emosi yang baik akan emmbuatkan jiwa kita lebih tenang dan terasa dekat denganNYA.

Baiklah, sampai di sini dahulu.Untuk makluman, apa yang aku tulis dan apa yang ngko orang baca ni adalah hasil gubahan semula daripada artikel asal dalam Majalah Mingguan Wanita

Itulah kelebihan berpuasa, sihat jiwa, sihat mental sihat fizikal.

Salam Ramadhan

Afzai Afandi

Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Artikel Lain yang Menarik

Pelajari Teknik Advance Menjadi:

rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini

8 Responses to “Ramadhan Al Mubarraq”

  1. Amir Hakimi says on: 13 September 2007 at 2:05 am

    good info, tpikan Afzai kalau buka posa minum ais bnyak ke sikit ke alamat letih badan, pada teman le, org lain tak tau le, selamat berposa ekk..

  2. awqi_zar says on: 13 September 2007 at 5:31 am

    salam bro,info bguz nie..heee..selamat berpose ya..nnti raya ble dtg umah..nk mtak duit raya..hakhak..

  3. abooain says on: 13 September 2007 at 6:05 am

    Tips bagus, AA … di bulan puasa begini aku rasa tubuh aku ni menjadi ringan dan mudah untuk buat kerja atau rajin le sikit nak buat kerja, kalau tidak macam badak la rasanya …….

    Berbuka dengan buah Tamar adalah sunnah manakala berbuka dengan benda manis adalah sunat ……..

  4. abdfatah says on: 13 September 2007 at 7:48 am

    yea… rajin2 laa bersahur. jangan terlalu liat nak bersahur. rugi kalo tinggalkan sahur… lain citer kalo tertinggal…

    alamak! dah terlepas sahur dah…?

  5. Maizul says on: 13 September 2007 at 2:02 pm

    Tip yang menarik ni. Selamat berpuasa…

  6. AfzaiAfandi says on: 13 September 2007 at 7:00 pm

    Amir, Maizul & Awqi : Raya tahun ni mailah serang umah aku.bukan jauh mana pun antara kita :)

    Fatah dan Abooain : Nanti sahur meh antor kat aku “laksam” so :)

  7. Fahmi says on: 15 September 2007 at 10:01 am

    Bagus info nie…Selamat Menyambut Ramadhan buat AA sekeluarga. Maaf sebab lambat ucapkan. Sibuk memanjang daa…

  8. AfzaiAfandi says on: 15 September 2007 at 10:38 pm

    Fahmi : Aku tahu ngko sure sibuk memanjang sekarang. Tambahan pilihanraya semakin dekat.

    Masa kejadian kat Bt Buruk T’ganu, ngko ada sekali ker kat sana?

    p.s. kesal dengan tindakan polis kat sana.Mengapa kat penternak2 babi ngan Namewee dia org tak buat camtu ekk??? adakah kerana mereka cha ya nun aliff !!??

Trackbacks/Pingbacks

  1. Ramadhan dan kita. -- Asblogger.com, your resource blog…

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog: Perkongsian Maklumat Pandangan Peribadi, All rights reserved.| Powered by WordPress