Aku dan Semalam
Salam hormat buat semua.
Pejam celik-pejam celik dah nak puasa. Samada Rabu atau Khamis bukanlah persoalan. Yang penting, kita jalani ibadah puasa tu sebaik mungkin. Bukan hanya menahan lapar dan dahaga, malahan jaga segala pancaindera daripada melakukan apa2 perkara yang boleh mendatang dosa kepada kita.
Sebenarnya, tak ada tajuk khusus untuk post aku kali ini. Mengapa?? entah ler… aku rasa macam tak ada idea jer nak tulis apa.
Cadangnya mula2 nak tulis pasal sejarah komputer pasal semalam aku ada terbaca satu artikel tentang sejarah komputer dalam sebuah buku lama aku. Bila nak menulis terasa malas pulak kerana artikelnya panjang lah pulak untuk aku menaip. InsyaALLAh lain aku aku postkan artikel tentang sejarah komputer untuk perkongsian bersama.
Petang semalam aku ada SMS Si Naem ? Siapa mamat ni??? Hahaa…inilah dia otai baru adsense bumi Malaya selepas Syed Ikhwan dan RinggitHit. Jejaka dari Kedah dan sekarang sedang mengikuti pengajian di Universiti Malaya.
SMS aku : Naem, aku nak sembang ngan hang by phone sekarang, boleh ke??
SMS Naem : Jap, sy ada kuliah.
SMS aku : Allright, nanti kalau free miss call kat sini ekk.Tq
Terima kasih Naem kerana sudi melayan pertanyaan aku tentang adsense dan tidak lokek berkongsi ilmu tentang adsense ini. Bukan senang nak jumpa otai2 yang sanggup berkongsi ilmu secara percuma kat internet ni ooi kalau kita tak pernah bertentang mata. Semoga adsense ngko terus menghasilkan wang besar.
Daripada pengamatan aku, seseorang yang berjaya mencipta pendapatan melalui internet ini mempunyai pemikiran yang berbeza yakni lain dari yang sedia kala. Jadi, untuk diri aku sendiri, aku perlu membuat perubahan minda. Yang paling penting sekali, tetapkan hala tuju masing-masing.
Pada aku juga, yang paling penting sekali adalah usaha dalam momentum yang berterusan. Disusuli pula kesabaran dan komitmen masa. Kerana kejayaan tidak akan datang sekelip masa.
Sebut tentang masa, boleh tak kalau ngko orang buat komen dan ceritakan tentang perjalanan seharian ngko orang samada secara offline ataupun online atau kedua2 sekali. ……. sudi-sudikanlah berkongsi kat sini.
Baiklah, aku mulakan dahulu.
Secara ringkasnya, jam 7:00 pagi aku kuar rumah pergi hantar anak2 sekolah kemudian terus pergi kerja. Biasanya petang aku online sekejap, check email dan check blog. Kebiasaannya, malam pula aku akan online selepas anak2 aku tidur. Check semua akaun program2 internet yang aku join dan lepas tu, cuba buat post untuk semua blog aku dan akhir seklai meronda kat blog kengkawan, cari ilmu.
Sekian, Wassalam
Afzai Afandi
P.S Ada sesapa tahu ker citer sebenar tentang rusuhan kat Terengganu??
Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!
rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini












Menarik la adsense kat tengah artikel tu. Nampaknya aku kene menuntut ilmu kat Afzai Afandi ni. Tunjuk ajar ku sifoo…
aspirasidiri, masih banyak lagi yang perlu dipelajari, semakin banyak dipelajari rasanya semakin tidak diketahui apa yang dipelajari, hamba hanya orang baru………………..
oh ya, hand set saya dah hilang..jadi susahla saper2 pun nak hubngi saya lepas ni..fikir taknak guna handphone buat masa ni..nak tunggu cek sampai dulu…huhuhu
Maizul : adsense tu, otai adsense baru yang ajar aku
Si Naem..hohoho.Tp kalo ngko nak belajo,takder hal punya.heheh
Nurabadi : mempelajari ilmu adalah langkah terbaik untuk terus maju. Takpe..org kata kayuh pelan2 dan berterusan insyaALLAH sampai jua ke destinasi.
Naem: ngko hilang handset..uhuks. Takper setiap musibah berlaku pasti ada hikmahnya. Ketahui setiap musibah yang datang pad diri kita menghapus dosa2 lama.
Dia suruh Beli barulah tu..
Semoga ko pun akan jadi otai adsense gak..
dan SELAMAT BERPUASA>.