Oooops….Aku pemenangnya??
Assalamulaikum dan Salam sejahtera
Pada mulanya ku tak berniat nak buat “post” malam ni. Seperti kebiasaan, aku akan meninjau blog2 Tetamu Vvip yang datang berkunjung ke blog aku.Kiranya macam kunjungan balaslah. Tetamu Vvip yang terakhir ketika aku mengadap PC ni, datangnya dari Hafreze. Sungguh tidak kusangka, ‘cempedak jadi nangka, kicap jadi cuka………. tapi aku jadi juara’.
Tepuk lah tangan sikit sebagai tanda meraikan kemenangan aku..!!
Minggu ini rezeki internet aku bertambah sikit, semalam aku menerima RM10 dari blog
Si Naem sebagai 5 komentator teraktif sepanjang bulan Ogos dan hari ini pakcik menang lagi”First Prize”. Pada aku, hadiah ini dikira sebagai lumayan pernah diberikan oleh seorang blogger. Teknik mengadakan contest ni juga adalah salah satu cara terbaik untuk meningkatkan traffic ke blog kita.
Baiklah, anda semua mesti nak tahu apakah hadiah lumayan yang saya menangi itu?

Kalau anda nak tahu maklumat lanjut atau nak tahu senarai pemenang2 yang lain, bolehlah ke blog Hafreze
Saya berhenti di sini. Terima kasih hafreze dot com atas penganjuran itu dan juga atas pemilihan saya sebagai pemenang.
Salam Hormat dari Saya
Afzai Afandi














tahniah2..bukan senang nak jadi juara..
ps: saya tak sertai la..aduss..kalo tak, tipis2 pun jadi la..hehehe
tahniah bro, teruskan berusaha
pergh,mmg pokcik kayo la..hakhak..tahniah bro!pergh..mmg rezeki la..hee..
congrat bro! rezeki betul
Congrats! gi redeem domain dulu kat hafreze.. dah settel bleh contact aku redeem 1GB hosting.. tp kene diskas terms and condition hosting ni dulu la
tahniah… moga murah rezeki lagi lepas nih… tahniah! tepuk dan tepuk setepuk2nya… hoyeah menang jangan tak menang…
dh..setel dh psl domain…nk setel psl hosting plak..ekeke
wah, tahniah AA kerana berjaya meraih juara, lumayan jugak tawaran tu …..
Tahniah.. tahniah … sekali 2 menang tu.
heheh…
kembang kempis hidung pakcik ngan ucapan tahniah tu..
k,terima kasih kat ngko orang semua
Congrats bro…
You are the best!
nah hambik tahniah sekali lagi untuk pakcik AA… lepas nih bleh belanja berbuka puasa laaa dalam bulan puasa nanti… miahahahahaa… tahniah!
Jom Fatah, tak yah tunggu bulan puasa. Moh kita. Nak makan apa? habaq mai..
apa hadiahnya citer la sikit?
Hamid : hadiahnya berupa i yera domain name dan 1GB hosting serta 2 bulan trial hosting
Selamat datang hamid…tak sangka ngko sudi komen blog newbie seperti aku