Home » Merdeka, Peribadi, Semasa

Pesta "Tag" Merdeka 50

Written By: AfzaiAfandi on August 24, 2007 10 Comments

Salam hormat buat semua,

Sebenarnya saya pun tak berapa pandai tentang tag-mengetag ni.Inipun kali pertama aku ditag :o .Untuk pertama kalinya dalam dunia blog ini, aku telah ditag oleh blog NagaMadu. Mengapa aku ditag? Mungkin blog aku antara blog yang berkenan dihati tuan punya blog NagaMadu untuk ditag. Apapun terima kasih NagaMadu kerana memberi pengalaman pertama aku tentang “tag” ini.

Haha..sebelum ini aku hanya tahu pasal tag ni kat blog kengkawan yang lain.Kali ini giliran aku kena tag dan juga giliran aku untuk tag blog kengkawan yang lain.Jadi mana2 yang selalu berkunjung ke blog aku dan selalu meninggalkan komen pada blog aku maka bersedialah untuk ditag.

Peraturan yang telah ditetapkan sebagai syarat penyertaan Pesta Tag Merdeka 50 :

1) Anda perlu tag 5 orang blogger yang berkenan di hati
2) Pastikan post yang hendak dibuat lebih panjang jumlah perkataannya.

Baiklah, tajuk tag ini adalah “Kenapa aku berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia?”

Pening juga nak fikirkan jawapan yang agak panjang untuk ditulis.Almaklum soalan ini pada aku agak ilmiah dan terlalu skema untuk ditulis :) Namun demi tidak menghampakan orang yang mengetag aku, maka aku akan cuba sebaik mungkin untuk menulis dan menjawab persoalan tersebut.Harapan aku ngko orang bacalah yer apa yang aku tulis ini dan kalau boleh ringan-ringankanlah jari-jemari tu untuk membuat komen tentang tajuk tag ini.

Bismillah hirrahman nirrahim

Tahun ini merupakan tahun ke-34 aku menyambut kemerdekaan.Yang perlu ngko orang tahu, selama 34 tahun itu, aku tak pernah menyambut hari kemerdekaan di mana2 destinasi perayaan tersebut diadakan.Cuma aku hanya menyaksikan sambutan tersebut pada kaca televisyen aje…mungkin ramai juga yang macam aku kot!! :) Namun begitu itu tidak bermakna aku tidak menyayangi negara aku. Cuma sesekali aku rasa tidak ada kelainan pada sambutan tersebut

….Baiklah, sebenarnya aku amat bersyukur dan berbangga kerana dilahirkan sebagai seorang muslim di bumi bertuah ini.Aku juga berbangga kerana dididik oleh ibu dan bapa aku agar tidak menderhaka kepada tanahairku.Selain itu, hasil didikannya juga menjadikan aku bukanlah antara anak merdeka yang masih lagi dijajah jiwa dan pemikiran. Sedih oooooo tengok anak2 merdeka yang masih dibelenggu penjajah.Dijajah gaya fesyen, dijajah cara pemikiran dan tindakan yakni membelakangkan Islam sebaliknya menggunakan aqal semata2 juga dijajah cara mencari nafkah tanpa menghiraukan halal haram.

Terima kasih Encik Mustafa Afandi dan Puan Zainon

Pada aku secara fizikalnya Malaysia memang masih lagi dalam kategori aman dan damai,makmur dan sentosa berbanding dengan negara2 lain yang sentiasa kacau-bilau, porak-peronda dan kadangkala berlaku pertumpahan darah.Jadi harapan aku, kita sama2 jaga negara bertuah ini agar suatu hari nanti, semua rakyat Malaysia bebas dari pemikiran ala penjajah, utuh dengan budaya dan bahasa sendiri dan janganlah anda termasuk dalam golongan yang hanya tahu mengibar, menjerit dan melaung2 kemerdekaan sahaja tanpa ada pengisian di dalam jiwa.

Sekarang aku akan umumkan 5 lagi blogger yang akan aku tag.

1.Blog Abooain ( Budak usuluddin pandai IT )

2.Blog Funix ( Tengok sendiri apa keistimewaan budak ni )

3.Blog Cikgu Maizul ( aku dah jumpa cikgu ni )

4.Blog AmirHakimi ( Tak jauh ngan rumah aku )

5.Blog Musnaz ( Pakar kanak-kanak )

ok, itu sahaja yang mampu aku tulis. Semoga berjumpa lagi.

Yang menulis

Afzai Afandi

P.S. Idea asal Pesta Tag Merdeka 50 ni adalah hasil Labanon usahawan muda internet =D >

Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Artikel Lain yang Menarik

Pelajari Teknik Advance Menjadi:

rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini

10 Responses to “Pesta "Tag" Merdeka 50”

  1. Fahmi says on: 24 August 2007 at 1:28 pm

    aku ni duk pihak pembangkang…bila sebut kemerdekaan selalunya mesti cite merdeka yg tiada erti sbb banyak rasuah, harta rakyat dirompak oleh pemimpin dan mcm2 lagi…kalau cite mcm ni sesuai ke post kat bawah tajuk tu? huhu :D

  2. AfzaiAfandi says on: 24 August 2007 at 2:41 pm

    Takder hal bro…negara demokrasi kan :) Tulis ikut citarasa, jangan terlalu skema baru syok baca…aku yg aku tulis ni pun tak direct jer..kira cam bersopan sikitlah.. :) Itu sebab aku tag ngko, pasal nak baco pandangan ngko..hehehe

  3. Fahmi says on: 25 August 2007 at 7:11 am

    ok…bg masa aku tulis. sibuk sikit la nie…lutut pun dah naik letih nie…wakakaka

  4. nagamadu says on: 25 August 2007 at 7:23 am

    wah nampaknya misi Pesta Tag Merdeka 50 utk ko dah selesai .. mari kita lihat kemana perginya nanti.. :-) .. merdeka! sesama mengeratkan link..

  5. AfzaiAfandi says on: 25 August 2007 at 9:30 am

    Ya, bro. Alhamdulillah berjaya juga aku selesaikan misi ini…Merdeka! sesama mengeratkan link :)

  6. AfzaiAfandi says on: 25 August 2007 at 9:35 am

    Fahmi…allright, aku tahu ngko memang sibuk giler sekrg ni.Almaklumlah dah dekat pilihanraya ni kan :)

  7. abdfatah says on: 27 August 2007 at 5:43 am

    wuahahahaa…. tag merdeka oleh Labanon… berapa ramai dah sambut nih? macam mana nak kira???

  8. AfzaiAfandi says on: 27 August 2007 at 8:51 am

    Yer bro, ramai jugak yg sahut pesta tag oleh budak nak exam SPM ni.. :) Tang nak kira tu, aku pun tak berapa tahu Bro.. :) ?

  9. musnazdotnet says on: 28 August 2007 at 4:19 am

    yo bro! cabaran tag 50, talah ku sahut dengan sempoinye, ho ho! :D

  10. Amir says on: 29 August 2007 at 3:56 am

    salam Afzai,
    sori lama menypi hehe.. aku ambil keputusan menjawab jer lah yer..tk tag org dah, tp aku ada tag ngko lain pya hal lak.. untuk pengetahuan ngko dan kwn2 lain aku dan berpindah kealamt baru, di http://www.amirhakimi.com/blog, tukarkan lah link ke bolg aku tu yer..ok..

Trackbacks/Pingbacks

  1. Panduan Perniagaan Internet » Malaysiaku Gemilang

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog: Perkongsian Maklumat Pandangan Peribadi, All rights reserved.| Powered by WordPress