Mungkin Itu Yang Terbaik
Assalamualaikum pengunjung dan pembaca dihormati
InsyaALLAH mulai minggu ini dan seterusnya, pada setiap hari Jumaat saya akan cuba postkan topik2 keagamaan untuk kita sama2 muhasabah demi kebaikan bersama. Untuk hari ini aku nak perkatakan tentang doa. Mengapakah satu2 doa yang kita pinta kadang2 dimakbulkan, kadang2 lambat untuk dimakbulkan dan kadang2 langsung tidak dimakbulkan.
Kita mungkin sudah kerap berdoa tetapi belum termakbul hajat yang yang dipohon. Kita mungkin rasa bosan kerana sekian lama berdoa dan meminta, namun masih tidak tercapai jua hasrat yang dipinta.
Akan dikabulkan doa seseorang selama dia tidak terburu2 sehingga dia mengatakan, aku sudah berdoa tetapi tidak dikabulkan.” Riwayat Bukhari,Muslim,Abu Daud,Tarmizi dan Ibnu Majah
Hanya Allah yang Maha Mengetahui waktu dan masa yang paling sesuai untuk mengabulkan doa hamba-Nya.
Hasrat kita lambat tertunai,mungkin kerana belum masanya untuk kita menerima. Barangkali juga Allah akan gantikan dalam bentuk yang lain, yakni yang jauh lebih baik dan berharga kerana permintaan yang asal mungkin tidak sesuai dengan diri kita.
Jangan kamu ragu akan janji Allah jika belum beroleh apa yang dijanjikan, meskipun zamannya telah tertentu. Janganlah keraguan itu menimbulkan kerosakan dalam mata hati kamu dan memadamkan cahaya (nur) rahsia hatimu ” Kata hikmah ahli sufi,Ibnu Athaillah.
Sesungguhnya kejayaan dan kebahagian yang kita impikan akan tetap hadir, hanya mungkin dalam bentuk dan waktu yang tidak kita duga atau dengan kata lain, ianya berlainan dengan perancangan yang kita buat. Yang penting, jangan ragu2 kerana mungkin itulah yang terbaik untuk kita.
Bisikkan ke Hati
“Aku tekun berdoa dan berusaha untuk kejayaan dan kebahagian.Aku sedar, ada ketikanya hajatku lambat dipenuhi dan mungkin Allah akan gantikan dengan yang lain, yang lebih baik.Aku yakin kejayaan dan kebahagian itu akan jadi milikku walaupun mungkin dalam bentuk dan waktu yang lain.. “ Aaamin.
Salam hormat.
Afzai Afandi
Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!
rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini












Assalamualaikum wbt.. nampaknya sy org pertama beri komen ni. “DOA ITU SENJATA ORG MUKMIN” inilah senjata paling ditakuti oleh org2 bukan Islam. Senjata ini lebih berbahaya drpd atom, nuklear dsb.
Salah satu agenda org bukan Islam untk menghalang doa ini sampai kpd Allah ialah dgn memasukkan elemen2 yg haram (ba-alif-ba-ya) jd diorang dah gunakan dlm makanan, aksesori, pakaian, kasut, berus gigi, getah ikat rambut dll tanpa kita sedari.
Kesimpulannya berhati2lah dlm memilih makanan, pakaian dan barangan seperti diatas td. Oleh itu pastikan semuanya memiliki cop logo halal yg sah. Supaya doa kita itu diterima oleh Allah.
Allah itu bersifat dgn IRADAH yang bermaksud berkehendak. Jd Allah itu berkehendak samada nak kabulkan cepat atau pun lambat, samada Allah nak bg di dunia ataupun diakhirat nanti. Jd nasihat sy kpada semua termasuk diri sy sendiri supaya kita jgnlah jemu berdoa…
TIDAK AKAN BERLAKU SESUATU ITU MELAINKAN DGN KEHENDAK ALLAH. Semuanya ada di dalam ILMU ALLAH!!
lagi banyak berdoa kepada Allah, lagi Allah suka…. tak payah mintak kat orang, mintak kat Allah…. mcm mana tu?
Amir : sukalah dengan komen ngko.ayat2nya cantik, menarik dan tertarik dibuatnya. Itulah yang membezakan seseorang manusia dengan manusia yang lain……Ilmu.Tanpa ilmu, Islam tidak berkembang seluasnya sehingga hari ini.
Musnaz : Aku nak tanya ngko satu soalan. Macamana leh dapat nama Musnaz ni? gabungan ngko ngan mrs ngko ker ..
Betul tu…berdoa + usaha tanpa jemu..nescaya suatu masa nanti doa itu akan dikabulkan
banyak perkara diluar jangkaan berlakuk kt aku baru ni…
but then bila aku pk2 blk mungkin ada hikmahnya…
kadang2 ada yg hikmah..dan kadang2 allah suruh beringat apa yg telah kita lakukan pada masa lps..huhhuu
farahaznil’s last blog post..Contest 4 : Buat duit dgn join Contest di Blog Uncle Afzai Afandi..
tapi kadang2 manusia lupa jugak…
huhuh…
humbleandmodest’s last blog post..Tajuk: 2 Jam