Home » Adsense, Ebook, Pendapatan, Perkongsian Maklumat

Rahsia Menjana Wang dengan Google Adsense

Written By: AfzaiAfandi on August 20, 2007 7 Comments

Bertemu kembali dan semoga semuanya sihat

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang sebuah ebook yang ditulis oleh Shamsuriyadi atau lebih dikenali dengan panggilan Raja Adsense. Mendengar saja akan namanya, maka sudah tentu orangnya adalah pakar dalam bidang Adsense ini. Ebook yang berjudul “Rahsia Menjana Wang tanpa Modal dengan Google Adsense” ini akan membongkarkan segala maklumat tentang langkah2 yang perlu dilakukan untuk mendapatkan cek pertama dari pihak Google dan memperoleh cek2 seterusnya.

Bagi yang masih baru, saya akan ceritakan serba sedikit tentang apa itu Google Adsense?

Google Adsense merupakan satu program perkongsian pendapatan daripada pengiklanan di internet oleh Google. Ia merupakan satu satunya program membuat duit di internet yang memerlukan syarat kelayakan yang minimum dan anda pun boleh lakukannya!. Perlu saya ingatkan Google Adsense adalah bukan skim cepat kaya. Ia merupakan satu program yang sah di sisi undang undang. Penyertaan adalah terbuka dan percuma! Namun anda masih perlu berusaha untuk berjaya.

” Sebuah ebook yang padat dengan maklumat untuk anda adaptasikan ke dalam blog adsense anda.Anda tak perlu ragu-ragu untuk memilikinya kerana isi kandungannya lebih bernilai daripada harga yang ditawarkan.Sebuah ebook bertaraf 5 bintang.”

Afzai Afandi
Ipoh, Perak
http://www.afzaiafandi.com

Dialog di atas adalah salah satu testimoni pelanggan Raja Adsense. Untuk mendapat lebih keyakinan tentang ebook ini, anda boleh klik di sini untuk membaca testimoni2 pelanggan Raja Adsense yang lain.

Dengan Panduan Raja Adsense, anda akan diajar tentang bagaimana untuk mula membuat duit dengan Google Adsense. Ia terbukti apabila ramai anak muda yang dahulunya hanya mengunakan internet untuk chatting kini mula berminat untuk buat duit dengan Google Adsense.

Bagaimana untuk buat duit dengan Google Adsense?

  • Bangunkan laman web seperti orang lain.
  • Pohon akaun Google Adsense.
  • Letak iklan Google pada laman web.
  • Bawa pelawat ke laman web.
  • Pelawat klik iklan Google.
  • Google caj pengiklan.
  • Google membayar anda dengan cek dalam US Dollar

Ini lah proses dalam membuat duit dengan Google Adsense. Senang bukan? Ia bukan lah terlalu rumit sehingga memeningkan kepada anda.Hanya dengan komitmen anda sendiri dan panduan yang pakar balam bidang ini, maka anda berpeluang mencipta pendapatan daripada program Google Adsense ini.

Lantaran itu, saya amat2 mengesyorkan anda membeli ebook ini jika anda serius ingin mencipta pendapatan dengan program Google Adsense. Anda boleh klik di sini jika anda ingin membuat pembelian ebook Raja Adsense ini.

Jika anda inginkan lebih kepastian tentang ebook ini dan ingin membaca maklumat lanjut tentang ebook ini, anda boleh klik di sini.

Tindakan anda hari ini menetukan kejayaan anda untuk hari esok.

Salam Hormat dari Saya

Afzai Afandi

P.S. Panduan ini dalam bahasa Malaysia. Jadi anda tidak perlu risau jika tidak faham istilah didalamnya.Ia sesuai untuk mereka yang masih baru dan berminat untuk mencuba Adsense sebagai salah satu punca pencarian wang dari internet. Anda boleh memulakannya Tanpa Modal dengan panduan ini.

Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Artikel Lain yang Menarik

Pelajari Teknik Advance Menjadi:

rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini

7 Responses to “Rahsia Menjana Wang dengan Google Adsense”

  1. Amir Hakimi says on: 22 August 2007 at 8:38 am

    Hai testimoni tuan punya blog tu..hehehe.. Afzai.. cuba mike selit satu shoutbox kat mike punya sidebar tu.. best sikit kwn2 nak coret2..

  2. AfzaiAfandi says on: 22 August 2007 at 9:30 am

    Yer Amir!! Shoutbox nak gebang2 yer. Nanti sy cuba letakkan :)

  3. chef says on: 29 December 2007 at 7:11 am

    google kluarkan video unitkan kita boleh letak google adsense kat youtube kita.tapi saya tengok kat adsense setup x dela.untuk org malaysia x de ke?

    chef’s last blog post..Finding Cooking Information Online

  4. titan says on: 29 December 2007 at 10:45 pm

    Tak sure ada ke tak. Mungkin boleh. Tapi tak tahu caranya. Lagipun, aku tak penah nampak lagi orang Malaysia yg kat blognya ada bende tu..

    titan’s last blog post..Malaysia Dotcom Youth Search 2007

  5. ahmad azhar says on: 15 February 2008 at 4:15 pm

    Aku pun dah beli e book tu. Nak tau apa jadi kat aku aku tak dapat menjana apa apa wang pun. Sham juga banyak berahsia dalam buku tersebut.

    Tiada penerangan lansung untuk mendapatkan trafik. Jadi buat blog saja dan tunggu orang klik iklan kita. Sampai seribu tahun jangan harap kita boleh dapat earning yang baik.

    Aku pernah hantar pertanyaan pada budak Sham tersebut tentang pelbagai persoalan tapi tak dijawap. Ada yang dijawap macam hampas.

    Cuma korang bayangkan bayar RM50 nak dapatkan buku tersebut tapi earning adsense tak sampai pun tahap 50.

    kalau ada 50 Melayu kaki pembelit macam Sham tu aku pun tak tahu nak kata apa. Penipu bangsa sendiri.

    maklumlah di kan pelajar. Aku banyak belajar sendiri untuk dapatkan earning yang baik.

    Aku banayak mencuba banyak teknik tersendiri ketika melayari internet. Aku rasa rugi bayar pada Sham duit aku tersebut.

    Nasib baik juga ada seorang Hamba Allah memberikan aku e book percuma tentang adsense. dari situ aku belajar

    TINGGALKAN KOMEN UNTUK KEBAIKAN BANGSA SENDIRI AGAR BANGSA KITA TIDAK DITIPU

  6. borakbola says on: 23 February 2008 at 6:51 am

    bro tumpang tanya camner kuarkan adsense sedangkan blog nie tulis bahasa melayu je banyak.wah mister nie

    borakbola’s last blog post..8 Misteri Peribadi Tentang Kaki Bangku

  7. Raja Adsense says on: 7 June 2010 at 9:32 pm

    Panduan Raja Adsense amat bermanfaat bagi mereka yang memiliki laman web atau blog kerana ia boleh di jadikan sebagai salah satu dari teknik bisnes yang mudah di aplikasikan serta menjana keuntungan melaluinya…

    Raja Adsense’s last blog post..Raja Adsense – Review & Bonus Istimewa Untuk Anda updated Mon Jun 7 2010 6:43 am CDT

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog: Perkongsian Maklumat Pandangan Peribadi, All rights reserved.| Powered by WordPress